Tuesday, 11 January 2022

Glomus Tumor - Part 3

Dah masuk tahun 2022 dah kita semua...pejam celik pejam celik...another new chapter of life coming soon...akhir tahun 2021 pun banyak experience yg blum ibu kongsi disini...asyik xde motivasi nak menulis...allahu...tapi yg ni ibu gagahkan jugak share...harap tulisan ni membantu kawan or sape2 yg senasib ngan ibu...lets go

Finally...tarikh yang ditunggu pun tiba...10/10/2021...detik bersejarah...pertama kalinya ibu masuk OT...seawalnya check-in KMC...selesai semua urusan daftar masuk wad...abah blk semula ke apartment sbb sudah dimaklumkan...xdibenarkan untuk peneman...abah dh ready check-in semua kat apartment Imperio Professional Suite dekat ngan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)...angkut semua anak2 bermalamlh 2 malam disitu sambil tgg ibu selesai procedure...budak2 syokla ade taman mainan pool semua...berendam ajelah keje depa...

Orait...sambung citer ibu plak...selesai check-in, Dr datang untuk rutin checkup sblm masuk OT...tiba2 suhu ibu tinggi plak...3x nurse tukar thermometer suhu tetap 39C, tp ibu xrasa cam demam pun...allahu kena tgg pakar bius plak decide sama ada blh proceed ataupun tak....boleh bayang perasaan ibu waktu tu...sedihhhnya...dh lama tunggu...xmaula postponed...nurse bagi makan pcm n rest jap sambil tgg pakar bius naik....alhamdulillah bila pakar bius naik...dia bg green light...blh proceed as scheduled....syukur alhamdulillah

Masuk OT pukul 9am...general anest...ibu xsedar diri apa pun...sedar dalam pukul 11am mcm tu siap semua dh...ready utk naik semula ke wad...tangan pun berbalut rapi xnmpk ape..huhuhu

Alhamdulillah...semua selesai as scheduled...ibu syukur semua selesai as planned...Dr bg TCA selepas 5 hari untuk buka balutan n tgk luka jahitan mcm mana...then ibu pun dapat MC 2 minggu...berkebetulan plak dengan PM umum boleh rentas negeri...apa lg...selesai tunggu buka balutan...pecut balik ganu la kita...dah lebih 10 bln xbalik ganu kotttt....rehab untuk speedy recovery abah ckp...hahahhaahah

 



Ni result drpd lab...confirm glomus tumor...dan alhamdulillah negative for malignancy

Selesai satu bab penting dalam hidup untuk tahun 2021...harap baik2 semuanya...now...after 3 bulan...kuku ibu dah halfway through...insha allah nanti cantik balik la kukunya...aminnn



SeLaMat TaHuN BaRu 2022





Thursday, 28 October 2021

Siti Idaman

 9 SITI yang patut dicontohi



1. Siti Khadijah binti Khuwailid

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, isteri yang penuh ketaatan dan besar kecintaan kepada Baginda Nabi, menghantar makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2. Siti Fatimah al-Zahra

Puteri Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih & setia kepada suaminya Saidina Ali bin Abi Talib walaupun suaminya miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan suaminya. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu.

3. Siti A'ishah binti Abu Bakar

Beliau merupakan isteri Rasulullah yang paling romantis. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Baginda. Di mana Nabi s.a.w minum di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s atas perintah Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s (pengorbanan seorang ibu mithali).

5. Siti Maryam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi, sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa a.s. Satu-satunya wanita yang namanya disebut dalam al-Quran, malah terdapat surah khusus untuk menceritakan kisah beliau - Surah Maryam.

6. Siti Asiah binti Muzahim

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapi daripada suaminya sendiri Firaun laknatullah. Tetap beriman sehingga ke akhir hayatnya walau disiksa oleh suaminya. Kasih sayang yang tulus kepada Nabi Musa a.s walaupun bukan anak kandung beliau.

7. Siti Aminah binti Wahb

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati suaminya. Berhias cantik hanya untuk tatapan suaminya sahaja. Beliau dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t dan merupakan wanita pertama masuk syurga selepas Ummul Mukminin.

