Sunday 30 December 2012

My Edible Garden: Penutup 2012 & Pembuka 2013


alhamdulillah...hari ni diberi kesempatan untuk update blog tercinta ni...nak menutup tahun 2012 ni byk betul keje yg nak kena setel...sampai xsempat nak petik kat blog ni...

ape pun ari ni nak update jugak skit pasal tanaman di edible kebun kami...kongsi sedikit pic yg xberapa lawa ni utk tatapan sendiri...


pokok daun saderi a.k.a daun sup...baru nak mula hidup

 
pokok sawi pun dah mula membesar, harap semua ok xde yg tumbang
 
daun kesum pun dah mula berpucuk...mekasih buat ma tersayang yg bawak dr terengganu
 
pokok timun batang @ cucumis sativus
daun dah mula melebar

nilah pemandangan ruang edible garden saya yg sekangkang semut ni...adelah serba sedikit tanaman dapur buat penyeri laman...hehehe
 semalam sambil kemas2 pasu pokok ni...sempat lah semai benih tomato ceri, sawi jepun & kuchai...xtaula cam mana lagi rupanya...nanti kalu dah ade cambah kita update lg...


Wednesday 19 December 2012

Halal ke...Minyak YUYI...???

hari ni buka aje FB...topik hangat yg dibualkan adlh mengenai status ke'halalan' minyak ''YUYI CAP LIMAU''...mulanya aku xde ambik kesah sgt....coz aku mmg xpernah pakai minyak ni pun...
dari kakak alisha hingga afrina skrg aku xpernah beli n pakai pun minyak ni....pertamanya aku xsuka bau dia n yg keduanya tulisan cina byk sgt kat botol aku jadi was2 nak guna....

alternatifnya...aku beli n pakaikan kat anak2 ''MINYAK MESTIKA BAYINI'' keluaran bumiputera n jelas kandungan bahan yg digunakan. so, aku yakin ianya selamat n halal tuk anak2 n yg paling penting baunya pun wangi...dr dlm pantang smplah sekarang minyak ni xpernah putus....kalu kat kedai harga dia mungkin mahal skit dlam RM7.00....tp kalu kat MYDIN boleh dapat sebotol (30ml) dlm RM4.50...tp kena beli sepeket lam 6 botol gitu...


bagi yg xkenal rupa minyak ni...meh aku kongsikan rupanya...
(pic ni aku google aje)...

antara khasiatnya adlh:

1. mencegah kembung perut & sakit perut
2. melegakan pernafasan bayi (bg yg selsema)
3. melegakan gigitan serangga (esp nyamuk)
4. mengurangkan gejala anak2 kencing malam
5. memberi kehangatan pada bayi anda.

bahan2nya plak:

1. Daun pandan (Pandanus Odorus)
2. Serai (Oleum Citrunellae)
3. Buah pala (Oleum Myristicae)
4. Kayu putih (Oleum Eucalypti)
5. Daun pudina (Oleum Menthae Piperitae)

cam promote minyak ni plak...just share pendapat & pengalaman...bg yg xsuka jgn marah ye...




Tuesday 18 December 2012

Neraka Jahannam

Babak: perbualan si anak & si ibu di suatu petang semasa pulang dr kerja...


anak: ibu...kakak anak yg baik tak..??
ibu: knapa kakak tanya mcm tu...??
anak: sbb td kakak pukul adik...
ibu: knapa kakak pukul adik plak...kakak xsayang kat adik ke...??
anak: sbb adik nakal..kakak pukul lah...
ibu: xboleh pukul mcm tu...cakap ngan adik elok2...anak2 ibu kan anak2 yg baik...semua nak masuk syurgakan
anak: emmmm...kakak nak masuk syurga mcm upin & ipin tu...boleh ibu
ibu: kalu nak masuk syurga kena jadi anak yg baiklah...kalu nakal nanti masuk neraka...
anak: neraka tu apa ibu...
ibu: .......alkisahnya....dikisahkan.....



Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Monday 10 December 2012

Puding Caramel a.k.a Puding Gula Hangus

puding ni mmg paberet saya...kalu bulan posa selalunya xmiss puding ni...
nak buat pun bukanlah susah sangat...n bahan pun xbanyak guna...
ceritanya....last week ade opismate mintak tolong buatkan puding ni tuk besday anak dare dia...
xpernah2 org nak tempah...tiba2 ade org mintak nak tempah...terkejut kami....hehehhe (bukan pandai sgt pun...masak suka2 n syok sendri je....)
tanya ngan en.hubby...dia cakap buatlah...xelok hampakan org....



ni aje pic yg sempat snap...nak lg cantik lehla hias ngan potongan peach or stoberi...
meh kita kongsikan resepinya yg amat mudah:

Bahan-bahannya:

 1. Telur 5 biji (saiz sederhana)
 2. Susu cair 1 tin
 3. Gula 1 cawan
 4. Vanilla essen 1 sudu kecil
 5. Tepung jagung/tepung kastard 1 sudu makan
 6. Air masak (1 cawan - utk gula hangus)

Cara-caranya:

a) Penyediaan gula hangus:

1. Cairkan gula dengan menggunakan api yang paling perlahan (utk mengelakkan gula dari hangus)
2. Setelah gula agak cair dan warna bertukar kekuningan, tambahkan air panas mengikut sukatan gula
    yang digunakan. Dan biarkan larutan gula cair sempurna.

b) Penyediaan adunan puding:

1. Pukul telur sehingga agak kembang ataupun lebih kurang 5-6 minit
2. Masukkan susu cair dan pukul lagi sehingga sebati bersama telur
3. Bila adunan sudah sebati elok, masukkan esen vanilla & tepung kastard. Sebatikan adunan 
    secukupnya. (Jika mahu boleh juga ditambah secubit garam utk menaikkan rasa)
4. Panaskan kukusan, masukkan separuh larutan gula hangus kedalam loyang dan masukkan
    kesemua adunan puding kedalam loyang. 
5. Adunan sedia dikukus selama lebih kurang 15 minit.
6. Untuk lebih menikmati rasa puding tersebut, bolehlah disimpan didalam peti sejuk terlebih 
    dahulu sebelum dihidangkan. (makan dengan ais krim pun sedap....nyummm nyummmm)

ok....itulah resepi ringkas utk membuat puding caramel. boleh diolah utk menambahkan lagi keunikan serta kenikmatan ketika menjamu selera....:)