Monday, 11 March 2013

Ceritera: katak kecil



Cerita tentang katak kecil  



Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari,
tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.


Penonton berkumpul bersama  mengelilingi menara untuk menyaksikan
perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

 
Perlumbaan dimulai...

Secara jujur:
Tak seorang pun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara:

"Oh, jalannya terlalu sukar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!


Katak2 kecil mulai jatuh satu persatu...

... Kecuali mereka  yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..


Penonton terus bersorak
                 "Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya !"

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
...Tapi ada  SATU yang meneruskan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!
 
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali  satu katak kecil yang telah berusaha keras  menjadi  satu-satunya yang berjaya mencapai puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh  melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?


Ternyata...

Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!


Pengajaran dr kisah ini:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
...kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 positiv yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi tindakan serta pemikiranmu!

Kerana itu:
Tetaplah selalu....

POSITIVE!

Dan yang terpenting:

Buat  PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak boleh menggapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

 

Friday, 8 March 2013

Alisha 4 tahun...


Alhamdulillah....06/03/2013...genap 4 tahun Allah S.W.T meminjamkan kakak 'Nur Alisha Husna' pada ibu & abah...syukur yg xterhingga ke hadrat Illahi...dengan izin serta kurnianya...semoga anak ibu & abah menjadi insan yang solehah serta mampu memberi manafaat pada insan lain...aminnn..


Sebagai kakak yang sulung besar harapan ibu & abah agar kakak boleh menjadi contoh terbaik buat adik2 nanti...masa berlalu begitu cepat...serasa mcm baru semalam ibu melahirkan kakak...peneman setia ibu...:)



Thursday, 7 March 2013

riadah bersama2...


cuti ujung minggu ari tu dimanfaatkan tuk beriadah bersama anak2 semua...alaaaaa pusing2 taman aje...sekitar blok perumahan kami...dah agak lama xbersenam pagi2...
so malamnya sebelum tidur...ibu siap pesan kat adik & kakak...supaya esok pagi bangun awal2...kita p joging sama2...
seawal pukul 7 am kakak & adik dah siap sedia nak keluar joging....hmmmm seperti biasa tunggu abah bersiap...pukul 7.15 am semua keluar menghirup udara segar sawah padi kat depan umah....

inilah pemandangan bendang kat depan umah...memang sgt cantik....tp sayang xlama lg akan naik perumahan
adik dah xsabar2 lagi nak mula joging...
sesi 'warm-up' ngan abah dulu...
goyang badan...
kelihatan ibu begitu 'debab' sekali....huhuhuhu
kakak dah kepenatan

cam mana nak buat ni...

ni bunga pokok 'ulat bulu' yg kami jumpa masa joging...cantikkan
ini plak rupa buahnya...hijau belum masak...
 

Wednesday, 6 March 2013

Ajarilah Anakmu Solat...

Jangan berpuas hati dengan kejayaan kosmetik...

Saya berpandangan bahawa anak-anak yang berjaya di dalam pelajarannya seumpama mendapat 5A UPSR, 9 A PMR, 12 A SPM atau nombor satu di dalam kelas belum boleh diiktiraf sebagai pelajar yang berjaya 'yang sebenar' sehingga mereka juga menjaga solatnya dan baik akhlaknya.

Bahkan adalah lebih cemerlang apabila mereka mempunyai nilai tambah dengan kemahiran insaniah (soft skill) yang lain seperti boleh berdikari, pandai memilih kawan dan suasana, berani ke depan, kemahiran berpidato, berkepimpinan dan sebagainya.

Kalau tidak, kejayaan ini sebenarnya adalah kejayaan di atas kertas yang bersifat kosmetik (solekan luaran) dan tidak melambangkan 'kemenjadian' yang dikehendaki oleh ibu bapa Muslim, pendidik yang insaf serta umat yang dahagakan pelapis kepimpinan muda.

Di atas alasan ini, para ibu bapa dan penjaga mesti berperanan untuk menitik-beratkan solat anak-anak secara praktikal di rumah atau di masjid, memilih sekolah yang baik, membantu anak-anak memilih kawan-kawannya, membantu para guru dan sekolah terhadap permasalahan solat para pelajar dan sebagainya.

Permulaan kejayaan sebenar dalam mendidik anak-anak kecil dan remaja adalah pada penjagaan amali solat....more info klik:
http://zainurrashid.com/





"Do not raise your children the way your parents raised you. They were born for a different time" Ali bin Abi Taleb
A great quote from Ali Bin Abi talib :)

Tuesday, 5 March 2013

My Edible Garden: Hasil kutipan hari ini...sawi

nampaknya...yg lain merajuk xnak berbuah lagi...hanya sawi ajelah yg dapat kutip hasil...memang xputus2 blh makan sawi fresh & selamat...:)


cukuplah tuk masak hari ni...

emmm...boleh buat sayuran tambahan dalam bihun goreng ptg nanti ni....

haaa...ni plak pokok pudina yg baru nak hidup...

Sunday, 3 March 2013

Thursday, 28 February 2013

My Edible Garden: Pelik tapi menarik

last week masa duk kemas2 pokok bunga my MIL...ternampak bunga ni yg pelik sgt...bunga aje ade...daun tiada...bila tanya ngan MIL nama pokok bunga ni...dia sendiri pun xtau namanya...hehheh..
tp rupanya cam berus jamban my MIL cakap......huhuhuhu...bunga secantik ni xkan nama mcm tukan...mesti ada namanya....sape2 tau namanya boleh bgtau....

slps 2 ari bwk balik...ingatkan nak keluar daun...rupanya bunga

sebatang mcm ni aje...trus bunga kat ujungnya

pandangan dr atas...

close-up bunganya...
haaa...cam tulah rupa bunganya...so...bleh kongsi nama pokok bunga ni sape2 yg tau...