Post kali ni khusus untuk kita bercerita berkenaan procedure Breast marking - hook wire guided yang ibu sebutkan dalam posting sblm ni. Secara asasnya procedure ni adalah untuk menanda lump yang bersaiz kecil serta agak susah dirasa secara biasa, yang hanya dapat dikesan melalui mammogram ataupun USG. Procedure ini jugak dapat membantu surgeon semasa operation untuk membuang lump dengan margin yang tepat berpandukan marking yang telah dibuat.
Jadi disebabkan lump ibu pada kedudukan 9 o'clock tu adalah kecil, Dr suggest untuk marking menggunakan hook wire. Procedure dijalankan oleh Radiologist dengan memasukkan metallic wire dengan bantuan machine mammogram. Bila sebut mammogram xleh berpisah dengan kena kepit...memang ibu surrender rasanya...3 mgg sblm aje dh kena kepit semasa buat stereotactic biopsy. Mulanya ibu ingatkan hanya guided dengan machine USG sahaja, rupanya silap jangkaan ibu. Ku pasrahkan seluruh hidupku waktu itu...nak tolak dh xbolehkan...jap lg dh nak ke OT.
Dalam kecelaruan identiti ibu relakan juga duduk di atas kerusi mammogram tu...dah tahu dah nasib akan lebih kurang sama mcm haritu...sakit amattt...dah dengan sejuk amat2 dlm bilik mammo...kita ngan siap xpakai selipar sbb nak ke OT terus kan semua xleh pakai dh...sejuk beku tapak kaki bila pijak lantainya...tgk ibu kesejukan technician ambikkan selimut balut kaki badan semua...
Macam biasa technician akan terangkan dan ambik BP semua, ibu diminta utk ke tandas jika berhajat..disebabkan slps procedure xdibenarkan ke tandas lg dah...mereka akan positionkan kita utk mudahkan procedure nanti...kat sini akan ambik masa utk dapatkan point position yang terbaik...slps dah Radiologist berpuas hati dgn point insertion...kita akan dicucuk dengan ubat bius - local anesthesia sebelum buatkan small incision utk masukkan wire. Macam gambar kat bwh nilah lebih kurang rupa wire itu...pinjam gambar dari Mr.Google utk mudah jelaskan
Semasa procedure masukkan wire...ibu xde rasa ape2...sebab dh bius kan...cuma yang xtertahan adalah lenguh dan sakit B**B kita kena kepit tu...agak panjang procedurenya...memang akan xtertahan jugak...sebab selepas selesai masukkan wire...Radiologist akan scan utk capture image supaya nak makesure wire insertion tu betul2 position di kaw lump yang nak dibuang...rasa macam roti canai dh B**B ibu masa ni...
Selesai semua...kurang lebih total dalam 70 min...slps itu ibu xdibenarkan bergerak-gerak dan hanya baring di atas examination couch sehingga ditolak ke OT...sebab xnak bg wire yang dh dipasang tu bergerak2 risiko terubah position sepatutnya. Memang xbergerak la ibu...dengan wire kat celah ketiak kan...
Begitulah lebih kurang...mengikut pengalaman ibu...semua aturan Allah yang terbaik...usaha utk sihat semoga Allah berkati. Ibu share Hook wire guided - Video utk tatapan sebagai panduan utk lebih jelas berkenaan overall procedurenya. Tq for waching
No comments:
Post a Comment