Wednesday 27 February 2013

My Edible Garden: Pelik tapi menarik

last week masa duk kemas2 pokok bunga my MIL...ternampak bunga ni yg pelik sgt...bunga aje ade...daun tiada...bila tanya ngan MIL nama pokok bunga ni...dia sendiri pun xtau namanya...hehheh..
tp rupanya cam berus jamban my MIL cakap......huhuhuhu...bunga secantik ni xkan nama mcm tukan...mesti ada namanya....sape2 tau namanya boleh bgtau....

slps 2 ari bwk balik...ingatkan nak keluar daun...rupanya bunga

sebatang mcm ni aje...trus bunga kat ujungnya

pandangan dr atas...

close-up bunganya...
haaa...cam tulah rupa bunganya...so...bleh kongsi nama pokok bunga ni sape2 yg tau...

Tuesday 26 February 2013

''lagu kanak2 riang''

sejak bersekolah ni...banyak betul lagu2 yang kak alisha duk nyanyi...skali ngan adik afrina pun duk terikut2...
masalahnya butiran lirik lagu tu xberapa boleh tangkap sgt...coz penyanyinya nyanyi sekerat2 main sambung2...ibu pun xpaham...
tp yg paling peberet...lagu anak itik...cukup syok dia nyanyi siap ngan gaya semua...
antara lirk yg sempat ibu rakam & faham...


'anak itik suka mandi kolam'
'ada yang suka menyelam'
'mama tunggu berjam-jam'
'muka masam hatinya geram'
'apabila anak  itik balik ke rumah'
'mama marah & mama jentik'
'dia tunduk dia rasa sedih'
'dia lari terkedek-kedek'



satu lagi yg slalu duk nyanyi kat adik dia..lagu tepuk amai-amai version baru...rangkapnya dah diubah sedikit...lebih mendidik anak2 kita cinta Allah...


'tepuk amai-amai...belalang kupu-kupu'
'tepuk ramai-ramai...Allah kita satu'
'susu lemak manis...santan kelapa muda'
'adik jangan nangis...allah sayang kita semua'

dan lagi satu yg comei...

'satu satu...cinta pada Allah'
'dua dua...cinta Rasulullah'
'tiga tiga...cinta ibu bapa'
'123 jalan masuk syurga'

lagu terbaru yg ibu dengar kakak nyanyi...lagu rama2...sweeetttt lagunya....ni ibu 'google' versi penuh lagunya...panjang juga lagunya...patutlah kakak nyanyi sangkut2...

'dari ulat jadi kepompong'
'tidur nyenyak dalam kelongsong'
'cukup masa kelongsong pecah'
'pom! pom! jadilah rama2 yg indah'
'rama-rama terbang merata'
'hisap madu di kebun bunga'
'sungguh cantik aneka warna'
'tapi sayang hidup tak lama'
'begitulah hidup manusia'
'pada Allah kita berdoa'
'agar jadi insan mulia'
'tapi sayang hidup tak lama'

In Shaa Allah....ibu & abah sentiasa doa kakak akan cemerlang didunia & akhirat...membesar jadi anak serta insan yang mulia serta mampu memberi manfaat kepada insan yg lain....aminnnnn.
 

Saturday 23 February 2013

My Edible Garden: Bunga Sawi

masa tanam sawi last time...sengaja tinggalkan sepokok untuk dapatkan benih dia...saja testing boleh dapat benih tak...so pokok sawinya baru aje berbunga...any idea cam mana nak simpan benih sawi ni...(tgh duk google cara nak simpan benih sawi)


 sawi ni jenis yg renek...cepat dapat hasil...sonok tanam sawi jenis ni...(boleh klik link kat sini tuk tgk tanaman sawi ni... tanaman sawi)

Wednesday 20 February 2013

Sindrom Anak Ke-2

pernah dengar tentang sindrom anak ke-2...saya pernah terbaca dulu n pernah juga diceritakan oleh seorang teman mengenai sindrom ini...tp xpernah ambil kisah...coz mcm xrelated n xpenting pun...

tapi kebelakangan ni...bila diperhatikan karenah & ragam nur afrina hanan (anak ke-2 ibu & abah)...mcm byk juga persamaan mcm yg ditulis kajian @ pemerhatian mereka ttg anak2 ke-2 ini...

apa yg paling jelas n ketara sikap anak ke-2 ini yg ada pada adik afrina ialah...sangat firm dengan kata2 @ kehendaknya...semua kehendak dia adlh perlu diikut (ibu & abah tapis jugaklah...mana yg possible aje)...paling senang nak tgk ialah dlm bab nak pilih baju...afrina cukup peka bab ni...dia hanya akan pakai baju yg dipilih olehnya...jika kita pandai2 tukar bagi baju yg lain...alamatnya berperang dulu & selalunya pilihan dia jugak yg kena akur...(kakak dulu xpernah kesah pun...semua baju yg ibu bagi dia akan pakai tanpa soal) ..iyelah baru 2 tahun pun, nak memilih-milih sgt...pakai aje ape yg org bagi...

adik afrina jugak seorang yg berani & berdikari...harapan ibu & abah supaya sikap ini akan memberikan kesan +ve kpd adik afrina...

dan yg paling ketara sekali sekarang ini...afrina amatlah agresif...xpernah duduk diam walau sekejap...ade aje yg hendak dilakukan...kadang ibu & abah pun pelik...adik xpernah penat ke...alahai afrina...mengalahkan anak lelaki...apa pun anak ibu afrina hanan tetap ayu & lembut...xcaye tgk pic ni...

versi gadis melayu terakhir...

kalu boleh nak tinggi lagi...

anak dare or anak teruna...??? nampak cam pakai gaun..???



