Saturday, 7 November 2020

Bandar Warisan - Muzium Perak, Taiping

 Banyak tempat menarik yang kami xpernah visit rupanya...dlm masa sehari ni kami cuba penuhi beberapa checkpoint wajib...abah ajak depa visit tempat2 bersejarah...sbb Taiping adalah salah satu daerah tua yang penuh peninggalan sejarah yang masih elok terjaga...

Jom kita share sedikit info ringkas berkenaan Bandar Taiping...Sebelum 1837, bandar Taiping adalah ibu negeri dan sekaligus merangkap sebagai ibu negeri pertama bg negeri Perak, pekan Taiping turut terkenal dengan sejarah penemuan bijih timah di kawasan Larut oleh Long Jaafar. Nama asalnya adalah Klian Pauh...sebelum ditukar kepada Taiping bersempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Kini Taiping terkenal dengan peninggalan sejarah malah dikenali sebagai Bandar Warisan..

Tempat paling afdhal utk belajar serta menghayati sejarah mestilah muzium...arkib tersimpannya byk warisan sejarah...moh kite ke checkpoint pertama...Muzium Perak - adalah muzium tertua & pertama di Semenanjung Malaysia yg ditubuhkan pada 1883. Idea penubuhan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak pada masa itu, manakala Leonard Wray Jr seorang ahli botani & geologi menjadi kurator muzium yang pertama.


Belum sempat masuk ke dalam...kat luar ni lg budak2 ni semua dh excited...ammar uzair berlari panas2 tu xlarat ibu kamu nak kejar nakkkk ooiiii...







Melangkah masuk ke dalam muzium...memang xbosan...byk info dan peninggalan sejarah yang kita dapat kutip...xsempat nak digest semua...kita ambik pic utk kenangan & rujukan...
















Orang yang paling excited skali...mestilah ammar uzair...semua seksyen dia tawaf xbenti...ibu & abah xlarat nak ikut...terduduk keletihan kat lantai dh abah...pameran di dalam banyak memperlihatkan kebudayaan tamadun masyarakat orang asli & masyarakat melayu dahulu serta artifak peninggalan zoologikal seperti rangka badak sumbu, ular dsbgnya...

Tempat yang menarik juga selain zoo untuk bawa anak2 jalan2...sambil tambah ilmu sejarah mereka...


No comments:

Post a Comment