perkongsian pengalaman & pendapat yang mungkin mampu memberi manfaat kpd insan tersayang serta teman2 yg sentiasa disisi meniti perjalanan sementara ini... ''sebaik baik manusia adalah manusia yg mampu memberi manfaat kpd manusia yang lainnya'' : Sabda Baginda Rasullullah S.A.W (special dedicated utk permata hati tersayang..andai ibu pergi dulu sblm sempat titipkan nasihat serta pesan utk kalian)
Labels
Monday, 13 September 2021
Isteri Penyejuk Mata...Suami Penenang Jiwa
Monday, 16 November 2020
Motor Baru B
Finally...it tooks almost 10 years untuk fulfill kesukaan housemate/hubby kami...π π π sori ambik masa panjang untuk realisasikan minat B...begitulah housemate kami...akan sentiasa dahulukan keperluan/kesukaan org lain...dulu B sanggup jual motor kesayangan untuk kami...now kita sama2 share suka & minat benda yang sama...πππ
Sebagai permulaan/beginner...kita warm-up dengan jentera yang ni dulu...insha allah...doakan supaya murah rezeki kita, ade yang nak sponsor untuk kita upgrade nanti2...aminnnnn
As companion...kita/isteri kena raikan kesukaan suami/pasangan kita...masuk join sama dgn hobi@minat suami/pasangan kita...cuba suka ape yg pasangan kita suka...bagi sokongan jika perlu...barulah nanti suami/pasangan kita akan sama bagi sokongan dengan kesukaan/minat kita nanti...
Alhamdulillah...abah xpernah biarkan ibu sorang2...ibu suka tanam/pokok...abah sama2 sibuk beli pokok pasu segala bagai...luangkan masa prunning pokok sama2...as results...abah gigih ambik lesen BFull untuk bolehkan kami ride sama2...and opkos as isteri/pasangan plak...jgn bagi alasan utk menidakkan kerjasama dgn hobi@minat suami/pasangan kita...
Ibu xpernah bonceng motor jauh...masa mula2 kawin dulu pernah abah bwk naik TZM hijau abah...ade kot sempat 2x naik sblm ade kakak alisha & motor tu kena jualππ...so ibu mmg '0' bab motor...nak pakai helmet pun xpandai...tp bukan alasan utk menjauh dr minat abah...belajar kat youtube mcm mn nak jadi pillion rider yg bekerjasama...πππ
Jatuh minat plak ngan permotoran nih...hahahhah...gigih survey boot, jacket bagai...mengalahkan 1st rider πππ
Tuesday, 16 December 2014
menjaga hati...
Sunday, 25 May 2014
Hepi 6th Annivesary...24.05.14
Marriage is a school where you get the certificate before you start.
Monday, 23 December 2013
Setelah Aku Kau Miliki
Pedih hati mendengar rintihan serta luahan hati seorang isteri, ibu yang terpaksa berkongsi kasih atas alasan ingin menjaga akhirat suaminya...apatah lagi jika isteri/ibu itu adlh rakan yang suatu ketika dulu seorang yg periang serta mudah tertawa berubah demikian rupa akibat terlalu banyak memendam rasa....Ya Allah pulihkanlah semangat serta tingkatkan lagi tahap kesabaran sahabat ku ini...aku yang mendengar serasa tidak tertanggung kepedihannya apatah lagi yang sedang mengalasnya itu...sungguh ujianmu amat berat seiring ganjaran bagi yang benar2 merasai hikmahnya....
Istikharah dalam semua perancangan serta pekerjaan kita...supaya kita mendapat panduan serta tenang dalam membuat sebarang keputusan. Galakan melakukan istikharah amat tinggi sehinggakan Rasulullah SAW berkata,''Antara sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.'' (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
Wednesday, 11 December 2013
Hak VS Tanggungjawab
Thursday, 28 November 2013
Sebarkan Cinta-MU
Syahdu rasanya bila membaca petikan di atas...terasa betapa diri amat dihargai & disayangi olehNYA.
Amat mudah jalan yang ditunjukkan...dan kita semua memang sebenarnya mampu untuk berbuat demikian...
Apabila kita kasih suami/anak/saudara/sahabat keranaNYA...lihatlah berapa banyak kasih sayang yang akan kita dapat dariNYA...Allahuakbar
Tetapi kenapa ramai diantara kita xmahu mendapatkan kasih sayang tu...masih bergaduh, bersangka buruk, saling memutuskan silaturrahim antara kita semua...semoga kita semua dapat kembali merasai nikmat dikasihi olehNYA...
![]() |
| ''Ya Allah...mereka yang ku kasih'' |
''Ya Rahman, Ya Rahim....dengan Kekuasaan & Kebesaranmu...jadikanlah aku hambamu yang pengasih & penyayang kepada anak-anakku, tidak menyakiti amanahmu dengan kata-kata keji, berlapang dada & besar kesabaran dalam menjalankan amanatmu...Ya Allah...dengan Kelembutan & Kehalusanmu...jadikanlah aku hambamu yang sentiasa setia mengasihi suamiku, berlemah lembut dalam bicara & perbuatan...Ya Allah...jadikanlah juga aku hambamu yang disenangi oleh saudara & sahabat yang lain, menegur dan berbincang dengan hikmah. Saksikanlah Ya Allah, aku menyayangi mereka supaya Engkau kasih & sayang kepadaku...kerana hanya itu yang aku harapkan Ya Allah''
Thursday, 18 April 2013
Aku Wanita...Aku Punya Cinta
Kaunselor: Halimah pula?...
Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
En Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
En Zainal: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
En Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Tuesday, 12 February 2013
Tip Membina Perkahwinan
| "kerana diriku telah kau pilih...lalu dirimu setiaku kasih...hingga hujung nyawa" |
Tip-tip ini adalah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus. Semoga ianya dapat memberi manafaat dan panduan kepada para pembaca sekalian.
1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan
* terima kasih kepada tip untuk semua. saya kongsikan artikel ini utk renungan saya dan pasangan yg akan membina keluarga xlama lg...




