Wednesday 26 September 2012

Hakikat Poligami: Cinta Shafiyyah


''kupercaya kemana pun kau berjalan
suara cinta kan menuntunmu kepadaku...''
seorang sahabat berkongsi kpd saya...suaminya minta izin utk kahwin satu lagi, dengan alasan terjatuh cinta...perempuan tu sanggup bermadu jika rakan saya izinkan...
saya tanyakan rakan saya...adakah dia sanggup dimadukan...berkongsi kasih suami yg asalnya milik mutlak kite...
jika bertanya pada pendapat peribadi saya...''sejujurnya saya tidak rela membenarkan suami saya menduakan saya dengan mana2 perempuan sekali pun...saya tidak akan mampu untuk berkongsi...''
''mana boleh tamak...jika suami  mampu n ade calon yg amat sesuai...knapa xizinkan saja...lg pun ini tuk mengelakkan maksiat serta membela nasib kaum sejenis akak jugak...''
''jika benar poligami ini adlh utk menjaga kepentingan wanita...saya adlh seorg wanita...jagalah kepentingan wanita yg menjadi isteri serta ibu kpd anak2mu ini terlebih dahulu...dengan hanya meminta utk berpoligami sahaja hati wanita ini sudah terluka, bagaimana pula mampu utk berkongsi kasih suami nanti...'' 
''tp bukankah itu adlh sunnah rasul...jika kite tolak bermakna kite menolak sunnah, dan jika menolak sunnah...maka kafirlah kita''
 sungguh zalim suami2 sekarang menggunakan dalil serta hukum utk menakutkan kaum isteri...bagi merealisasikan matlamat utk berpoligami...
knapa saya katakan zalim...kerana mendera perasaan isteri, memaksa isteri mengikut kehendak yg langsung berlawanan dengan kehendak & perasaan isteri..isteri yg baik menjeruk perasaan sebab mencari redha allah & redha suami...
saya tidak menolak poligami pada syariatnya...saya menolak poligami pada perlaksanaannya...kerana kebanyakan perlaksanaan poligami yg saya lihat adalah gagal dan mendera...syariat juga tidak memaksa wanita utk akur dengan poligami bagi yg tidak mahu...hormatilah pilihan isteri jika dia tidak sudi utk bermadu...islam juga tidak mengajar kite berserah pada takdir sebelum ianya terjadi...tugas kita sebagai hamba allah adlah membuat keputusan & pilihan yg terbaik buat diri kita...
saya tahu diri saya tidak akan mampu menghadapi ujian cemburu...maka sesuai dengan pilihan saya utk tidak membenarkan diri dimadukan...ujian bermadu itu cukup sukar, bukan sahaja pada isteri malah anak2 turut terkena tempiasnya...namun bg yg  berpoligami...didiklah diri & bendungilah rasukan cemburu yang datang meracau...kerna penilaian Allah terhadap kita amatlah halus & lembut...
kerana sudah ternyata dalam perkahwinan baginda juga ada bibit2 cemburu dikalangan isteri baginda...saya bukanlah sebaik isteri-isteri baginda S.A.W, maka itu saya takut utk memainkan peranan bermadu...dan suami juga haruslah muhasabah diri adakah akhlak anda sebaik akhlak baginda S.A.W.
sama2 lah kite fikir dan ambik jalan yang paling baik dan tidak mendera perasaan mana2 pihak...kerana hidup ini adlh untuk mencari redha allah S.W.T...setiap yg kita lakukan haruslah ikhlas serta jujur...mencegah itu adlah lebih baik dari merawat...saya sentiasa berdoa...jadikanlah jodoh saya bersama suami seperti jodoh Siti Khadijah & Baginda S.A.W...tetapkan saya sahaja isterinya ketika anak2 masih kecil & dewasa, melalui susah & senang, dalam sihat ataupun sakit, dan sehingga akhir hayat saya...amin


Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....




