Monday, 22 July 2013

Jagalah Lisan

Alhamdulillah...telah selesai 10 ramadhan yang penuh berkat kita lalui...diharapkan hari yg bakal ditempuh kelak akan penuh dengan kemanisan serta keberkatan olehNYA...

Bersempena dengan kita semua masih lagi tekun serta sabar dalam menjalani ibadah puasa masing2...ibu tertarik dengan isu 'Menjaga Lisan'...amatlah penting kita menjaga lisan bukan sahaja dalam bulan ramadhan namun sepanjang masa dan sepanjang hayat kita...kerana ada kata hikmah yang pernah ibu dengar...'Ketakwaan serta Keimanan sesorang mukmin itu terletak pada Lisannya'...betapa kuatnya dan besarnya impak menjaga tutur bicara kita sehingga ianya disamakan seperti keimanan kita itu dapat dicerminkan melalui tutur bicara @ percakapan kita....allahuakbar

'ihsan goooogle-pinjam sat''

Dan jika kita dalami serta mencari kefahaman tentang perkaitan isu menjaga lisan dengan keimanan ini ada beberapa potong ayat Al-Quran yang mampu memberi kita kefahaman tentangnya...
Maksudnya: 'Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu sebahagian kamu memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan  daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha penyayang.'
~ Surah Al-Hujurat: 12 ~

Malah turut terdapat hadis yang sama menjelaskan lagi tentang perbuatan menjaga lisan/bicara ini seperti yang terdapat dalam kitab Sahih Muslim, Hadis No.2589 disebutkan...
Maksudnya: 'Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah صلی الله عليه وسلم pernah bertanya kepada para sahabat, ''Tahukah kalian apa itu (ghibah/mengumpat)''? Para sahabat menjawab ''Allah dan RasulNYA yang lebih mengetahui. Beliau berkata, ''Ghibah ialah engkau menceritakan hal-hal tentang saudaramu  yang tidak dia suka'', ada yang menyahut ''Bagaimana apabila yang saya bicarakan  itu benar-benar ada padanya?'' Beliau menjawab, ''Bila demikian itu bererti kamu telah melakukan ghibah terhadapnya, sedangkan bila apa yang kamu katakan itu tidak ada padanya, bererti kamu telah berdusta atas dirinya''.

Begitulah kesannya daripada tersalah cakap ataupun terlebih cakap...kerana dibimbangi akan terjadi dosa mengumpat malah yang lebih teruk akan menimbulkan dosa fitnah...nauzubillah...oleh itu sama-samalah kita jaga serta kawal lisan kita apabila berbicara...orang yang berakal seharusnya lebih banyak menggunakan kedua telinganya daripada  mulutnya. Jika dilihat pada fitrah penciptaan kita sendiri, apabila Allah mengurniakan sepasang telinga, manakala hanya 1 mulut kepada kita supaya kita lebih banyak mendengar daripada bercakap perkara yang tidak mendatangkan manafaat.

Tuesday, 16 July 2013

Alhamdulillah...Ramadhan Kareem

Syukur ke hadrat Ilahi...masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan 1434H ini...dan turut syukur kerana bulan ramadhan ini genaplah setahun sudah usia blog ibu yang xseberapa ini...tempat untuk meluahkan rasa hati, pandangan serta perkongsian pendapat yang jika hendak dibandingkan dengan ilmu allah yg banyak di dunia ini rasanya xterbanding...

Tapi apapun alhamdulillah...masih dapat bangun pagi bersahur serta solat bersama2 insan terdekat anak2 serta suami tercinta...serta ibu bapa yang walau pun jauh dimata namun tidak pernah kurang menitipkan doa restunya...syukur Ya Allah...inilah nikmat dunia yang xternilai yg telah engkau kurniakan kepadaku...

Ramadhan kali ini menjadi 'check point' yang terpenting buat diri kami sekeluarga dan khususnya diri ibu sendiri...dengan pelbagai ujian serta cabaran yang telah Allah kirimkan...namun hikmahnya setiap ujian serta dugaan tersebut dikirimkan juga bersama-samanya cinta, kasih sayang serta kesabaran yang amat mendalam...sungguh tidak terjangka dengan akal sebenarnya...namun itulah kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya yang sabar serta benar...

Banyak sungguh rahmat serta kasih sayang yang diberikan...sehingga ibu sendiri tidak tahu dari mana serta bagaimana nak menulisnya...ianya seperti sukar untuk diucapkan dengan kata2 serta payah untuk dikiaskan dlm tulisan...hanya mampu merasai serta mensyukurinya setiap waktu tanpa henti...

