Showing posts with label Perkongsian Cerita. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Cerita. Show all posts

Thursday, 28 October 2021

Siti Idaman

 9 SITI yang patut dicontohi



1. Siti Khadijah binti Khuwailid

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, isteri yang penuh ketaatan dan besar kecintaan kepada Baginda Nabi, menghantar makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2. Siti Fatimah al-Zahra

Puteri Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih & setia kepada suaminya Saidina Ali bin Abi Talib walaupun suaminya miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan suaminya. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu.

3. Siti A'ishah binti Abu Bakar

Beliau merupakan isteri Rasulullah yang paling romantis. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Baginda. Di mana Nabi s.a.w minum di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s atas perintah Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s (pengorbanan seorang ibu mithali).

5. Siti Maryam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi, sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa a.s. Satu-satunya wanita yang namanya disebut dalam al-Quran, malah terdapat surah khusus untuk menceritakan kisah beliau - Surah Maryam.

6. Siti Asiah binti Muzahim

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapi daripada suaminya sendiri Firaun laknatullah. Tetap beriman sehingga ke akhir hayatnya walau disiksa oleh suaminya. Kasih sayang yang tulus kepada Nabi Musa a.s walaupun bukan anak kandung beliau.

7. Siti Aminah binti Wahb

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati suaminya. Berhias cantik hanya untuk tatapan suaminya sahaja. Beliau dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t dan merupakan wanita pertama masuk syurga selepas Ummul Mukminin.

9. Siti Zubaidah binti Jaafar

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.


Adakah kita tergolong antara SITI2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik dipandangan Rasulullah s.a.w & juga mendapat keredhaan Allah s.w.t


** 9 Siti adalah petikan daripada kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 yang bertajuk 'SITI IMPIAN'.

Sunday, 2 February 2020

Welcome 2020

Alhamdulillah...kita dh pun beralih ke bulan kedua tahun 2020....laju masa bergerak...sungguh xterasa masa berlalu...masih byk lagi wishlist yg tahun sudah belum tertunai....

Walau apapun....syukur ke hadrat Illahi...syukur yg xterhingga atas semua rezeki yang tlh dilimpahkan buat kami sekeluarga sepanjang meniti perjalanan tahun lepas...personal record...lebih dari apa yang kami minta...ujian serba sikit utk mengiringi kemanisan kajayaan dan kebahagian yang Dia janjikan....aminnnnn

Paling manis dalam tahun 2019...kenangan konvo bersama...biar pun kami sangat lewat berbanding orang lain seusia kami...tp cukup manis buat kami berdua n pamili....umur almost reaching 40 baru dapat naik pentas pegang ijazah....hahahhaha...mesti org cakap dh tua pun masih sibuk nak ciwi sambung belajar lagi buat ape...bkn blh guna utk naik pangkat pun degree tu....yes...exactly...sgt2 betul....utk yg bekerja private sector mcm kami mmg xde ape pun sambung belajar ni...tp as i alwez told my housemate dulu masa dia tanya knape nak blajar...'xpelah sekurang2nya kita anggaplah degree tu as achievement token sblm fully pencen...sbb kalu nak harap naik pangkat mmg xkan ade'...hahahahahhah....biarlah kita pencen ber degree...aci ke idok...




Most important...we make new friends...enjoy new chapter of life....explore new things....share new spirits...mmg ulang sweet memory masa zaman blajar darah muda dulu....i just miss that moment...field trips...buat lab reports...buat group assigments...oooohhhhhhh

By the way....past already...2020 also new challenge...new spirits...new missions...semoga Allah merahmati perjalanan kami sekeluarga untuk terus berada dlm pimpinan dan perlindunganNya sentiasa....jalan mencari redha Allah...harap kami akan menemuinya....aminnnnn




Thursday, 15 November 2018

Keputusan peperiksaan 2018

Alhamdulillah...semua results exam dh pun blh tengok kat portal ibu bapa....walaupun results kakak bukanlah yang terbaik kali ni...ape pun tahniah jugak ibu abah ucapkan sebabnya tahun ni kakak xdemam pun waktu exam math...hahahhaha....slalunya asal nak exam math mesti kakak akan demam...

dan tahniah jugakla buat anak ibu abah atas usaha n kesungguhan...kakak dapat anugerah untuk cemerlang matapelajaran bahasa arab n kehadiran terbaik untuk KAFA...adik hanan plak anugerah cemerlang kategori nilam/ICT...tahniah...tahun2 sblm ni xpernah dapat anugerah pun...slalunya hari anugerah kita dapat cuti...hihihihihi...kali ni ibu abah pun kena p sekolah jugak...alhamdulillah rezeki...



