Showing posts with label Edible Garden. Show all posts
Showing posts with label Edible Garden. Show all posts

Friday, 10 September 2021

Peria Katak

Peria adalah sejenis sayuran menjalar yang melilit menggunakan sulur paut. Daunnya berselang seli dan mempunyai bunga berwarna kuning terang yang amat cantik. Pokok menghasilkan bunga jantan & betina secara berasingan. Buahnya bewarna hijau muda, walaubagaimanapun terdapat juga bewarna putih. Kulit buah yang menggerutu dan rasanya amat pahit dan selalunya dimakan ketika buahnya masih muda kerana keranggupannya. Untuk mengurangkan rasanya yang pahit, selalunya akan direndam dengan air garam terlebih dahulu sebelum dimasak dan selalunya tidak akan dicampur bersama sayuran lain kerana rasanya yg pahit. Rasa pahit peria adalah datang daripada kandungan Kuinin yang tinggi.

Bunga yang terang dan sangat meriah...memang cantik sebagai penyeri laman juga

Buah muda yang masih kecil 

Masyarakat Asia telah lama menggunakan peria dalam diet mereka, dan dipercayai banyak khasiat terutamanya dalam perawatan penyakit kencing manis. Selain itu ia dapat digunakan sebagai penyejuk badan, membersihkan darah, merawat buasir, baik untuk ibu dalam pantang bagi menambah susu dan tenaga, mengatasai masalah haid dikalangan wanita dan juga tekanan darah tinggi.

Buah yang sedang elok untuk dipetik bewarna hijau terang, rasanya ranggup dan sedap juga dibuat ulam mentah

Binomial name: Momordica charantia L.

Untuk dijadikan benih...perlu simpan buah sehingga matang @ tua, warna buah yang telah matang akan bertukar dr hijau ke kuning terang. Boleh keringkan biji untuk simpanan benih, tapi perlulah keringkan biji terlebih dahulu untuk menjamin ketahan biji benih.





Wednesday, 1 September 2021

Buah Letup - Physalis angulata


Pokok letup @ ciplukan kalau di Indonesia....sejenis pokok yang sama keluarga dengan pokok terung & tomato

Pokok mudah dijumpai di dalam semak dan tumbuh secara individu mahupun kelompok, hasil daripada percambahan bijinya yang  matang. Di Malaysia tumbuhan ini masih kurang popular...tapi sebaliknya di negara jiran Indonesia...banyak penelitian berkenaan khasiat daun, akar serta buah letup ini yang telah dijalankan oleh institusi di sana.

Antara khasiat yang dinyatakan adalah baik untuk merawat darah tinggi, diabetes, bisul, batuk & selsema, mengawal kolestrol, rawatan radang. Kandungan buah yang kaya dengan antioksidan dipercayai dapat membantu tubuh melawan sel radikal bebas malah terdapat kajian daripada Cancer Chemoprevention Research Center, Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia, dimana penelitian terhadar ekstrak buah letup yang mempunyai bahan asas dalam membantu perawatan kanser payudara, maklumat lanjut sila klik link berikut: Ciplukan_Physalis_angulata_Herbs_Ethanolic_Extract_and_Doxorubicin_on_T47D_Breast_Cancer_Cells

Keseluruhan pokok daripada daunnya sehingga kepada akarnya boleh digunakan dalam perawatan...antara kandungan bahan asas yang terdapat adalah seperti, saponins, flavonoids, polyphenols (tannins), alkaloids, crypthoxantine, vitamin C, stearic acids, citric acid, palmitic acid, malic & facilin.


Buah yang matang akan bewarna kekuningan dan rasanya manis2...buah yang kecil tapi banyak khasiatnya...Pokok letup di laman edible ibu ni asalnya mungkin bawaan burung...sekarang membiak banyak dalam pasu...


Tiap2 hari dapat kutip buahnya yang matang...kalau xkutip buahnya akan gugur sendiri...ibu biarkan buah yg gugur utk percambahan pokok2 baru...xde penjagaan khusus memang tumbuhan yang mudah membiak sendiri melalui biji buah yang matang







Thursday, 15 July 2021

Cili padi kampung


Pokok ni hasil bawaan burung rasanya...tumbuh sendiri dalam pasu...sepokok aje tapi lumayan hasilnya walaupun kecik kenit aje cilinya...suka tengok bila masak ranum di pokok...merah2 semua...


Buah lebat walau pokok hampir kering sebab kepanasan...pokok pun dah lebih setahun...tp masih steady

Slalu yang ditanam payah sgt nak menjadi...xpernah berjaya survive kalu yg tanam...ambik yg dh besar siap ade buah pun tetap mati ditangan ibu...tp kalini yang tumbuh ni menjadi plak dia...


