Monday, 22 July 2013

Jagalah Lisan

Alhamdulillah...telah selesai 10 ramadhan yang penuh berkat kita lalui...diharapkan hari yg bakal ditempuh kelak akan penuh dengan kemanisan serta keberkatan olehNYA...

Bersempena dengan kita semua masih lagi tekun serta sabar dalam menjalani ibadah puasa masing2...ibu tertarik dengan isu 'Menjaga Lisan'...amatlah penting kita menjaga lisan bukan sahaja dalam bulan ramadhan namun sepanjang masa dan sepanjang hayat kita...kerana ada kata hikmah yang pernah ibu dengar...'Ketakwaan serta Keimanan sesorang mukmin itu terletak pada Lisannya'...betapa kuatnya dan besarnya impak menjaga tutur bicara kita sehingga ianya disamakan seperti keimanan kita itu dapat dicerminkan melalui tutur bicara @ percakapan kita....allahuakbar

'ihsan goooogle-pinjam sat''

Dan jika kita dalami serta mencari kefahaman tentang perkaitan isu menjaga lisan dengan keimanan ini ada beberapa potong ayat Al-Quran yang mampu memberi kita kefahaman tentangnya...
Maksudnya: 'Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu sebahagian kamu memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan  daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha penyayang.'
~ Surah Al-Hujurat: 12 ~

Malah turut terdapat hadis yang sama menjelaskan lagi tentang perbuatan menjaga lisan/bicara ini seperti yang terdapat dalam kitab Sahih Muslim, Hadis No.2589 disebutkan...
Maksudnya: 'Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah صلی الله عليه وسلم pernah bertanya kepada para sahabat, ''Tahukah kalian apa itu (ghibah/mengumpat)''? Para sahabat menjawab ''Allah dan RasulNYA yang lebih mengetahui. Beliau berkata, ''Ghibah ialah engkau menceritakan hal-hal tentang saudaramu  yang tidak dia suka'', ada yang menyahut ''Bagaimana apabila yang saya bicarakan  itu benar-benar ada padanya?'' Beliau menjawab, ''Bila demikian itu bererti kamu telah melakukan ghibah terhadapnya, sedangkan bila apa yang kamu katakan itu tidak ada padanya, bererti kamu telah berdusta atas dirinya''.

Begitulah kesannya daripada tersalah cakap ataupun terlebih cakap...kerana dibimbangi akan terjadi dosa mengumpat malah yang lebih teruk akan menimbulkan dosa fitnah...nauzubillah...oleh itu sama-samalah kita jaga serta kawal lisan kita apabila berbicara...orang yang berakal seharusnya lebih banyak menggunakan kedua telinganya daripada  mulutnya. Jika dilihat pada fitrah penciptaan kita sendiri, apabila Allah mengurniakan sepasang telinga, manakala hanya 1 mulut kepada kita supaya kita lebih banyak mendengar daripada bercakap perkara yang tidak mendatangkan manafaat.

No comments:

Post a Comment