Shafiyyah Binti Huyay Dipujuk Suami 

Profil                                          
  •       Nama penuhnya ialah Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab bin Sa’yah bin Amir bin Ubaid bin Kaab bin al-Khazraj bin Habib bin Nadhir bin al-Kham bin Yakhurn.
  •       Daripada keturunan nabi-nabi iaitu keturunan Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Israel (Ya’qub) bin Ishaq bin Ibrahim. (Rujuk Siyar A’laam an-Nubalaa’, vol.2, hlm. 231).  
  •       Ibunya bernama Barrah binti Samaual daripada Yahudi Bani Quraizhah.
  •       Shafiyyah dilahirkan sebelas tahun sebelum hijrah, atau dua tahun setelah masa kenabian Muhammad.
  •       Pernah bersuamikan Salam bin Abi Al-Haqiq (atau Salam bin Musykam, salah seorang pemimpin Bani Quraizhah namun tidak lama.
  •       Bernikah lagi dengan Kinanah bin Rabi' bin Abil Hafiq, salah seorang pemimpin Bani Quraizhah namun suaminya dibunuh oleh orang Islam selepas tertawan dalam perang Khaibar.
  •       Ayahnya juga dibunuh dalam perang itu.
  •       Shafiyyah ditawan lalu ditawarkan untuk menjadi isteri Nabi maka beliau menerimanya.
  •       Hidupnya sering bertemankan air mata di sisi kecemburuan isteri-isteri Nabi.
  •       Meninggal tatkala berumur sekitar 50 tahun, ketika masa pemerintahan Mu'awiyah.

Sekuntum Mawar Di Longkang Kedengkian
                Shafiyyah binti Huyay lahir dalam sebuah kaum yang sangat dengki terhadap Islam. Kaumnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa Allah SWT telah memilih seseorang daripada bangsa Arab sebagai Rasul akhir zaman.
                Shafiyyah yang suka belajar sejak kecil, mengetahui dengan jelas sifat-sifat Rasul akhir zaman sebagaimana yang diterangkan oleh kitab suci mereka. Beliau ternanti-nanti kedatangannya. Apabila ada berita gembira dari Makkah tersebar ke segenap benua, beliau kabur menilai kebenarannya. Masakan tidak, bapanya sendiri sentiasa mengoborkan kebencian dan kedengkian terhadap Islam.
                Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda tidak menunjukkan permusuhan kepada bangsa Yahudi. Baginda membuat perjanjian dengan mereka atas nama Piagam Madinah. Ada kelompok Yahudi yang menyukai Rasulullah, ada yang bersikap neutral dan ada yang menentang. Antara kelompok itu ialah Yahudi bani Qainuqa’(diampunkan), bani Nadhir (dihalau) dan bani Quraizhah (dibunuh).

Dalam Diam Mengagumi Muhammad
                Ibnu Ishaq berkata, “Aku mendapat khabar dari Abdullah bin Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm bahawa Shafiyyah binti Huyay bercerita…”
                Kata Shafiyyah, “Aku adalah anak kesayangan ayahku dan bapa saudaraku, Abu Yasir berbanding anak-anak yang lain. Jika mereka menemuiku, mereka pantas memelukku dan membiarkan anak-anak yang lain.”
                Beliau bercerita lagi tentang ayah dan bapa saudaranya keluar rumah sejak awal pagi untuk menyaksikan sendiri ketibaan Muhammad bin Abdullah di Quba’, di perkampungan bani Amr bin Auf. Apabila matahari terbenam, mereka berdua pulang.
                “Seperti biasa, aku menyambut mereka dengan wajah ceria. Demi Allah, mereka tidak menghiraukan dan wajah mereka sangat gelisah,” kata Shafiyyah.
                Beliau kehairanan tidak mendapat pelukan kasih mereka seperti selalu. Beliau lalu mencuri dengar perbualan mereka,
                “Kamu yakin dialah orangnya?” Bapa saudaranya bertanya.
                “Ya, demi Allah!” kata ayahnya.
                “Kamu mengenal cirri-cirinya dan dapat membuktikannya?” Tanya bapa saudaranya lagi.
                “Ya,” kata ayahnya dengan yakin.
                “Lalu, apa yang patut kita buat?”
                “Demi Allah! Aku akan memusuhinya sepanjang hidupku.” (As-Sirah an-Nabawiyah, Ibnu Hisyam.
                Terkedu Shafiyyah mendengar perbualan itu. Dirinya bingung memikirkan apa yang patut dilakukan. Tersepit antara kecintaan seorang anak dan kerinduan seorang umat kepada Nabinya.
                Beliau pernah bermimpi bulan jatuh ke kamarnya. Tatkala menceritakan mimpi itu kepada suaminya, beliau ditampar hingga lebam.
                “Kamu inginkan Raja Yathrib (Madinah) itu?” tengking suaminya.

