Babak: perbualan si anak & si ibu di suatu petang semasa pulang dr kerja...
anak: ibu...kakak anak yg baik tak..??
ibu: knapa kakak tanya mcm tu...??
anak: sbb td kakak pukul adik...
ibu: knapa kakak pukul adik plak...kakak xsayang kat adik ke...??
anak: sbb adik nakal..kakak pukul lah...
ibu: xboleh pukul mcm tu...cakap ngan adik elok2...anak2 ibu kan anak2 yg baik...semua nak masuk syurgakan
anak: emmmm...kakak nak masuk syurga mcm upin & ipin tu...boleh ibu
ibu: kalu nak masuk syurga kena jadi anak yg baiklah...kalu nakal nanti masuk neraka...
anak: neraka tu apa ibu...
ibu: .......alkisahnya....dikisahkan.....
Dikisahkan dalam
sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak
ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan
pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu
terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat
70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula
terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam
hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari
api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api,
pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan
dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor
dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang
sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka
Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah
asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan
asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan
asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan
Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka
berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada
hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000
kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan
berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh
Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa
yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu
dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan
pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan
dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka
Jahannam.
No comments:
Post a Comment