Peria adalah sejenis sayuran menjalar yang melilit menggunakan sulur paut. Daunnya berselang seli dan mempunyai bunga berwarna kuning terang yang amat cantik. Pokok menghasilkan bunga jantan & betina secara berasingan. Buahnya bewarna hijau muda, walaubagaimanapun terdapat juga bewarna putih. Kulit buah yang menggerutu dan rasanya amat pahit dan selalunya dimakan ketika buahnya masih muda kerana keranggupannya. Untuk mengurangkan rasanya yang pahit, selalunya akan direndam dengan air garam terlebih dahulu sebelum dimasak dan selalunya tidak akan dicampur bersama sayuran lain kerana rasanya yg pahit. Rasa pahit peria adalah datang daripada kandungan Kuinin yang tinggi.
Masyarakat Asia telah lama menggunakan peria dalam diet mereka, dan dipercayai banyak khasiat terutamanya dalam perawatan penyakit kencing manis. Selain itu ia dapat digunakan sebagai penyejuk badan, membersihkan darah, merawat buasir, baik untuk ibu dalam pantang bagi menambah susu dan tenaga, mengatasai masalah haid dikalangan wanita dan juga tekanan darah tinggi.
Buah yang sedang elok untuk dipetik bewarna hijau terang, rasanya ranggup dan sedap juga dibuat ulam mentah
Binomial name: Momordica charantia L.
Untuk dijadikan benih...perlu simpan buah sehingga matang @ tua, warna buah yang telah matang akan bertukar dr hijau ke kuning terang. Boleh keringkan biji untuk simpanan benih, tapi perlulah keringkan biji terlebih dahulu untuk menjamin ketahan biji benih.
No comments:
Post a Comment