Tuesday, 12 February 2013

Tip Membina Perkahwinan

"kerana diriku telah kau pilih...lalu dirimu setiaku kasih...hingga hujung nyawa"

Tip-tip ini adalah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus. Semoga ianya dapat memberi manafaat dan panduan kepada para pembaca sekalian.

1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya  semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan



* terima kasih kepada tip untuk semua. saya kongsikan artikel ini utk renungan saya dan pasangan yg akan membina keluarga xlama lg...

Wednesday, 6 February 2013

My Resepi: Kari ikan kembung ala mak mertua


alhamdulillah...balik keje ptg semalam...selak2 pokok bendi dpt la 4-6 biji bendi ...cukup2 tuk sekali masak...kebetulan ade lg ikan kembung...abah request nak makan kari ikan kembung ala mamak yg xde santan punya...kat alor setar ni mmg famous kari ikan temenung...:)
bolehla campur ngan bendi ni...kita ikut resepi yg MIL bg...coz dia punya kari xpakai santan ni sedap...jom tgk resepinya cam mana...:)


Kari Ikan Kembung (Temenung) ala MIL

Bahan-bahannya:

1. Ikan kembung setengah kilo siap dibersihkan  (anggaran dalam 10-12 ekor yg size kenit2)
2. Rempah kari ikan 1 peket (saya pakai rempah cap ''aween'')
3. Bawang merah 2-3 ulas
4. Bawang putih 1 ulas
5. Jintan manis sedikit
6. Buah keras sedikit
7. Halia anggaran size 1 inci
8. Lada kering secukupnya (mengikut tahap kepedasan masing2)
9. Halba campur 1 sudu kecik
10. Asam jawa 1 sudu teh paras biasa (saya pakai asam jawa adabi)
11. Biji sawi sedikit
12. Minyak masak sedikit (utk menumis)
13. Sayuran (tomato & bendi yg lazim saya guna)
14. Bahan perasa (gula & garam secukupnya)

p/s: blend semua bahan2 yg bernombor 3 hingga nombor 8 (jika xsuka blend anda boleh juga hiris @ tumbuk mana yg patut)...tp saya lg suka blend aje semua senang.

Cara masak:

1. Panaskan minyak dengan api sederhana untuk menumis bahan2 yg telah diblend tadi.
2. Bila bahan tumisan agak garing n naik bau...masukkan rempah kari yg telah dikacau rata bersama air.
3. Kacau rata bersama bahan tumisan tadi sehingga rempah tersebut sebati & agak masak.
4. Masukkan rempah halba campur dan biji sawi...kacau rata.
5. Boleh masukkan ikan dan tambahkan air jika rempah tadi terlampau pekat...(ikut selera masing2)
6. Masukkan asam jawa dan bahan perasa secukupnya.
7. Bila dah agak masak ikan tersebut...bolehlah masukkan sayuran.
8. Tutup api...dan kari kita sedia utk dihidangkan bersama nasi panas n sambal belacan @ budu.


tadaaaaaaaaaa...inilah hasilnya (yg ni xde buah tomato...pokok tomato xberbuah lg...baru keluar bunga)


Tuesday, 5 February 2013

Lau Kana Bainana

Salam serta selawat atas Nabi Junjungan kita semua Baginda Rasulullah S.A.W....kerinduan semakin menebal dalam diri saat mendengar setiap bait nasyid ini..malah makin menyentuh hati dengan alunan suara saudara Abdul Rahman Mohammed...semoga kerinduan ini semakin menebal seiring dgn waktu...bilakah kami akan dipertemukan dengan Kekasih-Mu Ya Allah...

Syabas buat saudara 'Abdul Rahman Mohammed'...kali pertama mendengar suaranya semasa menonton rancangan {If Beloved Were Among Us, TV Al-Hijrah...kira2 lama dulu lah...tp xpernah tau sape yg nyanyikan nasyid ni}...nasyid inilah yg menjadi lagu latar pada rancangan tersebut....indahnya setiap bait nasyid yg dikarang...

jom kita sama2 hayati lirik & makna nasyed ini...sungguh meruntun hati...Rasulullah bersabda "Aku merindui umat ku yg merindui ku...walaupun mereka tidak pernah melihat ku, mereka adalah umat ku di akhir zaman"


law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين



berikut pula adalah maksud liriknya yg telah diterjemahkan dalam bahasa melayu oleh "Asyraff Hafzdan Abdullah"...




Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


===============================
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.


Monday, 4 February 2013

Kemuliaan umat Baginda S.A.W

Minggu ini adalah minggu terakhir umat islam berada dlm bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W...iaitu bulan R.Awal 1434 Hijrah...sana sini masih lagi kedengaran majlis2 ilmu serta acara yg diraikan utk memupuk rasa cinta kpd Baginda Rasulullah S.A.W...secara jujurnya bagi diriku sendiri hanya dlm bulan ini untuk sepanjang tahun kerinduan itu lebih memuncak...kenapa kempen ''Cinta Rasullullah'' ini tidak diteruskan utk sepanjang masa/tahun...
suatu pertanyaan utk diri sendiri pula...apa yg telah aku lakukan utk menunjukkan rasa kecintaan serta kerinduan yg mendalam terhadap Baginda Rasullullah...??? berbanding Baginda Rasulullah yang berkorban seluruh jiwa raga Baginda utk umatnya yg dikasihi...(sama2 kita lusuri sirah perjuangan Baginda)
tidakkah kita berasa bangga dipilih utk menjadi salah seorang umatnya...yg diberikan bermacam kelebihan & kemuliaan berbanding umat yg lain...???
berikut adalah kisah yg ingin saya kongsikan supaya dapat sama2 kita ambil kebaikan darinya....peringatan utk diri sendiri...wallahu a'lam




Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku”’:

1.     Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2.    Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3.    Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4.    Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Sunday, 3 February 2013

My Edible Garden: Update 'Rose Jepun/Moss-Rose'

lama xupdate pasal moss-rose @ ros jepun ni...inilah satu2nya bunga yg ada di laman edible garden ibu...bunga lain cam leceh skit...bunga ni senang nak jaga n bunga pun cute comei aje...
dalam koleksi ibu ade color putih, ungu n oren aje (blh layan pic kat sini:(post-kuntuman-mekar)...nanti nak bodek abah belikan yg color2 lain lg...tp laman xluas...xleh nak susun2 pot bunga banyak2...coz kalu byk lg meriah...
ape yg boleh buat sementara ni...kita gantung ajelah...




hasil pertukangan ibu yg dibantu oleh abah...bolehla buat pot2 yg comel dr botol air terpakai ni...
bila skali tgk cam lawa plak...bila dah siap gantung...kalu lg banyak mesti lg cantikkan...
kena tanam byk2 lg...pot plak xde...hmmm...masih blh pakai botol2 yg xguna dah tu...
ni masa br tanam baru...blum sempat bertunas dgn jayanya lg...
cam mana nak susun botol yg kat bwh ni bg cantik skit...


pokok timun tu pun nak menumpang panjat...


dah mula berbunga semua...time cuti aje blh tgk..