9. Siti Zubaidah binti Jaafar

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.


Adakah kita tergolong antara SITI2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik dipandangan Rasulullah s.a.w & juga mendapat keredhaan Allah s.w.t


** 9 Siti adalah petikan daripada kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 yang bertajuk 'SITI IMPIAN'.

Saturday, 25 September 2021

Glomus Tumour - Part 2

2 hari lepas...TCA orthopedic ibu kali yang ke-4 dekat HSAH....manage dapat awal...no.1 okeh...berkat seawal pagi lg dh check-in 😀...excited nak jumpa Dr....kalu ikutkan TCA ni nak confirm tarikh operation aje dan juga feedback slps rehab...tp memandangkan rehab tutup...so xde ape yg nak di follow-up

Jump to the conclusion....Dr.  memaklumkan masih blum dapat tarikh dan memang seperti jangkaan, kekangan utk dapatkan tarikh adlh kerana keutamaan diberikan hanya utk kes kecemasan sahaja...even open fracture surgery pun masih panjang queue...hampaaaa walaupun mmg dh bersedia pun dgn jawapan mcm tu...faham sgt dengan kekangan covid lagi...sgt faham...memang tarikh sehingga pertengahan tahun depan pun belum tentu...but Dr bg harapan baru utk ibu...dia offer utk buat referral letter terus kepada hand surgeon specialist kat KMC. Sooo...ibu ade 2 option;

Option AHSB - ambik tarikh TCA ke HSB utk jumpa pakar... then kene queue dan tarikh xtentu bila akan timbul

Option B: esok blh trus jumpa pakar kat KMC & discuss about procedure & pilih date

Sooooooo....ibu pilih option B....xmau tgg dah...sakitnya makin worse lately...selalu malam je yang sakit macam kene electric shock...tp now continuously sakit mcm xbrape nak reda...ibu pun xlarat dh duk telan celebrex tu je yg kadang2 xmembantu sgt bila time worse tu...lagi pulak sangat mengganggu tugas harian...nak buat kerja rumah semua...nak lipat baju pun kena hati2 xmau tersentuh jari tu


Ni plak ibu saje nak share rupa MRI jari bertuah tu...kalu ditanya nak buat lg tak MRI...sumpah kalu ade option lain baik try dulu...penat buat MRI ni...pening nak muntah semua ada...

Long story cut short...kami pg jumpa Dr kat KMC....Dr pun jelaskan semua berkenaan procedure & precaution yg perlu diambil....ikutkan procedure xkan lama...tp jika refer pd result x-ray & MRI...tumour tu menekan sedikit bhgn bone...jadi dicadangkan utk moderate sedation bg xrasa sakit waktu procedure, so ibu mcm tidur ala2 gitu & xakan rasa ape2...sbb dr perlu kikis2 cell tumour yg attached kat bone tu sikit...so part ni kalu guna local block anesthesia dia hanya block nerve shj xeffective pd bone, Dr. takut ibu akan rasa sakit masa procedure...thats why dia xsuggest local anest...sbb chances utk cell tumour ni re-growth adalah dlm 2% slps operation disebabkan oleh baki cell tumour yg masih tertinggal...so Dr kalau boleh nak buat sebaiknya utk remove semaksimum mungkin cell2 jahat itu... ntahla...ibu xbrapa pikir sgt....ibu cuma concern nak bg cepat2 buang n siap cepat2 je...alhamdulillah tarikh yg available pd 10hb oct depan...bermaksud lg 2 mgg

"Living with the glomus tumours pain...well maybe just a finger"

Till then....kita akan update lg slps procedure

Monday, 13 September 2021

Isteri Penyejuk Mata...Suami Penenang Jiwa

Membina rumahtangga amat mudah...tapi untuk mengekalkan rasa cinta bersama, hormat menghormati itu...setiap pasangan perlu untuk sentiasa belajar...bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga...pasangan perlu saling membina rasa kasih sayang dan hormat berpaksikan rasa cinta pada Allah...sentiasa belajar kenali pasangan...berusahalah untuk suburkan cinta dalam rumahtangga...raikan cinta setiap masa dan abadikan setiap moment bersama keluarga...

