Showing posts with label Pokok Letup. Show all posts
Showing posts with label Pokok Letup. Show all posts

Wednesday, 1 September 2021

Buah Letup - Physalis angulata


Pokok letup @ ciplukan kalau di Indonesia....sejenis pokok yang sama keluarga dengan pokok terung & tomato

Pokok mudah dijumpai di dalam semak dan tumbuh secara individu mahupun kelompok, hasil daripada percambahan bijinya yang  matang. Di Malaysia tumbuhan ini masih kurang popular...tapi sebaliknya di negara jiran Indonesia...banyak penelitian berkenaan khasiat daun, akar serta buah letup ini yang telah dijalankan oleh institusi di sana.

Antara khasiat yang dinyatakan adalah baik untuk merawat darah tinggi, diabetes, bisul, batuk & selsema, mengawal kolestrol, rawatan radang. Kandungan buah yang kaya dengan antioksidan dipercayai dapat membantu tubuh melawan sel radikal bebas malah terdapat kajian daripada Cancer Chemoprevention Research Center, Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia, dimana penelitian terhadar ekstrak buah letup yang mempunyai bahan asas dalam membantu perawatan kanser payudara, maklumat lanjut sila klik link berikut: Ciplukan_Physalis_angulata_Herbs_Ethanolic_Extract_and_Doxorubicin_on_T47D_Breast_Cancer_Cells

Keseluruhan pokok daripada daunnya sehingga kepada akarnya boleh digunakan dalam perawatan...antara kandungan bahan asas yang terdapat adalah seperti, saponins, flavonoids, polyphenols (tannins), alkaloids, crypthoxantine, vitamin C, stearic acids, citric acid, palmitic acid, malic & facilin.


Buah yang matang akan bewarna kekuningan dan rasanya manis2...buah yang kecil tapi banyak khasiatnya...Pokok letup di laman edible ibu ni asalnya mungkin bawaan burung...sekarang membiak banyak dalam pasu...


Tiap2 hari dapat kutip buahnya yang matang...kalau xkutip buahnya akan gugur sendiri...ibu biarkan buah yg gugur utk percambahan pokok2 baru...xde penjagaan khusus memang tumbuhan yang mudah membiak sendiri melalui biji buah yang matang







Tuesday, 19 December 2017

Gooseberry

Masih lagi pasal pokok yang beli kat cameron last month....entry aritu pasal pokok bunga-bungaan...kali ni pasal pokok buah2an plak...dalam duk belek2 pokok bunga tu...ade terselit pokok ni...tanya ngan aci tu...dia ckp pokok 'gooseberry'...xpernah dengar pun...aci tu cakap pokok ni rare dah sekarang...ini pun dia ade sepokok aje...buahnya kecil2 comei n manis2 masam bila masak...macam menarik...sepohon pun RM5 jugak....en.somi dh bagi green light...kita sapu ajelah...hahhahahhaaaa

Ibu belum pernah dengar pasal buah ni...kalu di perhatikan...buahnya sama aje macam buah 'tomatillo'...tapi aci tu cakap xsama...mungkin dr famili yg sama...ibu blum sempat study lg




close-up pic bunga dia...bunganya kecil aje n ade 5 kelopak...nanti buahnya akan ade kelambu cantik yg protect buah...mcm tertunggu buahnya masak...ala2 suprise buhnya tersorok...



ini la rupa buah yang dh matang...ibu agak ajelah...sbb warna kaliks dh bertukar kekuningan...kalau yg muda warna kaliks hijau...xsabar nak petik...mungkin ibu akan simpan buat benih buah yang sulung nih...