Alahmdulillah...semua moderate jika dibandingkan dengan yang exam pertengahan tahun...Semoga anak2 semua lebih maju n terus berusaha tambah ilmu untuk dan perbaiki akhlak untuk hidup kita sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya & keredhaan-Nya....


Tuesday, 10 October 2017

30 pertama dalam Islam

Info ni dapat dr group wasap...menarik infonya utk kita n anak2...jgn cakap ibu xpernah bgtau ye...
ni dia...kita share ramai2...simpan kat phone takut lama2 terdelete macam tu jew....

30 Orang yg Pertama dlm Islam:

1. Orang pertama yang menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang pertama yang berkhitan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang pertama diberi pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5. Orang pertama yang dipanggil oleh Allah pada hari qiqmat : Nabi Adam AS

6. Orang pertama yang mengerjakan Sai' antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar

7. Orang pertama yang akan dinagkitkan pada hari iqmat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang pertama yang menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA

9. Orang pertama yang menggunakan kalendar hijriah : Umar bin Al-Khattab

10. Orang pertama yang meletakkan jabatan Khalifah dalam Islam : Hassan bin Ali RA

11. Orang pertama yang menyusukan Baginda Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA

12. Orang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Haris bin Abi Halah

13. Orang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah bin Khabbat

14. Orang pertama yang menulis hadith di dalam kitab : Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang pertama yang memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas

16. Orang pertama yang menjadi muazzin dan menyerukan azan : Bilal bin Rabah

17. Orang pertama yang solat dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib

18. Orang pertama yang membuat mimbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-Dary

19. Orang pertama yang menghunus pedang dalm perjuangan fusabilillah : Zubair bin Al-Awwam

20. Orang pertama yang menulis sejarah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang pertama yang beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid

22. Orang pertama yang mengasaskan usul fiqh : Imam Syafi'i RH

23. Orang pertama yang membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib

24. Orang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawwiyah bin Abi Sufyan

25. Orang pertama yang membuat perpustakan umum : Harun Ar-Rasyid

26. Orang pertama yang mengadakan baitulmal : Umar bin Khattab

27. Orang pertama menghafal al-quran selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib

28. Orang pertama  membangun menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang pertama yang digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair

30. Orang pertama yang masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW




Sunday, 10 September 2017

Aidiladha 1438H

Citer raya haji baru ni...seperti biasa balik kampung olalalala untuk raya korban...kami bertolak balik slps solat raya di sp...coz raya kedua ade kenduri kecik2 skit kat umah kg...

Sepanjang jalan semasa otw balik hujan smp ke setiu...budak2 pun behave aje semua...alhamdulillah bertolak pkul 12 tengah hari...kul 730 jugak baru smp kg...

Ammar sorang aje tgk kat ibu...yg lain ngadap henpon aje...hehhhhhh

Malam xde buat ape...semua berehat coz esok nak bangun awal pg...nak ikut tok abah pg sembelih lembu korban...mcm jauh je...sembelih tepi rumah je pun...lembu sendiri n tukang sembelih pun tuan sendiri...xde lorat lah...hehehheh

Semua bangun pg...ammar uzair xsempat mandi pun...sejuk sgt air kat umah tokma ni...takut beku kalu mandi...hehehehhe....xpelah xyah mandi lps blk tgk lembu nanti mandi...

pok su ammar pun xmandi ape...
Semua dah ready...masing2 ambik tempat masing...ammar uzair pun sama sibuk...mula2 tgk kat tepi jalan tu saje...lps tu dia duk menjerit...ingatkan dia takut...rupanya dia nak turun pegi dekat lembu...nak pegang jugak...sama kalut ngan yg nak proses lembu...haishhh la cucu sape nih...








Xtaula ape perasaan dia bila tgk lembu tu kena sembelih...dia xcited tgk org korban lembu tu...xmau balik...last2 bg dia daging lembu seketul ajak blk bg tokma nak masak br blh balik rumah...

Tahun depan plak kita tgk korban lembu kalu panjang umur ye anak2...