Lumrah dalam setiap kehidupan...semua manusia akan tertarik pada yang cantik, wangi dan menawan...walaubagaimanapun pandangan itu boleh dididik...didik dengan iman & takwa kepadaNYA...biarlah yang cantik dan indah itu yang dimiliki dan yang ada di rumah...jangan dipandang yang bukan milik....ianya haram & menyesatkan...bila manusia mula melihat yang diluar...itulah pandangan syaitan yang sesat...

Usaha pula mestilah bersama...tidak berpaksikan satu pihak sahaja...kerna berkasih sayang itu adalah tautan antara hati...mesti bersama...barulah cinta boleh dirai...disini perlu pengertian, toleransi, komunikasi yang amat tinggi...bermaksud bukan perlu ade ijazah dalam komunikasi...komunikasi dalam perkahwinan...perlu sentiasa memperbaiki teknik komunikasi dalam perkahwinan...terutamanya untuk pasangan yang dah lama berkahwin...jangan jadikan kebiasaan or rutin membunuh idea mencipta rasa cinta...sesekali manjakan pasangan masing2 dengan panggilan romantis...yang jarang digunakan...boleh mengubah mood or tune komunikasi pasangan...

sentiasa cuba untuk wujudkan mood romantis...rumahtangga bahagia bukan datang sendiri tanpa usaha

Sesungguhnya semua manusia punya naluri  suka dimanja...ibu suka kongsikan disini...betapa panggilan memainkan peranan penting dalam menjaga batas komunikasi dalam rumahtangga...contoh; dalam situasi marah...tetap gunakan kata panggilan mesra kita bersama pasangan...mcm kami...guna panggilan sayang & bi...tengah gaduh pun tetap panggil bi...pasangan kita pun tetap panggil sayang...ucapan marah akan terkawal & boleh kontrol insya allah...kita tidak akan melampau sehingga memaki hamun ketika amarah menguasi diri...panggilan itu akan membataskan kita dr mengucapkan kata2 yang melampau...alhamdulillah...itu salah satu tip menjaga komunikasi yang kami amalkan...jangan sesekali tukar panggilan dlm waktu marah...kerana syaitan sentiasa akan mendorong kita dalam keadaan marah yang tidak terkawal...

Sumber: google

Selain komunikasi berbentuk verbal atau lisan...komunikasi berbentuk fizikal juga amat penting...sebagaimana kita suka mendengar kata2 manis yang indah, ucapan2 ringkas yang bermakna...jangan diabaikan sentuhan simple seperti berpegang tangan sambil jalan...boleh sesekali sama2 cipta moment aktiviti bersama, kadang xtvt berdua...paling malas pun boleh berbaring luangkan masa tgk movie bersama di rumah...perlu belajar apa yang paling disukai oleh pasangan kita...macam kami saling bertoleransi untuk bersama dalam setiap hobi atau minat pasangan...ibu suka berkebun...bkn bermaksud pasangan perlu berkebun sama-sama...kadang sekadar teman sambil siram pokok sambil teman minum kopi petang2...itu pun dh sangat membahagiakan...terasa dihargai...kalu istilah orang lama..."buat2 bodoh depan pasangan kita"...maksudnya bukan membodohkan diri sendiri...tp bila bersama pasangan...cuba create moment2 manis sbg bukti kehadiran pasangan adalah sgt penting dlm hidup kita...kerja yang simple boleh dibuat sendiri...contoh beli barang dipasar, siram pokok, lipat baju...tp jika dilakukan bersama bertambah kasih sayang...yang penting bila bersama, sentiasa pastikan pasangan kita adalah priority...bagi tumpuan...insha allah...cinta akan sentiasa mekar...seingat ibu dalam memori...ibu xpernah pergi kedai sendiri tanpa en.hubby temankan...kecuali masa PJJ dulu...nak p kedai gunting rambut ke spa ke, semua pun en.hubby akan temankan...tiada istilah ibu xmampu berdikari...tp itu adalah manifestasi hubungan kami yg saling memerlukan dalam berperanan sebagai suami & isteri...

