Abu
Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad,
maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-
1.
Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga
Firdaus.
3. Roh para mereka yang berbahagia
menuju ke syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhadaa berterbangan
seperti burung disyurga sekehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa
akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang
beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan
berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari
kiamat.
Telah
bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan
berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah"
:-
1.
Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan
solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang yang puasa hari Arafah.
No comments:
Post a Comment