Cekal Menghadapi Detik Ayah dan Suaminya Dibunuh
                Permusuhan Bani Quraizah semakin getir. Mereka menyiapkan 1500 pedang, 2000 batang tombak, 300 baju perang dan 500 perisai untuk memerangi kaum muslimin.
                Rasulullah SAW mengepung mereka selama 25 hari. Salah seorang musuh yang paling dkehendaki ialah Huyay bin Akhtab, ayah Shafiyyah. Dia mengkhianati muslimin dalam Perang Ahzab. Akhirnya, pihak musuh menyerah.
                Kaum muslimin menggali parit-parit besar di pasar Madinah, lalu tawanan Yahudi digiring ke tepi parit secara bergantian untuk dipancung. Itulah hukuman yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.
                Huyay bin Akhtab, bapa Shafiyyah turut ditawan. Dia merobek seluruh bajunya sepanjang satu ruas jari agar tidak dapat dimanfaatkan oleh kaum muslimin di kemudian hari. Tatkala tangannya dilingkar ke leher dan diikat kemas, dia sempat mencemuh Rasulullah SAW,
“Demi Allah! Aku tidak pernah menyesal telah memusuhimu.”
Lalu, pedang menebas lehernya.
Nabi Muhammad segera menyedari ancaman yang akan menimpa kaum muslimin dengan berpindahnya kaum Yahudi ke Khaibar kernudian membentuk pertahanan yang kuat di sana.
Khaibar digempur. Benteng terkuat Yahudi itu hancur. Suami Shafiyyah ditawan dan dibunuh. Shafiyyah juga menjadi tawanan dan menjadi milik seorang sahabat bernama Dihyah. Rasulullah SAW menukarnya dengan tujuh tawanan wanita yang lain. Baginda menutup wajah Shafiyyah yang cantik jelita. Tahulah muslimin, baginda sudah mengambil Shafiyyah sebagai isteri.

Tabah Meskipun Hadirnya Tidak Disenangi
Dari medan Khaibar, tentera muslimin berangkat pulang ke Madinah. Shafiyyah duduk di belakang unta Rasulullah.
Ketika hampir tiba ke Madinah, unta Rasulullah terpeleset lalu baginda jatuh bersama Shafiyyah. Rasulullah SAW segera berdiri dan melindungi Shafiyyah.
Setibanya di Madinah, ramai kaum wanita bersiap sedia menyambut kepulangan mereka. Tatkala mengetahui tentang Shafiyyah, mereka berkata,
“Semoga Allah menjauhi perempuan Yahudi ini.”
Hadirnya seorang puteri Yahudi yang cantik rupawan mengundang kecemburuan para isteri Rasulullah SAW. Apatah lagi pengkhianatan demi pengkhianatan kaum Yahudi menghiris hati semua orang Islam tika itu. Lagipun, Shafiyyah itu muda remaja berusia sekitar 17 tahun.
Rasulullah SAW meraikan kecemburuan mereka sebagai suatu lumrah yang tidak dapat dielak. Baginda lalu menempatkan Shafiyyah di rumah sahabat terdekatnya, Haritsah bin Nu’man al-Anshari, bukan di rumah salah seorang isteri baginda.
Salah seorang isteri Nabi mengejek Shafiyyah,
“Kami adalah  wanita-wanita Quraisy bangsa Arab, sedangkan kamu adalah wanita asing (Yahudi).”
Shafiyyah menangis kesedihan. Beliau cuba memenangi penerimaan wanita muslimah di situ. Bermula dengan Fatimah, beliau menghadiahkansepasang anting-anting emas dan kepada wanita yang sedang bersamanya. (Riwayat Ibnu Saad).
Cemburu Hafsah
Imam Tirmizi merekodkan satu kisah lumrah bagi isteri yang bermadu. Suatu hari, Hafshah menempelak Shafiyyah,
”Hei, anak Yahudi!”
Shafiyah menangis kesedihan.
Suaminya lalu memujuk,
“Sesungguhnya dinda adalah puteri seorang Nabi dan bapa saudaramu adalah seorang Nabi, suamimu ini juga seorang Nabi, lantas dengan alasan apa dia mengejekmu?”
Kemudian Nabi Muhammad SAW mendidik Hafshah,
“Bertakwalah kepada Allah wahai Hafshah!” 

