Showing posts with label Perak Attraction. Show all posts
Showing posts with label Perak Attraction. Show all posts

Friday, 18 December 2020

Lata Tebing Tinggi, Selama Perak

 Memandangkan tahun 2020 ni kita semua terpaksa limitkan aktiviti luar...dengan PKPB, PKPD,PKPP dan sebagainya...mmg terbatas untuk bawa anak2 jalan2...anak2 plak asyik duk cakap bosan nak kuar jalan2 ronda2...mslhnya xde tempat yg sesuai untuk boleh bawak depa...kebetulan satu hari tu...abah diaorg ajak kluar ronda2...tp ibu seperti biasa...masakkan bekal sarapan...konon nak p sarapan kat tepi pantai...skali abahnya bawak jauh sampai ke selama, perak...

Kat situ kami tgk byk jeram air terjun...ajak abahnya survey lata tebing tinggi...mcm menarik...kami pergi hari jumaat...kat sana agaknya orang kerja...lenggang mmg xde org...kami smp sana awal pagi dlm kul 10...jadinya berkelahla kami kat sana anak beranak....xsempat2 semua nak terjun 


Air terjunnya xdalam...sesuai anak2 nak mandi...air pun bersih...memang puas hati mandi budak2 ni...sampai kebiruan mandi





Persekitaran pun bersih...mungkin jugak sebab xde orang...kami aje yg ade waktu tu...ade disediakan bilik2 untuk sewa...kami ambik 1 bilik...budak2 xmau blk xpuas mandi katanya...bolehla rehat2 lam bilik...makan dan sambung mandi lagi smp lebam...



Saturday, 21 November 2020

Bandar Warisan - Taiping Historic Attraction Spot

Sebelum balik meninggalkan Bandar yang sarat dengan sejarah ni...kita ambil peluang bergambar kenangan di Menara Jam Taiping...nak dijadikan rezeki kami...tengah duk bergambar di Menara Jam tu...ada seorang uncle datang menegur...sambil ramah dia bercerita tentang sejarah menara jam ni...dia ajak kami melawat sekitar untuk bergambar...baik sungguh uncle tu melayan kami anak beranak...dia bangga menjadi anak jati Taiping...

Sejarah ringkas Menara Jam ni...dibina pd tahun 1871 dikenali sebagai The Fort dan menjadi mercu ikonik Taiping. Binaan asal adalah daripada kayu, sekitar tahun 1908 hingga 1950 bangunan menara ini dijadikan sebagai 'Town Police Station' dan Balai Bomba. Kini bangunan ini digunakan sebagai Pusat Penerangan Pelancongan. Kebetulan masa kami visit tu...time tu timer menara tu berbunyi...masa tu 12 t/hari....


Sempatla kami bergambar kenangan disekitar pekan Taiping...sib baik uncle sudi tunjukkan kami dgn tempat mural yg cantik2 ni...






Sebelum gerak balik...singgah ke stesen keratapi lama...bergambar dan singgah santap laksa tepen...
Kiranya lengkapla lawatan sambil belajar kalini...byk tempat historical yg sempat singgah...next time blh repeat lagi tp tema lain plak...





Bye bye Tepen with Love....


Thursday, 12 November 2020

Bandar Warisan - Muzium Matang

Selepas melawat Muzium Perak...kami macam terpanggil utk meneliti peninggalan sejarah seterusnya....jadi kita terus ke checkpoint kedua - Muzium Long Jaafar @ Muzium Matang


Sedikit sejarah berkenaan Muzium Matang ni; 

Asalnya adalah kediaman/pej.pentadbiran/kota@kubu pertahanan Menteri Larut bernama Ngah Ibrahim bin Long Jaafar. Beliau adalah orang pertama menjumpai biji timah di Malaysia iaitu di daerah Larut, Perak. Kekayaan beliau yang melimpah ruah hasil perlombongan biji timah telah menarik Sultan Abdullah selaku Sultan Perak ketika itu melantik Ngah Ibrahim sebagai Menteri Jajahan Larut.


Kompleks 2 tingkat ini terbahagi kepada beberapa seksyen pameran; peninggalan British, peninggalan Jepun dan juga peninggalan koleksi peribadi Dato' Long Jaafar sendiri.



