Kenapa pentingnya memohon kepada Allah...kerana tidak semua makhluk dimuka bumi ini memiliki rezeki yang sama...setiapnya diberi ganjaran rezeki berkadaran dengan kemampuan serta atas rahmat serta kasih sayang Allah...Allah meletakkan setiap kita sesuai mengikut aturan Allah...tidak akan pernah silap...yang silap mentadbir serta menguruskan setiap rezeki itu adalah tangan2 kita sendiri...
Jika ingin dihuraikan makna rezeki....allllllahhhhhh....tak akan pernah abis...kerana rezekiNYA amat luas dan banyak....sebelum ibu melalut panjang lg...jom kita sama2 ambik pengajaran dari cerita ini dulu...moga2 ianya akan memberi makna kepada kita supaya lebih menghargai rezeki yang Allah telah pun kurniakan kepada kita setiap hari....xpernah kurang...
Menukar Rezeki Kerana Keperluan Hidup
Di pintu masuk kawasan market, pada suatu pagi, saya disapa oleh seorang tua untuk membeli udang galah yang dijualnya, ada hampir 10 ekor. Saya sekadar senyum sambil memberikan isyarat tidak mahu, tetapi seorang pemuda dibelakang saya bertanyakan harga udang tersebut kepada orang tua itu...semuanya RM50.00 ujar orang tua itu. Lalu pemuda tersebut membayar harga udang tersebut maka udang tersebut bertukar milikan.
Bila uncang plastik udang itu diserahkan kepadanya, tiba-tiba pemuda itu bertanya ''Pak cik, ada tidak udang galah ini yang pak cik bawa balik untuk dimakan dirumah?'' Orang tua itu tercengang mendengar pertanyaan tadi.
Dalam senyum dia berkata, ''Encik, Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat saja kerana ada yang lain yang lebih perlu. Beras, gula, tepung untuk makan anak-anak adalah lebih perlu daripada udang galah ni. Jualan hari ni cukup untuk kami makan 4 - 5 hari, berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan.''
Saya tunduk mendengar jawapan orang tua itu, namun dalam hati meraung menyebut kebesaran Allah. Saya lihat air muka pemuda itu berubah redup mendengar jawapan orang tua itu, lalu dia menghulurkan kembali uncang plastik berisi udang galah dan berkata, ''Pak cik, hari ni pak cik dan anak-anak dapat makan gulai udang galah yang ditangkap oleh pak cik sendiri. Ambillah, saya sedekahkan semua.''
Pemuda itu cepat-cepat berlalu meninggalkan orang tua itu yang masih kebingungan...sambil berlalu saya sempat melihat pemuda itu menyapu mata dengan tangannya. Bertuahlah pemilik hati yang dapat menjangka sesuatu disebalik pandangannya.
Ada orang rezekinya hanyalah untuk tatapan sahaja...kerana ianya perlu ditukar bagi mendapatkan sesuatu yang lebih perlu untuk kelangsungan hidup...terutamanya pekebun-pekebun kecil, nelayan kecil yang tidak mengaut untung banyak...cukup sekadar dapat habiskan jualan dan ada bekal untuk dibawa pulang...
Teringat suatu ketika dulu...bila waktu cuti selalu bila ada waktu luang saya akan bawa nenek jalan-jalan ke pasar untuk beli barang basah didapur...kami suka pusing pasar tani, sbb banyak hasil tanaman orang kampung yang segar...nenek saya selalu pesan...bila membeli dengan orang tua or orang kampung ni, jangan duk tawar menawar dh...kita tak tahu mungkin 20 sen yang kita mintak tawar tu...itulah saja untung untuk dia dapat...rezeki ni kita kena kongsi-kongsi dan tak boleh berkira sangat...