Berkrisis Dengan Zainab
Aisyah menceritakan lagi karenah kecemburuan mereka terhadap Shafiyyah. Suatu ketika, Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Tiba-tiba unta Shafiyyah sakit, sementara unta Zainab ada lebih seekor.
Rasulullah berkata kepada Zainab,
“Unta tunggangan Shafiyyah sakit, mahukah dinda memberikan salah satu dari untamu?”
 Zainab menjawab,
“Dinda tidak mahu memberinya kepada perempuan Yahudimu itu.”
Rasulullah SAW terkilan. Sebagai didikan, baginda meninggalkan Zainab pada bulan Dzulhijjah dan Muharam bahkan Safar juga. Baginda tidak mendatangi Zainab selama tiga bulan.
Zainab berkata, “Sehinggakan aku berputus asa dan tidak berharap lagi.”
Ketika Rasulullah SAW masuk semula ke kamarnya pada bulan Rabiul Awwal, Zainab menebus kesalahannya dengan memberikan seorang hamba wanita yang tidak pernah diketahui oleh Rasulullah SAW.

Cemuhan Aisyah dan Hafsah
Aisyah bercerita lagi,
“Suatu hari, saya melihat bayangan Rasulullah datang. Ketika itu Shafiyyah mendengar cemuhan Hafshah dan Aisyah tentang dirinya dan mengungkit-ungkit asal-usul dirinya. Betapa sedih perasannya. Lalu dia mengadu kepada Rasulullah sambil menangis. Rasulullah menghiburnya, ‘Mengapa tidak engkau katakan, bagaimana kalian berdua lebih baik dariku, suamiku Muhammad, ayahku Harun, dan bapa saudaraku Musa.”
Apabila Shafiyyah mendengar lagi ejekan dari isteri-isteri Nabi yang lain, dia rasa terbela dengan pujukan suami. Maka diapun menjawab balas,
“Bagaimana kalian merasa lebih baik dariku, padahal suamiku adalah Muhammad, ayahku adalah (keturunan) Harun dan bapa saudaraku adalah Musa?”

Iktibar Daripada Suami Sesempurna Nabi
Mujurlah Rasulullah SAW bernikah ramai dalam 10 tahun terakhir daripada baki usianya.  Baginda menunjukkan contoh kepada semua lelaki yang berpoligami agar berlaku lembut dalam menghadapi kecemburuan para isteri.  Tiada pukulan. Tiada kekasaran. Tiada ancaman keras. Yang ada hanyalah kelembutan komunikasi berkesan dan didikan dengan penuh kesabaran.
Berkat pernikahan Nabi, wanita-wanita hari ini yang dimadukan pula akan rasa terbela andai mereka tidak mampu mengawal karenah mereka lantaran cemburu. Wanita hari ini tidaklah sebaik para isteri Nabi. Kecemburuan mereka mungkin lebih dahsyat. Maka, suami yang tertekan dan berserabut dengan karenah para isteri tidak boleh sesuka hati menuduh mereka jahat, nusyuz (derhaka) dan diancam keras. Itu fitrah cinta yang perlu dididik agar tidak bertukar menjadi fitnah.
Bagi wanita yang tidak sanggup diazab hidup cemburu kerana takut agama mereka rosakpula, Islam meraikan pilihan mereka untuk mengenakan syarat ta’liq ketika akad nikah agar tidak dimadukan. (Rujuk lanjut buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kami Idamkan, karya Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi). Syarat ta’liq ini terpakai oleh jumhur ulama’ sejak zaman sahabat lagi. Itulah yang dicontohkan kepada kita oleh puteri-puteri Rasulullah SAW.
Bagi suami yang mahu terlepas daripada kesulitan hidup di dunia dan akhirat pula, lebih baik tidak bernikah ramai spertimana kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya di atas. Demikian juga pendapat jumhur ulama. Maha bijak Allah SWT yang menurunkan peraturan yang meraikan kondisi individu yang berbeza-beza serta meraikan hak dan maslahah semua pihak.