Monday, 14 August 2017

Drypers point shop

Sebenarnya ni dh citer lama....sblm puasa aritu lagi...tapi baru sempat share arini....saja nak share ngan kawan2 semua...sape2 yang masih ade baby yg pakai drypers...bolehla register utk point shop drypers ni....agak berbaloi jugakla...collect points n redeem barangan di points shop dia...ada banyak jugak barang yg boleh di redeem...yang ni kali ke2 ibu try redeem...servis agak pantas jugak...dlm tempoh xsampai 2 mgg barang dh sampai...
Untuk mommy2 yang blum tahu ttg drypers point shop ni, boleh try intai2 kat link ni...Drypers Point Shop

Selain collect point...banyak jugak info lain yg boleh kita dapat...sharing is caring...
Masa fisrts time dulu ibu redeem pampers drypers touch tu...yang kali ni tgk points dh agak banyak sikit bolehla redeem mainan utk bb Ammar...mcm yang kat dlm pic bawah ni...

kalu nak beli sendiri parak jugak duit kan...
Ibu sebenarnya aim benda lain...tp xsabar nak redeem dh...bolehla dulu...nanti kita collect points banyak2 lagi utk next cycle...
Skrg ni duk rajin nak baca buku plak...bangun tido pagi2 pun boleh trus p ambik buku nak baca...nanti bila ibu n abah dapat kad siswa tu kita p cari buku banyak2 ye...

rajin2 baca buku yang berfaedah ye anak...

Sunday, 28 May 2017

Majlis Bacaan Yasin & Tahli Taska Thuwaibah

Last week taska ade organize majlis yang merangkum beberapa acara sekaligus...tahlil & bacaan yasin, sambutan besday anak2, sempena perpisahan 2 org cikgu taska n bersempena juga dengan nak menyambut kedatangan ramadhan....banyak betul rangkuman agendanya....

Ialah menurut cikgu aishah...sebab dah agak lama jugak xbuat majlis makan kat taska...disebabkan alisha demam n adik ammar dh pun lena sblm maghrib...jadinya kami pergi bertiga aja...afrina opkos terlebih xcited sbb cg bagitau ade hadiah siapa yang datang....(hihihihi...dia xtau adiah dia xde sbb dia bb bulan september...lambat lg...)

Selesai majlis semua...kami pun nak balik sbb tinggal  2 beradik lg kat rumah dengan cikda dia...tp cikgu xbagi balik lg...katanya ade surprise untuk kami...tunggguuuuuuu



Jeng...


Jeng...


Jeng...


Rupanya...kami terpilih sebagai 'Couple Paling Menyengat' untuk edisi first half tahun 2017 ni....ade2 je cikgu2 taska ni...ade lagi anugerah lain...'Waris Terbaik', 'Cikgu Terbaik'....macam2 idea cikgu...So malam tu instead of kami yang patut bagi hadiah kat cikgu bersempana hari guru...tapi terbalik plak...cikgu yg bagi hadiah kat kami...mekasih banyak2 cikgu yang comel n baik hati...jasa cikgu semua mangasuh n menjaga anak2 kami xkan kami lupa n hanya Allah yg mampu memberikan ganjaran yang setimpal buat cikgu2 semua....aminnn

Nah kita layankan gambar yang xseberapa ini...







Monday, 29 August 2016

Perihal Rezeki

Dalam banyak2 perkongsian yg dikongsikan di group 'whatsApp' ibu tertarik dengan satu cerita mengenai hal rezeki...setiap dari kita mesti sekurang2nya 5x sehari selesai solat akan berdoa bersungguh2 untuk dimurahkan rezeki, dipermudahkan dalam urusan mencari rezeki...itulah antara inti doa yang tidak akan pernah kita lupa pohon dari Allah SWT...

Kenapa pentingnya memohon kepada Allah...kerana tidak semua makhluk dimuka bumi ini memiliki rezeki yang sama...setiapnya diberi ganjaran rezeki berkadaran dengan kemampuan serta atas rahmat serta kasih sayang Allah...Allah meletakkan setiap kita sesuai mengikut aturan Allah...tidak akan pernah silap...yang silap mentadbir serta menguruskan setiap rezeki itu adalah tangan2 kita sendiri...

Jika ingin dihuraikan makna rezeki....allllllahhhhhh....tak akan pernah abis...kerana rezekiNYA amat luas dan banyak....sebelum ibu melalut panjang lg...jom kita sama2 ambik pengajaran dari cerita ini dulu...moga2 ianya akan memberi makna kepada kita supaya lebih menghargai rezeki yang Allah telah pun kurniakan kepada kita setiap hari....xpernah kurang...