Bila diberi baja n cantas balik semula...dia naik elok meriah




Saturday, 10 July 2021

Timun Jepun Berduri

Timun jepun ni salah satu jugak tanaman peberet di edible garden ibu...slalu ibu akan tanam gilir2 beberapa variati timun...ibu suka memilih tanam jenis timun jepun compare banyak2 variati lain dlm keluarga timun sebabnya...dia lebih ranggup dan tidak pahit...warna hijau gelapnya juga sangat cantik...ibu lupa dh benih kali ni ibu beli kat mn...tp memang sangat puas hati tanam...buahnya panjang sedepa...cuma yang kalini dia punya duri2 tu menonjol sangat...slalu bila semakin membesar...duri2 di kulitnya akan jadi semakin hilang...tp variati kalini tajam tul...so rupanya tidakla cantik & smooth...

Jika kita google banyak khasiat memakan timun...antaranya membantu sistem penghadaman, antioksidan, melambatkan penuaan kulit (buat mask), membantu menurunkan berat badan dan baik diamalkan oleh penghidap diabetes...untuk ibu pula penggemar nasi lemak...timun jepun adalah pelangkap juadah yang mesti ade ye...

Jom intai timun jepun yang ibu tanam kalini...



Duri2 nya sangat menonjol & tajam...kebiasaannya semakin buah matang...duri akan hilang...tp tidak kalini...



Masih nampak jelaskan bintik duri tajam tu...padahal buah dh matang & ready untuk petik...memang rupa dia mcm tu kali ni...so permukaan kulitnya xsmooth mcm biasa...apepun dia sedap & ranggup 😀

Monday, 28 June 2021

'Beetroot' percubaan pertama

Lama dah duk teringin nak try tanam aneka jenis sayuran/tanaman orang putih ni...last post haritu kita share tanaman zucchini...kalini kita share beetroot plak...yg ni sebenarnya benih free drpd mango garden...terima kasih kerana bg free gift kat ibu benih beetroot ni

Semai semua menjadi...cantik jugak daunnya walau sedikit kasar...tp menarik...xpernah tanam sebelum ni jadi xbrapa arif sgt pasal pertumbuhan beetroot...yang ni semai dlm seminggu dh naik elok...pokok stabil kita alihkan ke dalam pasu yang lebih besar...pokoknya sihat elok...alhamdulillah...bolehla merasa beetroot hasil tangan sendiri...walaupun rupa & saiznya kecik comel...jadilah buat pembakar semangat ibu 

Sebenarnya tak tahu jugak mcm mana nak masak & nikmati beetroot ni...last skali ibu campur dlm sup...sedap lemak2 manis...rasa mcm lobak putih pun ade jugak

Ni semaian dalam usia lebih kurang 2 mgg slps di alihkan dlm pot yang lebih besar..



Yang ni kita close up...nmpk lebih kurang nak sama mcm lobak...cuma daunnya sedikit kasar dan berbulu halus...gatal jugak kalu kena lengan


Membesar bagai johan gitu kalu tgk pada pokoknya...memang berbunga2 membayangkan rupanya bila tuai nanti
dengan warna merah menyalanya...mmg buat tertarik sape yg pandang



Rupa sebenarnya....hahhh...bentuknya agak comellllkannn...anak2 gelak bila tgk beetroot nih...ubi ape ni ibu...knape pelik sgt bentuk dia...xpelah anak oiii...pelik2 pun berhasil jugak...mungkin faktor tanah...ibu pun xpasti sbb xbrapa tahu sgt berkenaan penanaman beetroot ni...main hentam tanam je...apa pun oklah percubaan pertama...kalu ade benih lg nanti kita try semai & tanam lain...

Thursday, 24 June 2021

Sawi Tatsoi/Pagoda

Sawi tatsoi @ pagoda ni sangat cantik kalu dia membesar sekata & elok...tapi yg ibu tanam ni dia xdelah besar penuh setaman....tp susunannya yang padat tu adalah sikit2...bagi ibu sawi ni sedap & sgt sesuai dengan pelbagai jenis bentuk masakan...rasanya lebih manis berbanding sawi biasa...kelopak daunnya yang kecik dan berbentuk sudu tu sangat comeiii...boleh dimasak sepokok sepokok mcm tu aje sbb dia sejenis yang renek...

Pertumbuhan dia sgt mudah...memang peberet sayur di laman ibu...kiranya tanam dia ni xputus....sentiasa ada...bila nak masak siap petik aje kat laman...masa size anak semaian bentuk daunnya biasa xde beza dgn sawi jenis biasa


Bila pertumbuhannya semakin besar...akan nmpk perbezaannya dgn sawi biasa...ibu tanam rapat2 sbb pasu agak limited...



