Wednesday 27 October 2021

Siti Idaman

 9 SITI yang patut dicontohi



1. Siti Khadijah binti Khuwailid

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, isteri yang penuh ketaatan dan besar kecintaan kepada Baginda Nabi, menghantar makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2. Siti Fatimah al-Zahra

Puteri Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih & setia kepada suaminya Saidina Ali bin Abi Talib walaupun suaminya miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan suaminya. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu.

3. Siti A'ishah binti Abu Bakar

Beliau merupakan isteri Rasulullah yang paling romantis. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Baginda. Di mana Nabi s.a.w minum di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s atas perintah Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s (pengorbanan seorang ibu mithali).

5. Siti Maryam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi, sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa a.s. Satu-satunya wanita yang namanya disebut dalam al-Quran, malah terdapat surah khusus untuk menceritakan kisah beliau - Surah Maryam.

6. Siti Asiah binti Muzahim

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapi daripada suaminya sendiri Firaun laknatullah. Tetap beriman sehingga ke akhir hayatnya walau disiksa oleh suaminya. Kasih sayang yang tulus kepada Nabi Musa a.s walaupun bukan anak kandung beliau.

7. Siti Aminah binti Wahb

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati suaminya. Berhias cantik hanya untuk tatapan suaminya sahaja. Beliau dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t dan merupakan wanita pertama masuk syurga selepas Ummul Mukminin.

9. Siti Zubaidah binti Jaafar

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.


Adakah kita tergolong antara SITI2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik dipandangan Rasulullah s.a.w & juga mendapat keredhaan Allah s.w.t


** 9 Siti adalah petikan daripada kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 yang bertajuk 'SITI IMPIAN'.