Tuesday 31 July 2012

Parenting Tips: Doa utk anak cerdik

ASSALAMUALAIKUM



Sejak dikhabarkan diri bakal menjadi ibu...semestinya kita xputus-putus berdoa mohon perlindungan, keselamatan, kesihatan untuk anak-anak kita. Banyak pilihan2 doa yg boleh kita amalkan. Kali  ini mai sama2 kita tgk doa yg saya dapat dr rakan FB saya, sama2 kita kongsikan supaya mendapat manfaatnya bersama: 

- bacalah YA LATHIF (MAHA HALUS) 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur
- bacalah surah AL-FATIHAH 1 kali
- bacalah surah AL-INSYIRAH (Alam Nasyrah) 1 kali
- bercakap-cakap dengan anak, ketika anak sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dgn berbintikan ibunya. contohnya memberi nasihat atau apa saja pesanan untuk anak dan digalakkan agar ibu bapa menggunakan kata2 doa yang positif ketika berbicara.
- sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak kita.





''Ya Muhaimin (Maha Memelihara), Engkau peliharakanlah kecintaan ku serta keimanan ku supaya aku mendapat keredhaan serta merasai nikmat kecintaan kepadaMU...Ya Haadi (Maha Pemberi Petunjuk), Engkau tunjukilah aku jalan kebenaran, jalan yg engkau pilih bagi orang2 yg soleh...Ya 'Afuww ( Maha Pemaaf), didikilah kesabaran ku dalam urusan ku mendidik 'amanahmu' utk mengenalMU, mencari keredhaanMU, mengutip setiap ilmuMU dan seterusnya agar dapat merasai nikmat kecintaan terhadapMU YA RAHMAN YA RAHIM....'' amin.

sama-sama kita muhasabah diri dengan petikan ceramah Ustaz Don Daniyal...semoga dijadikan panduan

Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....

Sunday 29 July 2012

My Recipe: Ketupat sotong a.k.a tupak sutun

Ramadhan al-mubarak...bulan yg penuh dengan keberkatan, bulan yg amat dinanti2kan oleh seluruh umat islam, bulan yg membawa 1001 perubahan serta mengembalikan kita kembali pada Nur Ilahi...Alhamdulillah...sudah masuk hari ke-10 kite berpuasa...bermakna kite semua sudah pun melalui dan diharap merasai 10 awal ramadhan yg dijanjikan didalamnya keberkatan. Bermakna tinggal lg 20 ramadhan yg akan kite kutip sebanyak mungkin keberkatan & rahmat yg telah Allah janjikan didalamnya. Pantasnya waktu berlalu...maka tidak lama lg kite bakal akan bertemu dengan hari kemenangan...Aidilfitri...

Bila kita bercakap ttg ramadhan dan puasa...tentulah difikiran kita juga akan terlintas tentang juadah2 berbuka yang disajikan di bazar2 ramadhan, yg penuh warna warni serta rupa bentuk...bermacam2 pilihan dr aneka nasi hinggalah ke kuih muih.
Seperti juga ramadhan yg lepas...saya diberi mandat oleh encik hubby untuk menyediakan sendiri juadah berbuka a.k.a sahur kami (hubby cakap makan kat luar xsesedap yg makanan sy masak dirumah...hehehee). Dan alhamdulillah...kemudahan dengan izin allah, bos br saya telah memberi keizinan pd kami utk pulang seawal 3.30 ptg sepanjang bulan ramadhan...esp utk kaum muslimat balik awal bagi menyediakan hidangan berbuka buat keluarga katanya.

Maka jenuhlah saya menyedikan wishlist juadah berbuka utk kami. Diantaranya nasi ayam penyet...kegemaran kami...terima kasih pada e-na lovely kitchen kerana share resepi ini bersama...memang sedap dan amat berbaloi utk dicuba. Emmm...so lps ni xperlu lglah ke restoran ''wong solo ayam penyet'', jika terasa nak makan nasi ayam penyet...chef dah boleh masak sendiri dah....:)

Tp masih terasa kekurangan bila tekak ini, masih tidak dapat merasa juadah2 istimewa negeri ''cik ct wan kembang''...rindunya nok make kuih akok kedut, nasi kerabu, tepung boko ubi kayu, lompat tikam, biji nangka @ butir nangko...dan banyok lglah...serta turut tidak ketinggalan ketupat sotong ala terengganu @ tupak sutun....(dah terbayang kesedapan serta keenakan rasa makanan ni semua....huhuhu...xsabar nok kelik)

