Monday, 27 July 2026

Alhamdulillah - Every step has been worth it

 

Sedar tak sedar, lebih 2 tahun sudah…2 tahun yang membina sabar, kekuatan jiwa dan kesyukuran yang tak pernah putus seiring dengan debaran dan sarat doa di setiap langkah. 

Sepanjang jalan ni, ibu melalui:

- 📌 2 siri mammogram dengan skor BI-RADS 4a

- 📌 2 kali biopsy – keputusan negatif untuk malignancy

- 📌 Namun, atas nasihat doktor, kami ambil keputusan untuk buang 2 ketul lump di bahagian kanan yang suspicious tu sekaligus…sekali operate buang dua2 trus - jimat masa & tenaga


29 Julai tahun lalu, selesai prosedur WLE (wide local excision) + wire-guided localization berjaya dilakukan untuk salah satu lump yang kecil.

Alhamdulillah sekali lagi, keputusan HPE menunjukkan tiada tanda malignancy:


After long journey of uncertainty, testing, waiting and lot of emotions, now ibu finally can breathe a lot easier...Mei yang lepas...selesai routine mammogram screening sekali lg slps operation last year...Alhamdulillah scoring mammogram BI-RADS 2 and USG confirm, mass seen on mammogram proved to be cysts - yg ini bergantung pada perubahan hormon badan dan tidak bahaya. Takde yang serius...rasa mencucuk sikit2 tu maybe disebabkan oleh scar kat dalam dr  procedure yg lepas.

Walaupun keputusan follow-up tell a very reassuring story, regular screening tetap perlu diteruskan. Dr dh booked tarikh mammogram utk tahun depan siap2...rezeki terbesar rasanya dapat bantuan perawat yg baik2 semua...sangat prihatin dan penuh empati.

Sepanjang tempoh ini, ibu belajar bahawa:


“Setiap langkah adalah doa. Setiap keputusan adalah pengajaran. 

Setiap hasil adalah nikmat yang wajib disyukuri.”


Alhamdulillah untuk setiap perlindungan yang Allah kurniakan, and every step has been worth it. 🥰 Dan yang paling penting… kita jadi lebih sayang dan menghargai diri sendiri.

Untuk semua gegirls yang sudah berumur 40 tahun ke atas, jangan tunggu ada simptom baru nak buat pemeriksaan. Book mammogram screening awal-awal. Saringan awal bukan untuk menakutkan, tetapi untuk memberi kita peluang menjaga diri lebih awal.

Kadang-kadang, tindakan kecil hari ini boleh menjadi sebab kita masih sihat untuk orang yang kita sayang esok. 🎀 


#MammogramAwareness 

#BreastScreening 

#Alhamdulillah 

#WomenHealth 

#SayangiDiriSendiri




No comments:

Post a Comment