  

Monday 18 February 2013

alahai...tantrum kakak

akhir-akhir ni...kakak semakin beremosi...mudah terasa (lebih sensitif), mudah marah (xboleh silap sikit...kadang lambat buatkan susu pun kakak akan merajuk)....

bila ibu discuss ngan abah...so kami ambik conclusion maybe kakak kepenatan seharian terpaksa pegi school...dari pagi sampai petang...almost 8 hours kat school dengan segala aktiviti mungkin punca kenapa kakak jadi semakin moody skrg ni...kami terpikir mungkinkah tindakan ibu & abah menghantar kakak ke school adalah satu kesilapan...mungkin kakak belum ready lg...or mungkin kami terpaksa tukar pakej kakak kepada yg separuh hari sahaja...???

abah cakap...bagi kakak masa lg...masih terlalu awal tuk membuat penilaian bagi kakak...lagi pun kakak anak yg hebat...kakak akan mampu menyesuaikan diri dengan keadaan ni xlama lagi...in shaa allah itu doa ibu & abah buat kakak...kami hanya mahukan yg terbaik untuk anak2 semua...

ibu faham...kepenatan adalah punca untuk semua tanda protest, merajuk, menjerit yg kakak tunjukkan...itu adlh cara untuk akak ekspresikan kepenatan & mungkin kekecewaan kakak...bukan bermaksud kakak sudah menjadi degil @ jauh sekali kurang ajar...anak ibu & abah ni sudah besar....bln depan akan genap 4 tahun...kakak semakin bijak dan penuh pemerhatian....in shaa allah kita semua akan menghadapi bersama2 keadaan susah @ senang xkira dalam duka @ gembira...:)

kembalikan mood anak ibu yg ceria, manja, dan penuh pengertian...ibu rindu kat kakak alisha...


ibu loveeeeeeeee u dear...

Saturday 16 February 2013

Kemuliaan Ibu Mengandung...



lately...anak2 tenit kesayangan ibu ni asyik duk mintak2 baby plak...hehhehe...besar dah anak2 tenit ibu ni...afrina xsabar2 nak naik pangkat jadi 'sis'...main pondok2 ngan kakak pun...main berlakon mak ngan anak2...yg kelakornya dik na jadi 'mama'....pandai plak adik berlakon jadi mama...
ibu pun xsabar dah rasanya nak pegnent lagi...miss time2 masa pegnentkan kakak & adik dulu....hihihiihihi...in shaa allah kita semua sama2 doa' semoga diizinkan olehNYA...ibu akan mendapat kemuliaan ini sekali lagi...aminnnnn

Kemuliaan Ibu Mengandung...


Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

Wanita yang bersalin dapat pahala 70
thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid....

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.


Friday 15 February 2013

My Edible Garden: lagi lagi moss roses

sukaaaaaaa tengok semua berkembang elok...kalu tiap2 ari cam ni kan best...
walaupun bunganya kenit aje...tp sejuk mata memandang...tomei...
oren jingga & dark purple memenuhi ruang pagar...
sama tetapi xserupa....


warna-warna kenit yg memikat...

misi seterusnya nak mencari yg color merah terang plak...nak bg penuh pagar tu ngan bunga ros jepun ni...meriah....

Tuesday 12 February 2013

My Edible Garden: Selepas cuti CNY

episod duka selepas balik dari cuti CNY....huhuhuuu...sampai aje rumah tgk pokok sekalian...semua kekeringan...yg paling malang sekali pokok timun & pokok kesum...kering kontang & xmampu diselamatkan lagi....huhuhuhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

tanya ngan jiran sebelah...kat kuala kedah memang xujan langsung sepanjang cuti ni...n ibu plak xsempat nak prepare pokok2 sblm tinggal ari tu....kesiannya pokok sekalian....minta maaf byk2...
duk sangka akan hujan...coz petang kamis sblm bertolak balik kg tu...langit mendung cam nak ujan....huhuhuhuuuu...sedih sedih sedih....

hijau elok daunnya...tempat singgah sang kupu2 lg...
semua abis kering kontang
huhuhuhu...kempunan ibu nak tgk buahnya...

Monday 11 February 2013

Tip Membina Perkahwinan

"kerana diriku telah kau pilih...lalu dirimu setiaku kasih...hingga hujung nyawa"

Tip-tip ini adalah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus. Semoga ianya dapat memberi manafaat dan panduan kepada para pembaca sekalian.

1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya  semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan



* terima kasih kepada tip untuk semua. saya kongsikan artikel ini utk renungan saya dan pasangan yg akan membina keluarga xlama lg...