Insyaallah...balik keje ni p pasar cari sotong yg medium size...kite buat ketupat sotong versi terengganu...coz kat sini (alor setar) senang nak dapat sotong yg fresh...meh kite kongsikan resepi atau cara menyediakan ketupat sotong a.k.a tupak sutun;

inilah rupenya ketupat sotong/tupak sutun
Bahan:
  1. 1 kg sotong (sederhana besar)
  2. 1 1/2 cawan beras pulut
  3. santan cair secukupnya
  4. 3 biji bawang merah ~ dimayang halus
  5. 1 in halia ~ dihiris panjang
  6. 3/4 cawan santan pekat/fresh
  7. 1 1/4 cawan air
  8. Garam & sedikit gula
  9. Daun pandan
  10. Lidi/pencungkil gigi

Cara-caranya:
  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong dan kalau boleh buang kulit lapisan luar yg nipis tu...(utk mengelakkan hanyir)
  3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan penuh sangat, setengah je, pas tu tutupkan kepala sotong dan kemaskan ngan lidi atau penyungkil gigi. Buatlah macamana pun asal beras pulut tu tak terkeluar semasa proses memasak. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan santan pekat, bawang merah, hirisan halia, garam, gula dan daun pandan kedalam periuk yg berisi santan tadi
  5. Masak dengan api sederhana sehingga pekat
  6. Ketupat sotong sedia utk dimakan.


p/s: resipi asal ada dimasukkan halba...tp tuk resepi turun temurun pamili sy ini, kami gantikan halba dengan daun pandan.

Oklah, resepi dah pun ada (mekasih pada my lovely mum, sharing d recipe)...selamat mencuba ye...

Saturday 28 July 2012

My Edible Garden: pembikinan



Assalamualaikum...

Siapa pernah dengar ttg ''edible garden''.....emmmm...aku pun baru aje tau mengenai konsep taman yg dinamakan edible garden ni.


Konsepnya adalah, taman yang menggabungkan tanaman hiasan bungaan & tanaman herba ataupun sayuran yg boleh dimakan atau lebih mesra dekenali sebagai ''taman dapur''. Amat menarik dan sesuai utk diaplikasikan, kerana konsep taman ini xmemerlukan tanah yg luas seperti kebun sayuran...cukup memadai tanam didalam pasu ataupun ape2 sahaja bekas yg boleh dijadikan 'pot' atau pasu. Mmg amat sesuai utk org2 yg duduk menyewa cam saya n rumah pun cuma sekangkang kera...tp kerana minat yg mendalam pada bercucuk tanam ni...mmg xdpt nak dielakkkan. Manfaatkan segala ruang yg ada...cam saya guna balik bekas air minuman dan beg2 beras ...xyah susah nak kena p beli pot ke pasu kat kedai...recycle aje ape yg ade kat dapur tu...

Byk manfaatnya, selain aktiviti riadah bersama pamili, dpat juga sedikit sebanyak menjimatkan belanja dapur, menjaga ekosistem lagi, bersedekah kat jiran2 kalu ade banyak hasil, serta paling penting sayuran yg dimasak terjamin keselamatan serta kesihatannya...(pakai baja organik yg dibuat sendiri, xde racun2...selamat)...:)
Beberapa pic tanaman dilaman sweet touch yg ingin dikongsikan bersama teman yg lain.

ruang laman yg sedang diubahsuai oleh encik hubby
    kayu bakau terbiar yg diambil kat tepi jalan (dah lama tgk   tersadai kat tepi jalan, xde org punya la kot)
bekas minuman yg dipotong & dijadikan pot tuk ''rose moss'' sy

anak kailan subur dalam beg bekas beras...



daun sup @ celery

anak pokok tomato ceri...xtaulah sempat merasa buah tak
anak pokok kacang panjang...malu2 keluar daun...xsabar nak tgk dia keluar hasil

pokok bendi pun dan naik dengan suburnya...dah mula keluar putik bunga

ingatkan dah xidup dah pokok kesum saya ni...intai2 semalam dah kuar daun dah...mekasih ye bertahan
      Alhamdulillah....berjasa kepada tanah ni...memang menguntungkan...amat berbaloi-baloi...jom intai lagi nanti edisi update ''My Edible Garden'' akan datang...kite tgk ape akan jadi seterusnya....





Monday 23 July 2012

Petikan Tafsir : Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)

Assalamualaikum...

Surah al-Baqarah juga dinamakan sebagai Fustat al-Quran dan Sinam al-Quran yang bermaksud puncak Al-Quran kerana kepentingan dan kebesarannya yang memuatkan hukum-hukum yang tidak disebut dalam surah lain. Justeru, beberapa ulama telah menyatakan bahawa surah ini mengandungi seribu perintah, seribu larangan dan seribu pemberitahuan.
Surah al-Baqarah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan seperti yang dinyatakan oleh beberapa hadis. Antaranya ialah hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Pelajarilah surah al-Baqarah! kerana mengamalkannya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini ( atau mereka sendiri tidak mampu menghafalnya )’.
Imam Muslim pula telah meriwayatkan hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran! Kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah dua penyeri iaitu surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya akan datang pada Hari Kiamat dalam bentuk dua kelompok awan atau seperti dua kumpulan burung yang terbang berbaris (menaungi pembacanya ), kedua-duanya akan berhujah membela pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini.”
Imam al-Tirmidhi pula telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : ‘Daripada Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya setiap rumah yang dibacakan di dalamnya surah al- Baqarat tidak akan dimasuki syaitan’.