Dikasihi Suaminya
                Ketika Nabi SAW sedang beri’tikaf, Shafiyyah menemui baginda di malam hari. Beliau berbincang sejenak dengan baginda. Kemudian, Rasulullah berdiri untuk menghantar Shafiyyah kembali ke rumah.
                Tiba-tiba, dua orang Anshar lalu di situ. Ketika melihat Nabi, mereka nampak aneh. Nabi takut mereka tersalah sangka.
                “Tunggu sebentar, dia ini adalah Shafiyyah binti Huyay.” Rasulullah berkata lagi,
                “Sesungguhnya syaitan mengikuti manusia seperti aliran darah. Aku takut dia telah meletakkan satu kejahatan dalam hatimu.” (HR Muslim).

Tetap Mencintai Suami Meskipun Dicemburui
Salah satu bukti cinta Shafiyyah kepada Muhammad terdapat pada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Saad dalarn Thabaqatnya. Isteri-isteri Nabi berkumpul menjelang kewafatan baginda.
Shafiyyah berkata,
“Demi Allah, ya Nabi, dinda ingin apa yang kanda deritai ini menjadi derita dinda.”
Isteri-isteri Rasulullah memberi isyarat antara satu sama lain lantaran cemburu. Menjuih.
Melihat hal yang demikian, baginda berkata, “Berkumurlah!”
Dengan terkejut mereka bertanya,
“Dari apa?”
Baginda menjawab,
“Dari isyarat mulut (atau mata) kalian terhadapnya. Demi Allah, dia adalah benar.”
Shafiyyah rasa terbela.

Difitnah Hamba, Dibalas Kebaikan
Setelah Muhammad wafat, Shafiyyah merasa sangat terasing di tengah kaum muslimin kerana mereka selalu menganggapnya berasal dan Yahudi, tetapi dia tetap komitmen terhadap Islam dan mendukung perjuangan Muhammad.
Pernah suatu ketika hambanya mengadu kepada Saidina Umar bahawa Shafiyyah sukakan hari Sabtu dan berhubung baik dengan Yahudi. Umar lalu meminta keterangannya.
Beliau menjawab, “Aku tidak mencintai hari Sabtu lagi setelah Allah menggantikan dengan hari Jumaat. Berkenaan Yahudi, aku masih memiliki kerabat di kalangan mereka.”
Shafiyyah bertanya kepada hambanya,
“Kenapa kamu lakukan semua ini?”
“Godaan syaitan,” jawabnya. Shafiyyah lalu membebaskannya. Membalas kedengkian dengan kebaikan. Subhanallah

Kemuliaan Hati Shafiyyah
Ketika terjadi fitnah besar atas kematian Utsman bin Affan, beliau berada di barisan Utsman. Beliau sering membentangkan kayu antara rumahnya dan rumah Uthman untuk menyalurkan makanan dan minuman. (Rujuk al-Ishaabah).
Ibnu Katsir berkata, “Shafiyyah adalah seorang wanita yang sangat menonjol dalam ibadah, kewarakan, kezuhudan, kebaikan dan sedekah.”
 Selain itu, beliau banyak meriwayatkan hadis Nabi. Beliau wafat pada masa kekhalifahan Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Marwan bin Hakam mensolatinya, kemudian menguburkannya di Baqi’.

