Wednesday 28 August 2013

Pic 4 today: terung susu

terung ni memang sedap digoreng...goreng ngan telur sahaja...boleh habis ibu makan sorang2 sambil tgk tv...heheheheh

Monday 26 August 2013

Tempat tinggal roh






Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-

1.        Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2.      Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3.      Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

4.      Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.

5.      Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6.      Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.       Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

1.        Orang-orang yang mati syahid.

2.      Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3.      Orang yang puasa hari Arafah.

Sunday 18 August 2013

Raya 1434H

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri @ Salam Lebaran 1434H kepada semua teman blogger...kalu ade la...hehhehe

Raya tahun ni 2013/1434H amatlah besar pengalaman dan penuh kesederhanaan kepada kami sekeluarga...penuh ngan pengertian dan pengisian...hmmmm...kami satu famili beraya dihospital...
Tapi alhamdulillah....adik afrina dah sihat sepenuhnya dan sempat balik beraya ke Kelantan & Terengganu...
Terima kasih kepada semua rakan dan famili yang penuh perhatian dan turut mendoakan sepanjang kami mengalami kekalutan ni...Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua...amin...

ibu plak yang terasa sakitnya...huhuhu

tido keletihan...

tetap teman ngan buku walau xsihat...

yang xsihat ni berkepit ngan abah...'baby bucuk abah'

orang yang sihat plak yg tido kat katil....siap landing ngan botoi plak tu...hishhhhh
kakak & adik