Berikut adalah beberapa petikan tafsir dr surah al-baqarah yg saya pilih utk dikongsikan bersama, semoga mendapat pengajaran dengannya; 

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah 2:43)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:110)

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah 2:143)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah 2:164)

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:173)

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185)

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Baqarah 2:196)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:282)
  
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)

Surah Al-Baqarah Dan Ali-Imran ini juga dinamakan  az-Zahrawan (Dua yg Cemerlang), kerana kedua surah ini menyingkap hal-hal yg menurut apa yg disampaikan Al-Quran disembunyikan oleh ahli kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa dan kedatangan Baginda Rasulullah S.A.W.
sama-samalah kita beramal serta menperbaiki diri...

Wassalam...

Saturday 21 July 2012

Yakinlah janji Allah adalah benar

Assalamualaikum teman...

Bila diri dilanda gelora...mendengar serta berbicara dengan ayah bonda...adalah terapi yg utama. Syukur kerna diri masih punyai insan teristimewa...ma & abah
Pesan ibu...'' jangan bersedih anakku...setiap ujian serta masalah yg datang adalah tanda Allah sayangkan kamu, dan yakinlah anakku janji Allah adalah benar''. Pesan ibu lagi...''bangunlah anakku mencari 'tahajudmu'...serta isilah masa mu dengan 'dhuha' serta iringi setiap langkahmu dengan 'kalamullah', nescaya hidupmu akan tenang''
Ya Allah sungguh aku kasih pada mereka semua...ibu ayah, suami serta anak2ku, saudaraku...namun Ya Allah lebihkanlah kasihku ini kepada Rasulmu.

Bersempena ramadhan yg mulia...dikongsikan setitip coretan dari 'nursyirah.wordpress.com'...buat renungan serta tatapan teman semua...

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaAllah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

Tuesday 17 July 2012

durian VS pulut durian

salam siaran...

sempena nak menyambut kedatangan bulan penuh rahmat ''Ramadhan Al-Mubarak'' mgg depan,
opis nak buat kenduri makan pulut durian....n my hubby adlh peminat pulut durian yg tegar...sehari xmakan nasi pun xpe, asal dpt makan pulut durian.

so, mlm ni sesi pg membeli durian...n utk pulut aku dah beli 8 kg pulut...mintak jasa baik pengasuh anak2 kami tolong kukuskan pulut. cadang kalu sempat nak jugak aku masakkan ''pengat durian'' tuk opismate...maklumlah kat sini (kedah)...diaorg makan durian ngan santan mcm tu aje...kalu ore2 dr blh pantai timur mesti makan buat pengat...hmmmm...itu pun kalu sempatla...xjanji.

cakap pasal durian ni...sempat ke tidak balik raye ni makan durian kat kg halaman...ma cakap lps raye mungkin durian kat umah tu masak...insyaAllah jika ade rezki. durian yg jual ni kalu ''udang merah'' mmg sedap, tp nikmat makan durian sendiri ni lain...gugur tu trus buka makan...fresh2...nikmat dia mmg xsama...

so cakap2 sal durian ni...menarik ttg durian yg kite perlu tau...jom kite kongsikan:

10 Fakta Menarik Buah Durian

  1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.
  2. Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
  3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
  4. Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
  5. Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
  6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
  7. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)
  8. Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
  9. Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
  10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat.
so, kpd pengemar durian, berikut adalah jawapan pada yg bertanya ''Boleh ke makan durian??''

Monday 16 July 2012

Salam Ramadhan

salam...

lama xmenulis, xtau nak mula kat mana...emm...maklumlah first time buka blog....hehehehe
maklumlah bila dah start berkomitmen...dah lupa n xde masa tuk ngendap2 dalam dunia ''ber blog'' ni.
for introduction...just nak ucap ''Salam Ramadhan'' kepada semua...

Diharapkan bulan yang penuh berkat ini dapat mendatangkan 1001 rahmat serta kesejahteraan utk
seluruh umat islam diserantau dunia, tidak kira warna kulit serta kaum.
Ingatan untuk diri sendiri juga...supaya mempertingkatkan lagi amalan berbanding tahun2 sebelumnya...

''Ihya Ramadhan Al-Mubarak''