Saturday 22 September 2012

My Edible Garden : alisha berkebun

jom tanam sayur
demam...tp tetap nak kuar tgk pokok



tolong siram pokok jap...
masa lapang alisha skrg dipenuhi dengan aktiviti di kebun sejemput kami...sonok dia boleh siram2 pokok...main2 tanah...hmmmmm
tgg sat lagi adik na mai...abis semua tanah dia gembur

Tuesday 18 September 2012

''hakikat aku terima nikahnya''


seronok bila melihat pasangan pengantin baru...alisha pun sibuk duk tanya bila dia boleh kawin...bila di tanya kenapa kakak nak kawin..coz kakak nak pakai cantik2 & wangi2 mcm pengantin...betullah kata org...pengantin ni umpama RAJA SEHARI...semua nak jadi cam raja....heheheheheh
terbayang pengalaman sendiri 4 tahun lps sewaktu diri dipinang n seterusnya akan menjadi suri seseorang...alangkah takut dan bermacam2 anggapan yg terlintas dipikiran....sehingga detik akad & qabul dilafazkan hati ini masih bergetar n ragu2...inikah jalan yg aku pilih...bahagiakah aku nanti dgn pilihan ini Ya Allah....
namun semua sudah tertulis dalam kitab lauh mahfuznya...kita merancang namun Allah yg memiliki semua  perancangan kita....
bahagia atau derita adalah pilihan kita...dan kita yg menetukannya...tafsiran derita & bahagia itu juga adalah berbeza utk setiap org...saya amat bersyukur & bahagia dengan keputusan yg saya buat 4 tahun dulu...kerna jalannya saya telah tempuh & akan lalui bersama suami yg menjadi peneman abadi serta diiringi anak2 yg insyaAllah akan sy & suami didik menjadi pembela kelak...
perjalanan kami masih jauh...semoga doa restu semua mengiringi setiap langkah kami...

Hakikat perkahwinan...sesebuah perkahwinan pada dasarnya adalah pengikatan dua jiwa yang berbeza citarasa, pendapat, berbeza matlamat...namun diselarikan dan diertikan dalam sebuah ikatan yang amat suci dan ikhlas. 
Hakikat perkahwinan juga...kita tidak harus mencari kesempurnaan dalam diri pasangan kita...seharusnya kitalah yg sentiasa meletakkan diri ditempat yg paling terbaik...melaksanakan sesuatu tanggungjawab atau peranan sesempurna mungkin buat pasangan kita...supaya pasangan kita juga akan melakukan hal yg sama terhadap kita...dan sebagai seorang isteri sudah tentu harus sentiasa ingat hakikat perkahwinan juga adalah suami akan menanggung segala dosa yang dilakukan oleh isteri...namun hakikat ini paling sedikit dari kite esp suami yg ingat...
namun hakikat perkahwinan juga adalah amat mudah & senang untuk bercakap, namun amat payah & sulit untuk melaksanakan...
Hakikat perkahwinan juga adalah...bila berlaku perkahwinan maka kita harus bersedia utk memegang berpuluh peranan bukan sekadar utk menjadi seorang isteri @ suami...namun kita juga harus bersedia utk menjadi anak pada org lain, kakak @ adik pada org lain, makcik @ anak saudara pada org lain...masyaAllah beratnya tanggungjawab dan banyaknya peranan...mampukah saya memainkan peranan bagi semua watak yg diberikan dengan baik...???
Maka dengan itu...tidak ada ikatan suci yang tidak dilanda masalah ataupun ujian...kerna melalui ujian kita akan belajar dan sentiasa belajar. 
Saya bukanlah orang yg arif untuk bercakap mengenai isu berkaitan perkahwinan kerna saya sendiri masih banyak perlu belajar, sesuai dengan usia perkahwinan saya baru melewati  4 tahun........kerna ada ungkapan kata yg saya petik dari seorang teman berbunyi..."Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan... Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita!''
Setiap permasalahan yang timbul...adalah peluang untuk kite lebih mengenal diri serta memperbaiki diri...begitu juga dengan pasangan kita...perkahwinan haruslah bersikap ''sharing & caring''...
Memang amat sukar untuk kite mengembirakan semua orang...kerana kita bukanlah insan yang sempurna...namun setidak-tidaknya kita sentiasa berazam dan berusaha untuk menjadi dan memberikan yang terbaik kepada semua orang disekeliling...semoga dengan usaha itu akan mendatangkan keberkatan serta dipermudahkan olehNYA...kerna semuanya bermula dari hati...jika hati yang baik & ikhlas...maka hasilnya juga akan baik dan berpanjangan....
satu lagi kata pujangga yang ingin saya kongsikan bersama...cukup menarik utk dihayati... "jika ada org yg bicara di belakang kita,itu tanda bhw kita sudah di dpn mrk. Jika ada org yg bicara merendahkan kita,itu tanda bhw kita sudah berada lebih tinggi dr mrk. Jika ada org yg mengusik kehidupan kita padahal kita tidak mengusik kehidupan mrk,itu tanda bhw kehidupan kita lebih baik drpd kehidupan mrk.."
maka bermula dari bangun tidur setiap pagi...ikhlaskan diri dalam setiap peranan yang kita pegang...sebagai isteri, suami, ibu, ayah, anak, menantu, kakak, adik, abang, tok cik, tok ngah, mak lang, or apa sekali pun gelaran yang kite bawa...kerana in the end...hanya REDHA ALLAH S.W.T yang kita harapkan...semoga setiap amalan kita akan dikira sebagai amal yg soleh oleh ALLAH S.W.T...amin