Terpaling penting...jangan hanya memandang pasangan kita dengan pandangan beban & tanggungjawab semata-mata...memang kehidupan berumahtangga penuh hak & tanggungjawab setiap hari dengan tuntutan2 hidup yang tidak pernah akan selesai...namun luaskan sudut pandang kita kepada pasangan kita lebih dr sekadar suami dan bapa kepada zuriat kita...pandang pasangan kita sebagai teman, rakan sekerja, guru, doktor, pendamping & pelindung kita....tidak salah sesekali sebagai isteri ataupun suami untuk rendahkan ego masing2 dalam berperanan untuk rumahtangga...sesekali isteri boleh minta suami mandikan anak...siapkan bekal sekolah anak...suami boleh manjakan isteri dengan tolong buangkan sampah, sidaikan pakaian, siapkan pakaian kerja sendiri...tukarkan tuntutan hidup drpd beban kepada aktiviti bersama yang menjadikan pasangan saling melengkapi & saling memerlukan...

Pesanan untuk diri sendiri...jadilah seorang isteri penyejuk mata kepada suami...bicaralah dengan bijaksana & sabar wahai isteri dan suami...kerana akhirnya hanya kita & pasangan yang lebih tahu hala tuju dan matlamat akhir perkahwinan kita...insha allah rumahtangga kita semua diberkati olehNya sampai syurga...



Friday, 10 September 2021

Peria Katak

Peria adalah sejenis sayuran menjalar yang melilit menggunakan sulur paut. Daunnya berselang seli dan mempunyai bunga berwarna kuning terang yang amat cantik. Pokok menghasilkan bunga jantan & betina secara berasingan. Buahnya bewarna hijau muda, walaubagaimanapun terdapat juga bewarna putih. Kulit buah yang menggerutu dan rasanya amat pahit dan selalunya dimakan ketika buahnya masih muda kerana keranggupannya. Untuk mengurangkan rasanya yang pahit, selalunya akan direndam dengan air garam terlebih dahulu sebelum dimasak dan selalunya tidak akan dicampur bersama sayuran lain kerana rasanya yg pahit. Rasa pahit peria adalah datang daripada kandungan Kuinin yang tinggi.

Bunga yang terang dan sangat meriah...memang cantik sebagai penyeri laman juga

Buah muda yang masih kecil 

Masyarakat Asia telah lama menggunakan peria dalam diet mereka, dan dipercayai banyak khasiat terutamanya dalam perawatan penyakit kencing manis. Selain itu ia dapat digunakan sebagai penyejuk badan, membersihkan darah, merawat buasir, baik untuk ibu dalam pantang bagi menambah susu dan tenaga, mengatasai masalah haid dikalangan wanita dan juga tekanan darah tinggi.

Buah yang sedang elok untuk dipetik bewarna hijau terang, rasanya ranggup dan sedap juga dibuat ulam mentah

Binomial name: Momordica charantia L.

Untuk dijadikan benih...perlu simpan buah sehingga matang @ tua, warna buah yang telah matang akan bertukar dr hijau ke kuning terang. Boleh keringkan biji untuk simpanan benih, tapi perlulah keringkan biji terlebih dahulu untuk menjamin ketahan biji benih.





Wednesday, 1 September 2021

Buah Letup - Physalis angulata


Pokok letup @ ciplukan kalau di Indonesia....sejenis pokok yang sama keluarga dengan pokok terung & tomato

Pokok mudah dijumpai di dalam semak dan tumbuh secara individu mahupun kelompok, hasil daripada percambahan bijinya yang  matang. Di Malaysia tumbuhan ini masih kurang popular...tapi sebaliknya di negara jiran Indonesia...banyak penelitian berkenaan khasiat daun, akar serta buah letup ini yang telah dijalankan oleh institusi di sana.