Menukar Rezeki Kerana Keperluan Hidup

Di pintu masuk kawasan market, pada suatu pagi, saya disapa oleh seorang tua untuk membeli udang galah yang dijualnya, ada hampir 10 ekor. Saya sekadar senyum sambil memberikan isyarat tidak mahu, tetapi seorang pemuda dibelakang saya bertanyakan harga udang tersebut kepada orang tua itu...semuanya RM50.00 ujar orang tua itu. Lalu pemuda tersebut membayar harga udang tersebut maka udang tersebut bertukar milikan.
Bila uncang plastik udang itu diserahkan kepadanya, tiba-tiba pemuda itu bertanya ''Pak cik, ada tidak udang galah ini yang pak cik bawa balik untuk dimakan dirumah?'' Orang tua itu tercengang mendengar pertanyaan tadi.
Dalam senyum dia berkata, ''Encik, Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat saja kerana ada yang lain yang lebih perlu. Beras, gula, tepung untuk makan anak-anak adalah lebih perlu daripada udang galah ni. Jualan hari ni cukup untuk kami makan 4 - 5 hari, berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan.''
Saya tunduk mendengar jawapan orang tua itu, namun dalam hati meraung menyebut kebesaran Allah. Saya lihat air muka pemuda itu berubah redup mendengar jawapan orang tua itu, lalu dia menghulurkan kembali uncang plastik berisi udang galah dan berkata, ''Pak cik, hari ni pak cik dan anak-anak dapat makan gulai udang galah yang ditangkap oleh pak cik sendiri. Ambillah, saya sedekahkan semua.''
Pemuda itu cepat-cepat berlalu meninggalkan orang tua itu yang masih kebingungan...sambil berlalu saya sempat melihat pemuda itu menyapu mata dengan tangannya. Bertuahlah pemilik hati yang dapat menjangka sesuatu disebalik pandangannya.

Ada orang rezekinya hanyalah untuk tatapan sahaja...kerana ianya perlu ditukar bagi mendapatkan sesuatu yang lebih perlu untuk kelangsungan hidup...terutamanya pekebun-pekebun kecil, nelayan kecil yang tidak mengaut untung banyak...cukup sekadar dapat habiskan jualan dan ada bekal untuk dibawa pulang...

Teringat suatu ketika dulu...bila waktu cuti selalu bila ada waktu luang saya akan bawa nenek jalan-jalan ke pasar untuk beli barang basah didapur...kami suka pusing pasar tani, sbb banyak hasil tanaman orang kampung yang segar...nenek saya selalu pesan...bila membeli dengan orang tua or orang kampung ni, jangan duk tawar menawar dh...kita tak tahu mungkin 20 sen yang kita mintak tawar tu...itulah saja untung untuk dia dapat...rezeki ni kita kena kongsi-kongsi dan tak boleh berkira sangat...





Tuesday, 19 July 2016

Raye 2016

Sana sini jamuan open house/open department xabis lg...jenuh makan...itu yg org cakap rpuasa sebulan boleh qada' dlm masa beberapa hari raye je....

Alhamdulillah....hujan membasahi bumi boleh dikatakan setiap hari semenjak masuk syawal nih...ade sesetengah tempat dh mula naik air...syukur alhamdulillah perjalanan raye kami tahun ni semua ok...kecuali insiden kepala ammar aje....small d pieces...hero ibu abah kuat...now as for today...luka dah sembuh pun...alhamdulillah...

Dalam duk raye...xlupa jugak ye provisional result dh kuar....alhamdulillah jugak semua pass...tgg full results next month...xsabarnya...agak2 maintain mcm tahun lps tak...doa2 semoga kekal maintain CGPA...almaklum next yr pengajiannya lagi mencabar...

Riang ria raye....xsempat nak snap byk pic....sbb xde pg berjalan kemana sgt...just sekeping aje pic yg ade...pic pamili lengkap pun xde...xsempat nak snap yg lengkap bertema...hahaha...best partnya ammar dh blh lengkap berbaju melayu

Tunggu raya haji lah pulak...kita tangkap gambar ngan lembu siap2...hahahhaha...baru selesai raye...ibu dh menghitung tarikh nak raye haji plak...bkn ape xsabar nak blk raye lg....syok ooooooooo balik kampung....ooooooo balik kampung....ooooooo balik kampung...hati riang....

tema tahun ni biru & pink gitewww
Selamat Hari Raye Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin

Sunday, 29 May 2016

Raikan Cinta ke-8 (240508 - 240516)

Alhamdulillah....syukur xterhingga buat sekian kalinya 
(yang ke-8) dipanjangkan usia dan dilimpahkan dengan segala kebaikan berjaya meraikan ulangtahun anniversary kami...

