Sunday 22 December 2013

Setelah Aku Kau Miliki


Pedih hati mendengar rintihan serta luahan hati seorang isteri, ibu yang terpaksa berkongsi kasih atas alasan ingin menjaga akhirat suaminya...apatah lagi jika isteri/ibu itu adlh rakan yang suatu ketika dulu seorang yg periang serta mudah tertawa berubah demikian rupa akibat terlalu banyak memendam rasa....Ya Allah pulihkanlah semangat serta tingkatkan lagi tahap kesabaran sahabat ku ini...aku yang mendengar serasa tidak tertanggung kepedihannya apatah lagi yang sedang mengalasnya itu...sungguh ujianmu amat berat seiring ganjaran bagi yang benar2 merasai hikmahnya....

Sungguh cemburu serta sedihmu itu adalah suatu fitrah yang Allah kurniakan...janganlah engkau merasa rendah diri akibat perasaanmu itu...jangan rasa terbeban dengan fitrah yg dikurniakan itu...kerana Allah SWT tidak mengirimkannya tanpa sebab atau tujuan...semua kejadian malah fitrah itu adalah bersebab serta ada hikmahnya...

Hikmah bagi yang ingin melihat serta memahami (esp para suami)...cemburu isterimu  itu adalah tanda bahawa dia adalah seorang isteri yang penuh kecintaan serta kesetiaan padamu seorang yg bergelar suami...satu-satunya suami yang diredhai menakluki hati serta memiliki sekian rasa cinta yang suci serta fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah...seorang suami yang diterima dengan lafaz yang penuh janji serta ikrar bahawasanya ''Sayangku engkaulah teman/sahabat/kekasih/suami bagi diriku hingga ke akhir hayatku malah hingga ke jannah''

Jika begitulah dasarnya hubungan yang terbina...penuh rasa kasih setia dengan nama Allah...mengapa lelaki sanggup mempermainkan janji itu...malah lebih buruk lagi mengadaikannya atas nama agama...isteri yg ikhlas dan redha meminta dirinya dibebaskan akibat tidak tahan menanggung derita api cemburu dikatakan derhaka malah tidak akan masuk syurga...mana keadilan untuk dijadikan panduan bagi isteri yang sengsara...bukankah agama kita juga adalah agama yang adil...

Wahai para suami...jika akhlak dirimu tidak sehebat Rasulullah SAW...mana mungkin isterimu mampu menandingi kehebatan akhlak isteri-isteri baginda...wahai kaum lelaki sanggupkah kamu membiarkan akhirat wanita-wanitamu terjejas akibat perbuatanmu sendiri...sesuai dengan petikan dari khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat yang memperingatkan kaum lelaki supaya lelaki memelihara kaum wanitanya agar tidak terjerumus dalam lembah neraka, katanya ''Wahai Manusia! Sebagaimana kamu mempunyai HAK ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai HAK di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka berhak diberikan makan dan pakaian dalam suasana KASIH SAYANG. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah dengan mereka, kerana sesungguhnya mereka adlh teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka, ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina''. (Dalam entry lepas ibu ade kongsikan ttg hak dan tanggungjawab...hak-vs-tanggungjawab)

Wahai isteri yang menyayangi akhiratnya...yang mencintai Allah lebih dari semua yang ada...suami itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT...sampai masa ia akan pergi meninggalkan kita jua...andai itu yang bakal terjadi...ingatlah janji Allah SWT kepada kita, firman Allah dalam surah an-Nisaak ayat 130 yang bermaksud...''Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada limpah kurnia-Nya. Dan adalah Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Bijaksana''

Pergantungan hakiki hanyalah milik Allah SWT...bergantung dan berharaplah padaNYA...nescaya kamu tidak akan merasa penat serta kecewa...kerana janji-NYA adalah pasti dan benar.

Istikharah dalam semua perancangan serta pekerjaan kita...supaya kita mendapat panduan serta tenang dalam membuat sebarang keputusan. Galakan melakukan istikharah amat tinggi sehinggakan Rasulullah SAW berkata,''Antara sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.'' (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Tuesday 10 December 2013

Hak VS Tanggungjawab

Wahhh...dah lama ibu tak dapat membaca santai dengan agak lama...now nak motivatekan diri supaya konsisten dlm membaca supaya otak lebih segar & muda...(maklumlah sedar diri dah masuk golongan 3 series...huhuuh)

Dah 2 minggu lebih ibu baca buku 'Fatimah Syarha-Sebarkan Cinta-Mu'...xabis2 lagi...memang sarat dengan info n ilmu yg amat2 berguna...ibu nak kena digest betul2 supaya xsilap dlm interpritasinya...alhamdulillah...ibu nak kongsikan lagi beberapa info seperti dlm entry yg lepas...sebarkan-cinta-mu...ibu  kongsikan sedikit 'summary' daripada hasil pembacaan berkenaan membina rumah tangga bahagia.....

Struktur asas bagi pembinaan rumah tangga bahagia ada 3 perkara menurut Imam al-Ghazali, katanya ''Sesebuah rumah perlu dibina di atas 3 struktur asa, iaitu, 'al-sakinah' (ketenangan), 'al-mawaddah' (kemesraan) dan 'al-tarahum' (timbang rasa)''

Hakikat perkahwinan akan datang bersamanya Hak & Tanggungjawab...bila Tanggungjawab terlaksana barulah Hak boleh dituntut...namun setiap dari diri kita...xkira sebagai suami ataupun isteri cenderung bercakap tentang HAK...namun amat jarang kita berbicara tentang TANGGUNGJAWAB masing2....