Yakinlah dengan janji Allah...janjinya adalah benar serta pasti...
''dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNYA, tidak ada yang mengetahui selain DIA. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan juga di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan di bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (LAUH MAHFUZ)''  ~ Surah Al-An'am, 6:59 ~ 

Oleh itu...bersempena bulan yang penuh kemuliaan serta keberkatan ini, bulan yang akan memperlihatkan segala kebenaran serta our 'true color'...sama-samalah kita mensucikan segala niat serta sifat mazmumah yang ada dalam diri kita, ikhlaskan segala tindakan dan kata-kata dan rasionalkan segala tindakan kita...kerana kita semua bakal dinilai olehNYA yang MAHA ADIL...akhirnya semoga kita semua mendapat apa yang kita semua cari serta merasai kenikmatan ramadhan kali ini....maafkan semua kekhilafan saya samada secara sengaja ataupun tidak sengaja...amin

Thursday, 11 July 2013

Capsicum Ramadhan

Alhamdulillah...balik dr bercuti...tgk2 banyak rezeki yang menanti dr edible garden kami...dan yang paling mengujakan adlh capsicum dah berbuah...rezeki bulan ramadhan kata abah...sbb dah lama ibu duk tgg2 bila capsicum kuning ni nak berbuah...xsangka plak blk cuti dah ade buah2 comel yg menunggu...

Jom kita layan pic capsicum comel ni...tp belum kuning lg...xcukup matang lg...








Wednesday, 3 July 2013

Iklan jap...

Just nak promo...bagi ibu/mama/mummy/ayah/abah/daddy...yang sedang mencari2 dress tuk princess masing2...kami ade menyediakan beberapa pilihan collection yang paling laris serta berkualiti dan yang paling best masih lagi dengan harga yang mampu serta amat2 berpatutan....bersempena lebaran yang bakal tiba berikut adalah antara pilihan design yang masih lagi available, untuk details boleh layan FB Siti Aju (GURLS DRESS)....jom layannnnnn...feel free to contact me via FB or email or just leave a message in the comment column provided...:)

CARTER'S
12 mth
RM 35.00
-SOLD-

CARTER'S
18 mth
RM 35.00

CARTER'S
24 mth
RM 35.00

WANDEE'S (3 pcs)
12 mth/18 mth
RM 36.00

WANDEE'S (3 pcs)
12 mth/18 mth
RM 36.00
-SOLD OUT-

WANDEE'S (3 pcs)
12 mth/18 mth
RM 36.00

WANDEE'S (3 pcs)
24 mth
RM 36.00

WANDEE'S (3 pcs)
24 mth
RM 36.00

WANDEE'S
18 mth/24 mth
RM 38.00

WANDEE'S
18 mth/24 mth
RM 38.00

WANDEE'S
2 yrs/6 yrs
RM 40.00

WANDEE'S
3 yrs
RM 40.00
-SOLD-

WANDEE'S
3 yrs
RM 40.00

CRANBERRY
4 yrs
RM 40.00

LAURA ASHLEY
4 yrs
RM 40.00

WANDEE'S
5 yrs
RM 45.00

WANDEE'S
6 yrs
RM 45.00
-SOLD OUT-

WANDEE'S
7 yrs
RM 45.00

WANDEE'S
7 yrs
RM 45.00

LAURA ASHLEY
8 yrs
10 yrs (SOLD)
RM 48.00

LAURA ASHLEY
10 yrs
RM 48.00

GYMBOREE
12 yrs
RM 48.00

Friday, 28 June 2013

Pic for 2day

lamanya xupdate cite kat blog...dalam bulan 6 ni terlampau banyak benda yang berlaku....semalam adalah penutup 1 daripada chapternya...so xnak story panjang just nak paste pic ni aje...

bayam hijau dan terung putih susu...alhamdulillah rezeki xpernah putus...setiap hari dapat hasil boleh dikongsi bersama jiran tetangga...

Monday, 17 June 2013

Selamat Hari Bapa...abah2 tersayang

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Abah (Mohmad Harun) & Abah (Shaidin Ahmad)


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Dah call ayah awak hari ni...? Esok mungkin tak sempat.

Untuk informasi terkini please like I&Partners Solutions., atau lawat www.inpsolutions.com

Saturday, 18 May 2013

My Edible Garden: Terung putih susu

Dalam entry lepas update-terung dah upload beberapa pic terung ni...kali ni ibu nak kongsikan lagi beberapa pic terung yg putih melepak ni...first time sebenarnya ibu jumpa terung cam ni (tu yang xcited terlebih)...sebelum ni duk tgk yg color hijau @ purple tu aje...

benih ni ibu dapat dari blog www.tanamsendiri.com...banyak benih yg boleh dapat kat sini...try2 la intai ye...
ibu dah ade beberapa koleksi benih...tp belum sempat lg nak semai sepenuhnya...maklumlah asyik keluar negeri (hehehehe...maklumlah perantau di bumi AS ni..) selalu...tinggal umah...takut nanti pokok2 kekeringan plak...sayang..

jom jom jom...kita tgk terung putih susu....

putik buah yg baru




buah yang dah besar...tp sayang nak ambik makan...hehhehe