Larut - gajah milik Long Jaafar yang telah hilang namun ditemui semula. Walaubagaimanapun, Long Jaafar hairan melihat gajahnya diselaputi lumpur keras seperti butiran logam. Mengikut sejarah, begitulah peranan Larut gajah Long Jaafar yang menjumpai biji timah buat pertama kali.


Padat dengan sejarah lawatan kali ni...harap anak2 enjoy moment with all the history parts....haahhahhhaa




Sunday, 8 November 2020

Bandar Warisan - Muzium Perak, Taiping

 Banyak tempat menarik yang kami xpernah visit rupanya...dlm masa sehari ni kami cuba penuhi beberapa checkpoint wajib...abah ajak depa visit tempat2 bersejarah...sbb Taiping adalah salah satu daerah tua yang penuh peninggalan sejarah yang masih elok terjaga...

Jom kita share sedikit info ringkas berkenaan Bandar Taiping...Sebelum 1837, bandar Taiping adalah ibu negeri dan sekaligus merangkap sebagai ibu negeri pertama bg negeri Perak, pekan Taiping turut terkenal dengan sejarah penemuan bijih timah di kawasan Larut oleh Long Jaafar. Nama asalnya adalah Klian Pauh...sebelum ditukar kepada Taiping bersempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Kini Taiping terkenal dengan peninggalan sejarah malah dikenali sebagai Bandar Warisan..

Tempat paling afdhal utk belajar serta menghayati sejarah mestilah muzium...arkib tersimpannya byk warisan sejarah...moh kite ke checkpoint pertama...Muzium Perak - adalah muzium tertua & pertama di Semenanjung Malaysia yg ditubuhkan pada 1883. Idea penubuhan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak pada masa itu, manakala Leonard Wray Jr seorang ahli botani & geologi menjadi kurator muzium yang pertama.


Belum sempat masuk ke dalam...kat luar ni lg budak2 ni semua dh excited...ammar uzair berlari panas2 tu xlarat ibu kamu nak kejar nakkkk ooiiii...







Melangkah masuk ke dalam muzium...memang xbosan...byk info dan peninggalan sejarah yang kita dapat kutip...xsempat nak digest semua...kita ambik pic utk kenangan & rujukan...
















Orang yang paling excited skali...mestilah ammar uzair...semua seksyen dia tawaf xbenti...ibu & abah xlarat nak ikut...terduduk keletihan kat lantai dh abah...pameran di dalam banyak memperlihatkan kebudayaan tamadun masyarakat orang asli & masyarakat melayu dahulu serta artifak peninggalan zoologikal seperti rangka badak sumbu, ular dsbgnya...

Tempat yang menarik juga selain zoo untuk bawa anak2 jalan2...sambil tambah ilmu sejarah mereka...


Wednesday, 4 November 2020

Zoo Taiping with Love

Ibu memang suka jalan2 ke Taiping...xtau kenapa rasa mcm aman & tenang je bila ronda2 pusing Taiping...mungkin sebab lokasinya agak berbukit...sejukkkk & nyaman...

Trip kalini berkebetulan kami memenuhi jemputan kenduri opismate abah depa kat pekan Taiping...so sambil2 kita makan kenduri bolehla stay jalan2 pusing2 ronda...tempat wajib anak2 mesti singgah, xboleh xsinggah adlh Zoo Taiping, walau dh byk kali singgah tetap xblh exclude...












Sementara anak2 masih kecil...spend time bersama jalan2 ke zoo mcm ni pun dh amat besar makna pada mereka...kita pun tumpang seronok bila depa hepi...

Semua dh pakat letih berlari sana-sini...jalan2 taman tasik Taiping lagi...sblh malam kita pekena yong taufu best plak...ni tempat wajib singgah utk ibu dan abah...opkos la yong tau fu peberet...memang xsah singgah Taiping kalu xpekena yong tau fu kat balai bomba tu...dan semestinya kena tapau bwk blk lg...





Banyak lagi tempat makan yang menarik...tp yg ni slalu xleh miss...