Sebagai contoh...tanggungjawab suami sebagai ketua rumahtangga untuk menyediakan nafkah zahir (rumah, pakaian, makanan...) kepada isterinya....melayan kerenah isteri dengan kasih sayang dan berlembut...sebagai haknya...isteri harus taat kepada perintah suami...menjaga maruah serta harta suami...manakala tanggungjawab bagi isteri pula adalah bergaul dengan suami secara baik dan mesra....haknya adalah berhak untuk mendapatkan cinta & kasih sayang yang ikhlas dan setia dari suaminya...(suami harus setia pada yang 1)

Masih banyak tanggungjawab serta hak dalam hidup berumahtangga...tambahan apabila bercakap tentang anak2...lumrah berkeluarga untuk mendapatkan zuriat...maka seiring dengan itu terdapat juga hak & tanggungjawabnya...

Bila pasangan suami & isteri tersebut faham apa itu Hak & Tanggungjawab masing2...pembinaan rumah tangga bahagia itu akan menjadi mudah...kerana di dalam setiap HAK & TANGGUNGJAWAB itu sudah ada 3 perkara asas yang disebut oleh Imam al-Ghazali...

Terdapat satu kisah yang menarik hati ibu yang ade kaitan tentang hak & tanggungjawab...kisah Sayyidina Umar mencontohi kesabaran Rasulullah S.A.W terhadap leteran isteri...

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, ''Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yg selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?''

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, ''Wahai Amirul Mukminin, tujuan kedatanganku adlh hendak mengadu tentang perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru shj mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kpd diriku, kalau begini keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?''

Umar pun berkata kepadanya, ''Wahai saudaraku! sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai HAK ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.

Lelaki itu menjawab, ''Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah isteriku.''

Umar berkata, ''Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama, hanya seketika sahaja.''

Malahan, Rasulullah S.A.W sendiri telah mengingatkan, ''Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya) yang beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yg lelaki tidak suka, tetapi tentu ada lain perangainya yang dia suka.'' 
- Direkodkan oleh Muslim dan Ahmad






Sunday 8 December 2013

2 in 1

Isnin ari tu ibu & abah puasa...abah ajak makan nasi 'Mandy' kat 'Restoran Mekah'....tp ibu malas nak kuar buka puasa kat luar...jauh ngan umah, nanti kelam kabut nak solat maghrib.
Pikir punya pikir...abah teringin sgt nak makan kambing, ibu plak nak makan spaghetti...kita beli barang n masak sendiri...lagi puas dpt makan...

So, balik keja singgah tesco beli barang sekalian...smp umah masa terhad sangat nak masak...maghrib awal skrg ni...so kena masak cepat2...tadaaaa.........inilah hasilnya....'Spaghetti Kambing Bakar' .........spaghetti by ibu n kambing by abah...

Mushroom spaghetti & Grilled lamb shoulder with sweet potato
Kombinasi 2 menu menjadi 1 menu utama...ibu boleh makan spaghetti n abah boleh menikmati kambing dalam masa yang sama...anak2 of course la kita enjoyyyyyyyyyyyyy...
Masakan yang simple n mudah dimasak esp bagi ibu yang rushing n nak cepat (sebenarnya kalu nak kata malas pun boleh jugak)...hehehhe


Sini ibu kongsikan resepinya yang amat mudah...sape2 yang berminat boleh cuba...

a) Resepi 'Grilled Lamb shoulder with Sweet potato'
    -  Olive oil
    -  Herb (nak mudah beli yang dah ready made mix)
    -  Rosemary leave
    -  Yogurt (plain)
    -  Honey
    -  Butter
    -  Perasa (garam)



    *Basuh lamb n potato bersih2 n toskan...belah potato n sapu dengan butter n daun rosemary yg dah diracik halus. Lamb diperap dengan campuran semua bahan diatas n perapkan lebih kurang 2-3 jam.




b) Resepi 'Mushroom Spaghetti'
    -  San Remo (ibu suka yang angel hair)
    -  Tomato 5 biji
    -  Prego (ibu pakai 6-7 sudu besar)
    -  Bawang besar 
    -  Olive oil
    -  Sayuran (mushroom/capsicum/tomato ceri)
    -  Rosemary leave (untuk ambik bau dia yg harum)
    -  Daging cincang (pastikan 'Ramly' baru beli....:)

    *Boleh masak mcm biasa...just make sure makan masa panas2...baru ade
     umphhhh


Senangkan nak masak...mudah & lazat...ape yang penting confirm bersih. Alisha & afrina pun cukup suka makan lamb mcm abah jugak...siap mintak abah masak lamb lagi...so selamat mencuba ye...









Monday 2 December 2013

Koleksi terbaru..

Gembira dalam hati...jalan2 masa hari peladang ari tu...abah belikan pokok bunga ros n pokok rosemary kat ibu...sonoknya...cam tau2 je ibu dh lama nak tambah koleksi bunga kat laman edible kita...xmau cite panjang2 jom tgk pic dia...