 

Sunday 16 September 2012

Bila waktu telah memanggil...neraka VS syurga



Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
Lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibu bapak kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab siksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……. AMIN…..


Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....

Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....

My Edible Garden: Makhluk perosak/pengacau

tahukah anda apakah nama makhluk ini...???
ini adalah 'Kutu Daun'...menghisap cairan dari tisu2 daun..malah kadang2 boleh membawa virus kepada tumbuhan kita.
tanaman saya telah diserang oleh makhluk ini...dan nampaknya dia amat suka pada pokok bunga raya dan bendi.
hampir semua pucuk dipenuhi oleh makhluk ini...
dengan kehadiran kutu ini juga...turut mengungdang sang semut untuk sama2 memeriahkan lagi keadaan...ini adalah kerana kutu ini memiliki hubungan simbiosis iaitu saling membantu mendapatken keuntungan...dalam kes ini hubungan diantara kutu daun & semut terwujud disebabkan oleh kahadiran 'embun madu' iaitu bahan buangan kutu daun hasil dari nektar atau cairan yg dihisap dari tumbuhan yg ditumpangnya...
Untuk melindungi embun madunya, semut sangat memperhatikan kutu daun miliknya. Misalnya semut akan memindahkan kutu itu ke tempat yang banyak nektarnya dan apabila wilayah pencarian makanan itu menjadi terlalu padat, semut akan memindahkanya ke tempat yang lebih lega. Semut juga akan menyerang setiap serangga yang mencoba memakan kutu daun tersebut, sekalipun serangga itu lebih besar dari tubuh semut itu sendiri.

sungguh indah dan sempurna setiap makhluk ciptaan Allah S.W.T, sehingga sekecil2 makhluk pun mempunyai peranan dan tujuan hidupnya sendiri...tidak ade satu pun ciptaan Allah S.W.T dijadikan adalah sia-sia.
bila melihat kepada hubungan yg wujud diantara kutu daun dan semut ini...saya terpikir akan hubungan  agung yg telah wujud dalam diri dan janji dlm hati kita untuk tetap sujud bersyukur pada pencipta kita yang Maha Agung.

Monday 10 September 2012

My Edible Garden: Update kebun

Waaah...lamanya xupdate blog ni...cuti raye langsung xsempat nak jenguk blog...
Ape pun ini ajelah update untuk kali ni...just nak share beberapa pic 'edible garden saya'...
xdelah banyak mana pun tanaman...adalah bendi, kailan, kacang panjang, n sedikit pokok herba...insyaAllah ujung mgg ni nak merancakkan balik kebun ni...bulan puasa aritu xsempat nak touch-up kebun lagi...


   


paling suka tgk bunga bendi...bila kembang warna kuningnya cantik...



mula memanjat

pokok dah naik elok...tp bila nak boleh makan hasilnya...??





hasil tanaman...alhamdulillah boleh kongsi ngan jiran2
pokok daun kesum...hidup jugak...

tomato ceri...xbrapa nak bugar...ape yg xcukup ye

pokok kunyit...senang bila nak masak rendang nanti
alhamdulillah...rezki Allah amatlah luas...tinggal lagi kita aje yg perlu cari peluang n rebut kesempatan utk melaksanakan...dr minat atau hobi saje2 masa lapang...boleh berkongsi ngan jiran2 plak...berbudi pada tanah mmg akan dapat hasilnya...