Saturday 29 March 2014

Musim Kemarau

semaian anak pokok sawi 'horensou' yang xberapa nak gebu...bantut dek kepanasan

nak alihkan dalam pot lain tapi xberani lg dek cuaca panas takut kekeringan

pokok pudina yang gebu ni pun dah kecut kekeringan dek cuaca kering sekarang

sawi kailan ni aje yang bertahan dlm cuaca sekarang

masih bertahan walaupun agak kelayuan

Tuesday 25 March 2014

Bahaya Fitnah Akhir Zaman (Hedonisme)

Syukur kerana masih diberikan kesempatan utk terus bersama insan2 tersayang n masih diberikan kesempatan masa dan buah fikiran utk terus menulis.
Masih lagi dalam mood bersedih dengan pelbagai musibah yang sedang melanda dunia esp ujian yg Allah turunkan kepada negara kita baru-baru ini dengan apa yang terjadi pada MH370, dan juga kematian mengejut saudara kita ketika konsert FFMA. Berat sungguh ujian yang diberikan, diharap kita melihat dengan mata hati serta mengutip sebanyak mungkin hikmah dari kejadian tersebut, peringatan utk diri sendiri juga.
Ibu tidak akan mengulas tentang kejadian ini, ibu cuma ingin kongsikan sedikit pencerahan tentang nilai diri kita yang menjurus kepada kejadian sedemikian yang mungkin boleh kita sama-sama mengambil pengajaran serta muhasabah diri dan seterusnya mempersiapkan diri sebaik mungkin agar fitnah/musibah sebegini mampu kita elak dikemudian hari.
Dalam bab ini, ibu tertarik dengan sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, An-Nasai & Ibnu Majah,"Sesungguhnya Allah mengharamkan rezeki ke atas seseorang yang melakukan maksiat, dan tiada sesuatu yang mampu menolak takdir melainkan doa dan tidak bertambah umur melainkan dengan melakukan kebaikan."
Jika kita jenguk realiti dunia yang bergelumang dengan maksiat sekarang ini (tidak terkecuali negara kita) maka apakah tandanya Allah SWT menarik rezeki dari bumi kita ini??? Kejadian semasa yang sedang berlaku dimanakah silapnya, takkanlah nak berhibur pun salah, kita kan negara berbilang kaum dan agama. Dan apabila ditimpa musibah panggil tukang tilik, bomoh utk membantu...dan kita cakap itu salah satu ikhtiar kita dalam membantu, agama suruh kita berikhtiar dgn pelbagai cara adlh betul, namun cara yang bagaimana (boleh rujuk tulisan tujuan-hidup-ibadah.)...patutkah itu berlaku dalam masyarakat yang majoritinya beragama ISLAM. 
Renung-renungkanlah sahabat sekalian...bumi kita sudah sampai penghujungnya. Fitnah akhir zaman makin nyata dengan pengaruh negatif yang menyerang remaja & belia kita pada hari ni sprt HEDONISME. Apa budaya baru ni, xpernah dengar pun. Baik, mengikut The Columbia Encyclopedia, Sixth Edition, 2001: Hedonisme bermaksud, the doctrine that holds that pleasure is the highest good ("Budaya ini adlh satu doktrin yang menekankan keseronokan adlh kemuncak kepada kebaikan") dan ianya dimanifestasikan dalam bentuk pergaulan bebas, seks bebas, hiburan yang membawa kepada keseronokan melampau dsbg.
Ajaran Islam didatangkan Allah bagi menjaga 5 maslahat utama "Maslahat Daruriyat" iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta bendaSekiranya perkara ini hancur maka musnahlah segala nikmat yang Allah kurniakan seperti maksud hadis diatas.
Sedikit perkongsian agar kita sama fikir serta mengkaji dan kembali semula kepada ajaran yang benar (Islam). Bukti-bukti serta petunjuknya telah terang Allah SWT nyatakan dalam kalam-Nya (Al-Quran). Sama-samalah kita berpegang teguh kepada Kalam Allah.


Selamat Beribadah
-sumber bacaan semasa-

Pengubat Kesedihan

Pohon (tumbuh-tumbuhan) menjadikan dunia kelihatan indah.

"Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?"   
-Qaf:7-



Saturday 22 March 2014

Tujuan Hidup...Ibadah

Semua mengetahui...tujuan kita dijadikan oleh oleh adalah sebagai 'KHALIFAH' dimuka bumi ini. Dan sedah semestinya tugasan ini adalah suatu kewajipan yang amat besar & berat sekali, sehinggakan makhluk2 lain yang lebih besar pun tidak sanggup untuk menerima pertanggungjawaban ini. Dan Allah telah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab ayat 72, "Sesungguhnya Kami mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa amat berat dengannya, sebaliknya dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka (insan) zalim lagi jahil".

