Sunday, 7 September 2025

Pengalaman Lumpectomy @ Wide Local Excision (WLE) of Breast

Sebelum undergo this procedure...ibu ade google cari maklumat tambahan dan pengalaman org2 lain yang pernah undergo same procedure untuk lebih info sebagai panduan. Walaupun Dr ada terangkan tapi ibu tetap rasakan maklumat tu xcukup dan lengkap jika tidak datang dr orang yg dh undergo sendiri procedure tu. Sebabkan pengalaman individu akan berbeza atas banyak faktorkan.

So, kat sini ibu akan share pengalaman ibu...mungkin boleh dijadikan panduan tambahan kepada individu yang mungkin sama kes macam ibu, harapan ibu hanya dapat sedikit jariah untuk sama2 berkongsi ilmu semoga dapat memberi manafaat.


29 Julai 2025 adalah tarikh yang dijadualkan untuk operation, so sehari sebelum mesti kena check-in untuk warded. Alhamdulillah, urusan pendaftaran mudah sebabkan ibu dh selesaikan urusan x-ray, klinik bius 3 hari sebelum check-in ke wad. Hari pertama just rileks2 jelah kat wad. Dr just come and go utk pastikan segala documentation betul2 complete, dan pasang branula. Bab pasang branula je ibu xbrapa gemar...3x pasang...abis sebelah lengan ibu dicucuknya. Ikut jadual, giliran ibu utk operation adalah yang ke-3 jangkaan dalam pukul 11 pagi. Sebelum tidur, nurse bg kelengkapan persalinan utk OT dan pesan ibu kena bersiap awal pagi sebab sblm ke OT ibu ada procedure 'wire-guided localization' atau masukkan wire untuk marking kawasan lump yg nak dibuang tu. 

Bangun subuh mandi bersiap wangi2 pakai bedak (kena wangi2 utk ambik mood). Solat hajat & solat taubat untuk diri sendiri semoga lancar urusan semua. Sebelum turun ke radiology call Mr.Husband, Ma Abah semua mintak doa & ampun siap2...sbb nurse pesan dh turun nanti xleh pegang phone dh.
Jam 9am, radiology call utk turun ke bawah bg procedure 'wire-guided'. Macam mana procedure ni...nanti ibu explain dlm post yang lain....sebab agak panjang jugak ceritanya...kat sini ibu dh pasrah...sakit amat kena kepit lg ngan mesin mammogram tu...huhuhuhu...nanti kite story...
Dlm jam 10.30am mcm tu selesai kat radiology...nurse tolak masuk wad semula tunggu utk OT plak panggil. Slps procedure masukkan wire tu, ibu tidak dibenarkan untuk gerak atau bangun...so ibu hanya baring kat atas examination couch tu sahaja sebelum ditolak ke OT. 


Tepat jam 11am, ibu ditolak ke OT yang berdepan sahaja dengan wad...seperti biasa pengesahan dokumentasi sblm procedure...dan Dr anest/bius sekali lg akan terangkan risiko procedure GA - general anesthesia yang akan dijalankan dan kita faham dan jelas dengan semua risiko yang bakal dihadapi. Waktu ni ibu sempat mengucap, zikir banyak2 sebelum diletakkan dalam mode tidak sedarkan diri. 

Alhamdulillah....ibu disedarkan semula jam 3pm...sayup2 dengar suara nurse kejutkan..."Puan jawab sahaja tak perlu buka mata jika pening, operation dh selesai, kita akan tolak puan balik ke wad semula skrg, kalau rasa nak muntah bagitahu saya. Boleh kita tolak puan ke wad?"...memang sangat pening bila ibu cuba buka mata...terus rasa nak muntah dengan sejuk yang amat. 

Sampai di wad, nurse salinkan baju semua...ibu masih xboleh buka mata sebab pening dan bila buka mata terus rasa nak muntah. Ibu baring dan tertidur lagi sampailah terjaga semula jam 5.30pm. Masih terasa pening cuma rasa loya nak muntah tu dh kurang...waktu ni rasa lapar dan dahaga sangat2...maklumlah berpuasa daripada malam xmakan minum apa2. Gagahkan diri bangun duduk bila Mr. Husband sampai bawakan bubur nasi...bila dh masuk makanan terasa kurang sikit mual. Sakit belum terasa mungkin sebab effect bius masih ada, cuma rasa xselesa badan. Mr. Husband temankan ke bilik mandi...selesai bersihkan diri barulah rasa lebih bernafas dan segar. 


Jam 7pm elok sblm Mr.Husband nak balik...Dr masuk check luka dan terangkan cara2 utk care luka  jahitan dan juga risiko slps operation, memandangkan wad agak penuh Dr offer utk discharge jika ibu rasa ok...opkos la ibu nak balik kalu Dr bg, terus rasa kuat dan semangat, bagitahu Dr xrasa sakit ape2 pun...Alhamdulillah sebab rumah berdekatan dengan hospital...so Dr bg discharge sambung rehat di rumah...datang semula untuk STO - suture to open pada hari ke-7 slps operation. 

Selesai satu bab...tunggu discharge note dan MC (dapat MC 12 hari) siap terus selesaikan urusan check-out ambil ubat semua...lebih kurang jam 10pm smp  rumah. Syukur xperlu warded lama2...sbb memang xselesa nak bersihkan diri, solat semua kat wad kan. Kena pakai tudung 24 jam kat dalam wad...mmg terbatas. Anak2 pun seronok ibu balik rumah...Mr.Husband pun lega xperlu tinggalkan ibu kat wad lama2...Alhamdulillah, Allah permudah urusan operation berkat doa semua kesayangan.

Sebelum discharge Dr dan nurse di wad pesan banyakkan makan protein untuk cepatkan luka sembuh...jadinya hari-hari Mr.Husband kita bg makan telur dan sup ayam. Elakkan mengangkat benda2 berat/beban menggunakan tangan yang effected...so semua kerja rumah Mr.Husband kena handle. 

Hari pertama sehingga hari ke-03 mcm tu ibu xde rasa perubahan yang ketara, cuma tangan kanan mmg rasa sengal dan lenguh hingga ke belakang bahu. Just sapu minyak angin dan gosok2 macam tu ajelah. Masuk hari ke-04 ibu start rasa xselesa bawah armpit...rasa sengal dan ngilu bila sentuh...kawasan sekeliling pun start bengkak...ooh...btw lupa nak maklum...ibu ada 2 luka jahitan setiap satu dlm 7-8 cm panjang sebabkan buang 2 lump sekaligus, luka A - at 3 o'clock & luka B - at 9 o'clock...luka jahitan kedua2nya nmpk kering elok...cuma yang luka B tu yg start membengkak dan sakit hingga ke bawah armpit. Sengal dan lenguh sblh tangan masih sama tiada perubahan.

Hari berikutnya pun masih sama juga...ibu xde ambik ape2 ubatan...just tuam dan sapu minyak kat lengan dan bahu sahaja sehingga hari STO. Yang ni kita akan sambung next entry jugak sbb mcm dah panjang sgt post ni pun. Complication after surgery  is real...ibu kena hadap complication ni slps hari STO...peranan helper/companion kat rumah mmg sangat penting...rezeki Mr.Husband sangat positif temankan sepanjang proses healing ni. Nanti kita sambung citer...lenguh jugak tangan lama2 menaip...agak limited bila kita adalah sejenis dominan tangan kanan.