Antara khasiat yang dinyatakan adalah baik untuk merawat darah tinggi, diabetes, bisul, batuk & selsema, mengawal kolestrol, rawatan radang. Kandungan buah yang kaya dengan antioksidan dipercayai dapat membantu tubuh melawan sel radikal bebas malah terdapat kajian daripada Cancer Chemoprevention Research Center, Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia, dimana penelitian terhadar ekstrak buah letup yang mempunyai bahan asas dalam membantu perawatan kanser payudara, maklumat lanjut sila klik link berikut: Ciplukan_Physalis_angulata_Herbs_Ethanolic_Extract_and_Doxorubicin_on_T47D_Breast_Cancer_Cells

Keseluruhan pokok daripada daunnya sehingga kepada akarnya boleh digunakan dalam perawatan...antara kandungan bahan asas yang terdapat adalah seperti, saponins, flavonoids, polyphenols (tannins), alkaloids, crypthoxantine, vitamin C, stearic acids, citric acid, palmitic acid, malic & facilin.


Buah yang matang akan bewarna kekuningan dan rasanya manis2...buah yang kecil tapi banyak khasiatnya...Pokok letup di laman edible ibu ni asalnya mungkin bawaan burung...sekarang membiak banyak dalam pasu...


Tiap2 hari dapat kutip buahnya yang matang...kalau xkutip buahnya akan gugur sendiri...ibu biarkan buah yg gugur utk percambahan pokok2 baru...xde penjagaan khusus memang tumbuhan yang mudah membiak sendiri melalui biji buah yang matang







Thursday, 5 August 2021

1st Family Camping - Lubok Jong Sedim

Lama dah jugakla citer camping ni...awal tahun sblm semua kena PKP3.0 aritu...sempatla kami mencelah bwk anak2 buat outdoor camping....real pamili camping...lama dh abahnya bercita2 nak bawak anak p camping....maka sempat la kita realisasikan cita2 nih...kami pegi xjauh...sebabkan situasi pandemik Covid yang xmenentu...maka kami survey port camping dekat2 aje...

Lastly...kami decide p Lubok Jong Sedim...dekat ngan umah dan katanya air sungainya cantikkkk...port camping pun menarik kat situ...makanya bersiapla kami anak beranak...booked utk 1 malam...selepas keje petang khamis trus kami gerak ke tapak camping....barang semua memang abahnya dh ready dlm keta siap2...lebih kurang sejam perjalanan...maka kami sampai ke destinasi tujuan...


Alhamdulillah....tempatnya memang cantik dan bersih...cuaca elok sangat membantu...budak2 sangat teruja xsabar nak terjun air dah...sambil abah setting tempat tidur kita...waktu sampai pun dah dlm waktu asar...lepas budak2 mandi, sambil abah siapkan dapur ibu untuk ibu setup bahan utk dinner special untuk semua...








Kemudahan bilik juga disediakan untuk pamili yang perlu...terutamanya yang bawak anak kecil or orang tua...bilik air/mandi dan surau semua disediakan untuk kemudahan penyewa...bunyi deruan air terjun dan kombinasi unggas cengkerik...merdu sungguh...lets nature talk and we listen...

Siap semua bersihkan diri solat semua...maka kami mulakan aktiviti bbq ala kadar kami...pengalaman yang sgt menarik untuk anak2...ibu abah sentiasa teruja untuk cipta memori indah untuk anak2...sementara ada peluang...semua pun hepi makan sambil sambil dgr deruan air terjun...angin pun nyaman....alhamdulillah





Dek keletihan bermain air + kekenyangan...semua terlena awal...mulanya ammar uzair saje yang agak cranky nak tidur....maklumlah membesar dlm air-cond...but manage to handle oleh abahnya...tidur xsedar diri sampai ke pagi esoknya...lena...ibu abah biasa dengan sekole ayaq kopi kawww penuh kasih sayang...sharing sweet talk moment together......ahakkksss




Esoknya....mandi dan mandi sampai lebam...kalu ikutkan xmau balik lg...tp disebabkan abahnya ade program lain...maka kena balik jugak...next trip kita dgt lagi...well done our comrad...semua memberikan kerjasama yang sangat2 baik....ibu abah proud of u gaisss...



Orite...ni ibu share info & contact no. pengurus camp site Lubuk Jong, Sedim untuk yang berminat...banyak lagi aktiviti yang disediakan...insha allah next trip kita akan try semua yang disediakan...

Pengalaman yang sangat menarik...kita akan upgrade camping gear kita...ready tgg bila boleh rentas aje...kita p camping lagi...insha allah