Namun Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih itu tidak sesekali menyusahkan ciptaanNya...seiring dengan pertanggugjawaban yang amat berat itu, Allah SWT  turut membekalkan manusia dengan sebaik-baik kurniaan iaitu, 'AKAL' sebagai alat bagi melaksanakan amanah yang telah diberikan. Allah turut menjelaskannya dalam surah At-Tin ayat 4, "Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik".

Maha suci Allah SWT yang bijaksana, tidak cukup dengan kurniaan akal fikiran, Allah janjikan lagi kemudahan pada manusia ini, sesuai dengan lafazNya dalam surah Al-Baqarah ayat 286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". 

Malahan tidah berhenti disitu, Allah hadirkan Baginda Rasulullah SAW kepada kita sekian alam bagi menyampaikan serta memberi didikan yang terbaik agar kita tetap patuh memegang janji kita kepada Allah SWT. Dan Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda,"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu 2 perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW".

 Oleh itu, apa 'JD' utama sebagai Khalifah ini..?? Selalunya kita apabila diberi jawatan ataupun sesuatu tugasan langsung kita akan meminta Job Description (JD) sebagai rujukan untuk kita dalam melaksanakan tuntutan kerja tersebut. Allah juga siap penciptaan manusia itu seiring dengan tuntutan agar beribadah kepadaNYA. Inilah ketetapan Ilahi sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Az-Zariyat ayat 56, "Tidak Aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU".

Maksud hidup sebagai khalifah telah Allah SWT tulis dengan jelas dan terang kepada kita, malah kita dituntut untuk mencari ilmu bagi tujuan beribadah kepadanya kerana ibadah mempunyai kriteria dan syarat-syaratnya. Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 112, "Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah disamping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tiada ketakutan ke atasnya dan dia tidak berdukacita". Dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim, Imam Ibnu Kathir berkata, "Ayat ini menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang IKHLAS dan MUHSIN. MUHSIN bermaksud, melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Sesuatu ibadah hanya dikira sah di sisi Allah apabila keikhlasan dan landasan syariat dijaga dan dipatuhi.

Sama-samalah kita semak serta tambahkan ilmu bagi mencari keredhaan Allah, kerana kasih sayang Allah & Rasulullah terlalu tinggi terhada kita. Perbaiki serta tambahbaik JD kita terhadap Allah agar segala janjiNya sama-sama dapat kita nikmati. 

Selamat Beribadah
XoXo
(perkongsian dari buku Dr.Danial Zainal Abidin)

Saturday 1 March 2014

Soalnya Hati


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata; Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan diantara dua perkara tersebut ada perkara-perkara Syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa menjaga perkara Syubhat, maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk kedalamnya. Ketahuilah setiap raja ada sempadan, dan sesungguhnya sempadan Allah itu ailah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosaklah tubuh manusia itu. Ketahuilah sesungguhnya segumpal daging itu adalah HATI"

(HR. Bukhari - Muslim)

Jika difahamkan maksud hadis tersebut...jelas menunjukkan peri penting menjaga hati...kerana setiap yang terhasil dari pemikiran & perbuatan adalah bertitik tolak dari hati.
Jika baik hatinya maka baiklah perbuatan & perkataannya, dan sebaliknya jika hati kita jahat. Sebaik-baik hati adalah yang bersih dari kejahatan dan yang tunduk kepada (haaq) kebenaran serta petunjuk yang diliputi dengan kebaikan.

Soalnya bagaimana kita hendak menjaga hati agar sentiasa baik dan cenderung pada kebaikan..???
Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan bagi menjaga hati, agar kita dapat meningkatkan lagi keimanan serta setiap amalan kita dapat dikira sebagai amal soleh disisi Allah, iaitu;

    1. Menanamkan rasa benci terhadap sikap jahiliyah 
    2. Perbanyakkan membaca zikir, al-quran serta fahami maksudnya
    3. Istiqomah dalam bertaubat
    4. Usaha mendekatkan diri dengan tarbiyah
    5. Mencari sahabat yang baik dan menghidupkan bi'ah solehah

Bagi yang tengah 'Sakit Hati'...boleh cuba tips yang dikongsikan oleh saudara Opick...jom layan...:)