Wednesday 11 November 2020

Bandar Warisan - Muzium Matang

Selepas melawat Muzium Perak...kami macam terpanggil utk meneliti peninggalan sejarah seterusnya....jadi kita terus ke checkpoint kedua - Muzium Long Jaafar @ Muzium Matang


Sedikit sejarah berkenaan Muzium Matang ni; 

Asalnya adalah kediaman/pej.pentadbiran/kota@kubu pertahanan Menteri Larut bernama Ngah Ibrahim bin Long Jaafar. Beliau adalah orang pertama menjumpai biji timah di Malaysia iaitu di daerah Larut, Perak. Kekayaan beliau yang melimpah ruah hasil perlombongan biji timah telah menarik Sultan Abdullah selaku Sultan Perak ketika itu melantik Ngah Ibrahim sebagai Menteri Jajahan Larut.


Kompleks 2 tingkat ini terbahagi kepada beberapa seksyen pameran; peninggalan British, peninggalan Jepun dan juga peninggalan koleksi peribadi Dato' Long Jaafar sendiri.



Larut - gajah milik Long Jaafar yang telah hilang namun ditemui semula. Walaubagaimanapun, Long Jaafar hairan melihat gajahnya diselaputi lumpur keras seperti butiran logam. Mengikut sejarah, begitulah peranan Larut gajah Long Jaafar yang menjumpai biji timah buat pertama kali.


Padat dengan sejarah lawatan kali ni...harap anak2 enjoy moment with all the history parts....haahhahhhaa




No comments:

Post a Comment