Untuk sekian kali lagi...dan berkali-kali ibu hanya doa mohon allah tetapkan hati-hati kita kekal berkasih sayang hingga ke jannah...semoga allah makbulkan doa ibu...doa ibu lagi semoga ibu tiap-tiap hari hanya jatuh cinta pada abah saja...sama juga semoga abah tiap-tiap hari hanya jatuh cinta pada ibu saja...aminnnnnn

Masing2 dah dapat hadiahkan...in advance lagi..

Sarange MNS....


Nah lagu untuk u...hahahha...mcm la en.hubby baca blog ni kan...


XoXo

Tuesday, 10 May 2016

Recharge Energy

ahhhhh...ibu memang xleh kalu xblk kg lebih dr 3 bln....xdok semangat, letih, stress semua ade....hahahaha...ujung mgg lps en.hubby ajak blk ganu...ape lg...mcm ribut blk pack barang...kebetulan khamis cuti israk mikraj....so anak2 ponteng ahad sehari ye..........

mekasih en.somi kerna memahami istrimu sorang ini....xbwk p jalan2 makan angin naik eroplane pun xpe....asalkan bawak kami balik umah ma abah kami....kihkihkihkih...

balik dapat tgk muka orang yang kita sayang, sembang, makan sama2...biar xlama pun dah memadai...puas hati tgk ma abah kita depan mata kan....hilang semua penat n stress...memang terapi yang paling mujarab....selagimana kita ade kedua orang tua...hargai dan kasihilah mereka...senangkan hati mereka dengan balik melawat mereka...Ya Allah panjangkanlah usia ibu bapa kami....

oklah...citer pasal musim panas nih...balik kg p berendam air terjunla...apa lagi...memang syok rasa cam xnak balik...kan best kalu xyah balik keje...huhuhuhuhu...

tempat air terjun ni namanya belukar bukit...xjauh ngan umah....last time kalu sape masih ingat tragedi yang meninggal sekeluarga tu...kat sinilah tempatnya...alhamdulillah masa kami p ni cuaca tenang n baik...sungainya masih bersih n landai...sesuai sgt kalu nak bawak anak2 kecik mandi...airnya xdalam n kawasan teduh banyak...

tengoklah budak2 mandi sampai xmau balik...baby yang kenit tu pun berendam xmau naik2...sonok kemain
















Monday, 4 January 2016

Bye Bye 2015

Alhamdulillah...setelah sekian lama bertapa...tup tap tup tap...dh beralih ke tahun lain...
cepatnya masa berlalu...banyak lagi kerja2 yang tertangguh  n belum selesai...

no new dreams...no new hope...just  same...same me n famili...alwez famili is my priority above all...
just nak buat yang terbaik untuk famili...usahakan semua yg terbaik utk anak2, suami, ma abah, mil fil all sisters n brothers...

tanggungjawab serta cabaran makin bertambah besar n berat....hopefully i will strong enough to face all the sweets n bitters  in coming 2016 ahead....cakap pun dh merapu ibu nih...lama dh xtulis blog...busy memanjang wehhhhhh

apepun layankan ajelah introduction tuk this year....kita skodeng tahun lepas punya cite...banyak yg ibu terlepas nak update...biar pic aje berbicara...ahaksssss....










Monday, 19 October 2015

Butterfly pea a.k.a blue tea

Last week balik umah MIL...jalan ke tepi umah tgk banyak kembang bunga telang ni tgh kembang...sayangnya kalu xambil n dimanfaatkan...heheheheh


pokok bunga telang MIL kat tepi umah...lebat berbunga...tanam buat lanskap depan umah pun cantik nih


Nak buat nasi kerabu xcukup bahan lain...tiba2 teringat ishhh...boleh jugak buat air...anak2 mesti syok tengok air color biruuuuuu
Petik 7-8 kuntum yang tengah galak kembang...rendam lam air panas then tunggu colornya muncul...

Nah......

rendam lam air panas untuk bagi keluar color bunganya

cantikkan color birunya...tambah madu n ais...ummmpphhh
Banyak khasiat bunga telang ni rupanya...antaranya ialah...menyuburkan rambut, mengurangkan sakit kepala, merangsang memori & kebijaksanaan, pewarna makanan, dan banyak khasiat perubatan untuk wanita

Tanam banyak2 pun elok juga utk cantikkan n naikkan mood lanskap umah nanti...hmmmm...ok next projek...hihuuhuhihihi

Happy Gardening!!