Mudah ditanam & enak dimakan...memang berbaloi sgt tanam sawi tatsoi ni...boleh dikatakan hari2 petik sawi...dlm bulan puasa haritu ni memang xperlu beli sayur...petik2 aje kat laman...






Tuesday, 25 May 2021

Zucchini

Beli benih kat shopee dengan seller mango garden....stakat ni semua benih yag beli kat depa berhasil...sama macam benih zucchini ni jugak...dalam satu pek ade 5 biji semua tumbuh elok...ibu exited sangat la tunggu depa berbunga n berhasil...nak sgt tgk rupa cam mana bila kita tanam sendiri...bukan xpernah jumpa kat pasaraya...tp memang tiap kali menanam ape pun jenis tanaman...kita memang akan sgt excited nak tengok hasilnya kan...


Pokoknya rimbun subur....tp sayang masa kemarau tu 3 daripadanya xleh diselamatkan...so tinggal aje 2 pokok yang bertahan...cuaca panas sgt 2-3 bln ni...pokok zucchini ni dia nak full sun tp xboleh direct matahari panas sgt...bunganya abis kering gugur...

Banyak bunga betina yang dh muncul...tp satu pun xlekat...akan kering & gugur kemudian...ibu masih dalam proses RnD depa 2 ketul yg tinggal ni...tgg tgk nak menjadi buah tak bunganya...tp stakat ni masih lg gagal...cuba pendebungaan manual pun gagal jugak...xpe...





Sampai sekarang ibu masih simpan pokoknya...kot berhasil...tp masih jugak hampa...putik buahnya akan layu & kering xberjaya membesar...ibu pun xtau ape punca dia xberhasil elok...tp xpelah...tgk pokok dia subur elok pun dah ok...kita usaha lagi...macam itulah adat...bukan semua campak2 jadi kan...menanam pun kena sabar & belajar banyak...esp menanam sayuran yang bukan origin iklim kita...memang agak mencabar...apepun tetap bergantung pada rezeki...ade rakan yang lain tanam menjadi elok...belum rezeki ibu nmpknya....kita cuba lg



Friday, 30 April 2021

Cucumber Beit Alpha


Kami anak beranak suka makan nasi lemak...jadinya ibu kena tanam spesies tanaman timun ni kat laman...bila2 nak buat ulam petik aje...mudah

Aritu ade beli benih timun jenis 'beit alpha' -  sejenis timun kenit comeiiii aje....timun ni xrapuh sgt...patutla dia sesuai utk buat jeruk...tapi comeiii la dia sejenis yang kenit






Yang ni plak version kemetot...dh mcm2 rupa ade...lawak plak bila tgk bentuk2 timun ni..



Sunday, 15 November 2020

Okra - Lady Finger

Sayuran yang sangat ibu suka...mesti ade kat laman...sbb dia kan sgt serasi dengan banyak jenis masakan yang jadi peberet ibu....asam pedas, masak singgang & kari opkos..

Menu yang kat atas tu kalu masak xbersama bendi ni...hmmmmm mmg xmenjadi...kalu xde lam peti ais mesti kena p cari kat kedai sblm nak masak menu2 tersebut...paling malas pun rebus separuh masak then cicah sambal belacan or budu...perghhhhhhh makan nasi bertambah pun xsedar...Mmg sejenis sayuran yang serbaguna jugak si bendi ni...then nak tanam pun xsusah n cerewet sgt...





Tgk...pak belalang pun suka makan pucuk bendi ni...lemak2 manis agaknya ye...xpe kita share sama2



Stakat ni ibu ade 2 jenis bendi kat laman...boleh tgk perbezaan depa nih...yang hijau gelap tu buahnya agak pendek sikit...pokoknya pun pendek aje...then yg satu lg agak hijau muda tu buahnya panjang sama mcm pokoknya jenis tinggi...




Skali dia start kluar hasil mmg tiap2 hari blh petik...berbaloi...


Monday, 2 November 2020

Tomato Ceri Penyeri Laman

 Tomato ceri antara tanaman sayuran yang mudah ditanam...xperlukan penjagaan yang rapi...cuma pastikan tanah yang elok dan air yg cukup semasa pembesaran pokok...pokok subur yang berbunga dan berbuah lebat mampu menjadi tanaman landskap laman yang cantik...paling lama utk pokok yang subur mampu bertahan sehingga 5 - 6 bulan bila pokok mengeluarkan hasil...



Bila buah tomato masak ranum...ibu paling suka petik fresh dan makan terus...memang best...tomato fresh buat ulam mmg sangat sedap...ranggup manis...

Cycle kali ni ibu cuma ambik lebihan tomato yang dh busuk yg beli di pasar...xde specific id...buah agak bujur dan sebesar ibu jari jugak...masak merah...









Memang berbaloi tanam tomato ceri...bila berbuah lebat makan puas...