Saturday, 22 March 2014

Tujuan Hidup...Ibadah

Semua mengetahui...tujuan kita dijadikan oleh oleh adalah sebagai 'KHALIFAH' dimuka bumi ini. Dan sedah semestinya tugasan ini adalah suatu kewajipan yang amat besar & berat sekali, sehinggakan makhluk2 lain yang lebih besar pun tidak sanggup untuk menerima pertanggungjawaban ini. Dan Allah telah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab ayat 72, "Sesungguhnya Kami mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa amat berat dengannya, sebaliknya dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka (insan) zalim lagi jahil".

Namun Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih itu tidak sesekali menyusahkan ciptaanNya...seiring dengan pertanggugjawaban yang amat berat itu, Allah SWT  turut membekalkan manusia dengan sebaik-baik kurniaan iaitu, 'AKAL' sebagai alat bagi melaksanakan amanah yang telah diberikan. Allah turut menjelaskannya dalam surah At-Tin ayat 4, "Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik".

Maha suci Allah SWT yang bijaksana, tidak cukup dengan kurniaan akal fikiran, Allah janjikan lagi kemudahan pada manusia ini, sesuai dengan lafazNya dalam surah Al-Baqarah ayat 286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". 

Malahan tidah berhenti disitu, Allah hadirkan Baginda Rasulullah SAW kepada kita sekian alam bagi menyampaikan serta memberi didikan yang terbaik agar kita tetap patuh memegang janji kita kepada Allah SWT. Dan Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda,"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu 2 perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW".

 Oleh itu, apa 'JD' utama sebagai Khalifah ini..?? Selalunya kita apabila diberi jawatan ataupun sesuatu tugasan langsung kita akan meminta Job Description (JD) sebagai rujukan untuk kita dalam melaksanakan tuntutan kerja tersebut. Allah juga siap penciptaan manusia itu seiring dengan tuntutan agar beribadah kepadaNYA. Inilah ketetapan Ilahi sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Az-Zariyat ayat 56, "Tidak Aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU".

Maksud hidup sebagai khalifah telah Allah SWT tulis dengan jelas dan terang kepada kita, malah kita dituntut untuk mencari ilmu bagi tujuan beribadah kepadanya kerana ibadah mempunyai kriteria dan syarat-syaratnya. Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 112, "Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah disamping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tiada ketakutan ke atasnya dan dia tidak berdukacita". Dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim, Imam Ibnu Kathir berkata, "Ayat ini menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang IKHLAS dan MUHSIN. MUHSIN bermaksud, melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Sesuatu ibadah hanya dikira sah di sisi Allah apabila keikhlasan dan landasan syariat dijaga dan dipatuhi.

Sama-samalah kita semak serta tambahkan ilmu bagi mencari keredhaan Allah, kerana kasih sayang Allah & Rasulullah terlalu tinggi terhada kita. Perbaiki serta tambahbaik JD kita terhadap Allah agar segala janjiNya sama-sama dapat kita nikmati. 

Selamat Beribadah
XoXo
(perkongsian dari buku Dr.Danial Zainal Abidin)

2 comments:

  1. thanks for info baik ni..selamat beribadah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian sedikit agar memberikan manafaat bersama...doakan trus ye agar diberikan kesempatan utk trus menulis yg bermanafaat

      Delete