Showing posts with label Petikan Tafsir. Show all posts
Showing posts with label Petikan Tafsir. Show all posts

Sunday, 20 July 2014

Saving Humanity

Berada di 10 malam terakhir Ramadhan...membuatkan hati terasa sayu ditambah dengan bermacam berita sedih yang xputus2 disekeliling....dukacita saudara2 dekat disini, tragedi #MH17 #MH307 dan xketinggalan tangisan berdarah yang xhenti2 di bumi gaza #pray 4gaza, konflik yang masih tiada jalan keluar di #mesir #syria & #iraq....


Apa sedang berlaku pada DUNIA hari ini...??? bagaimana nanti bila datang 'FITNAH MAHA DASYAT' mampukah kita untuk hadapinya...mampukah anak2 kita untuk mengharunginya...Ya Allah bagaimana & bagaimanakah Ya Allah...


Ya Rabb...sedikitnya jihad kami Ya Allah...bagaimana nanti bila disoal mampukah kami memberi jawapan atau alasan...apa lagi yang mampu untuk kami lakukan wahai saudara2ku...ramadhan penuh tangisan yang terpaksa saudaraku hadapi....ku kirim doa tanpa henti bersama menanti janji Maha Pencipta untuk bersatu bersamamu nanti di syurga idaman...



Sunday, 23 March 2014

Tujuan Hidup...Ibadah

Semua mengetahui...tujuan kita dijadikan oleh oleh adalah sebagai 'KHALIFAH' dimuka bumi ini. Dan sedah semestinya tugasan ini adalah suatu kewajipan yang amat besar & berat sekali, sehinggakan makhluk2 lain yang lebih besar pun tidak sanggup untuk menerima pertanggungjawaban ini. Dan Allah telah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab ayat 72, "Sesungguhnya Kami mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa amat berat dengannya, sebaliknya dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka (insan) zalim lagi jahil".

Namun Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih itu tidak sesekali menyusahkan ciptaanNya...seiring dengan pertanggugjawaban yang amat berat itu, Allah SWT  turut membekalkan manusia dengan sebaik-baik kurniaan iaitu, 'AKAL' sebagai alat bagi melaksanakan amanah yang telah diberikan. Allah turut menjelaskannya dalam surah At-Tin ayat 4, "Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik".

Maha suci Allah SWT yang bijaksana, tidak cukup dengan kurniaan akal fikiran, Allah janjikan lagi kemudahan pada manusia ini, sesuai dengan lafazNya dalam surah Al-Baqarah ayat 286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". 

Malahan tidah berhenti disitu, Allah hadirkan Baginda Rasulullah SAW kepada kita sekian alam bagi menyampaikan serta memberi didikan yang terbaik agar kita tetap patuh memegang janji kita kepada Allah SWT. Dan Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda,"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu 2 perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW".

 Oleh itu, apa 'JD' utama sebagai Khalifah ini..?? Selalunya kita apabila diberi jawatan ataupun sesuatu tugasan langsung kita akan meminta Job Description (JD) sebagai rujukan untuk kita dalam melaksanakan tuntutan kerja tersebut. Allah juga siap penciptaan manusia itu seiring dengan tuntutan agar beribadah kepadaNYA. Inilah ketetapan Ilahi sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Az-Zariyat ayat 56, "Tidak Aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU".

Maksud hidup sebagai khalifah telah Allah SWT tulis dengan jelas dan terang kepada kita, malah kita dituntut untuk mencari ilmu bagi tujuan beribadah kepadanya kerana ibadah mempunyai kriteria dan syarat-syaratnya. Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 112, "Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah disamping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tiada ketakutan ke atasnya dan dia tidak berdukacita". Dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim, Imam Ibnu Kathir berkata, "Ayat ini menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang IKHLAS dan MUHSIN. MUHSIN bermaksud, melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Sesuatu ibadah hanya dikira sah di sisi Allah apabila keikhlasan dan landasan syariat dijaga dan dipatuhi.

Sama-samalah kita semak serta tambahkan ilmu bagi mencari keredhaan Allah, kerana kasih sayang Allah & Rasulullah terlalu tinggi terhada kita. Perbaiki serta tambahbaik JD kita terhadap Allah agar segala janjiNya sama-sama dapat kita nikmati. 

Selamat Beribadah
XoXo
(perkongsian dari buku Dr.Danial Zainal Abidin)

Thursday, 13 February 2014

Adakah aku beriman


Alhamdulillah bermula awal bulan hari tu ibu & abah ada ambik kelas tambahan untuk mempelajari ilmu al-quran dengan seorang ustaz. Kami belajar basically asas bacaan serta tajwid (kena perbetulkan makhraj & kefasohan supaya bacaan betul n xlari maknanya) and yang syukurnya ustaz tu siap offer kat ibu & abah tuk sama2 tambah ilmu dengan belajar tafsir ayat sikit2 sambil duk baca perbetul sebutan....alhamdulillah syukur

Ibu pernah post entry petikan tafsir pilihan dari surah al-baqarah...petikan-tafsir-surah-al-baqarah lama dulu...mmg surah ini adalah surah yang terpanjang dalam 'Kitab Al-Quran' yang mengandungi sebanyak 286 ayat

So...ibu nak kongsikan sedikit ilmu yang kami belajar semalam...semoga boleh dijadikan panduan & kalau ade salah silap tolong tegur & perbetulkan...semoga kita sama2 mendapat berkat dalam usaha untuk meningkatkan ilmu dalam mengejar mardhotillah...

Apa yang menarik yang kami sembang semalam adalah dalam surah ini sebenarnya Allah menceritakan tentang 3 golongan manusia, iaitu Golongan  Mu'min, Golongan Orang Munafik & Golongan Orang Kafir. Ini diceritakan dari ayat 2 - 20.

Entry kali ni kita akan discuss ttg bagaimana nak mengenali sifat2 orang mu'min (bertakwa). Jelas Allah terangkan dalam ayat 2-5, bagaimanakah seorang mu'min itu harus bersikap.
"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa'' - ayat 2

"Iaitu mereka yang beriman (mempercayai) kepada yang ghaib, yang mendirikan (mengerjakan) solat, dan yang menafkahkan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka" - ayat 3

"Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturukan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yang yakin akan adanya (kehidupan) akhirat" - ayat 4

Marilah kita sama2 setiap hari memperbaharui serta meningkatkan lagi ketakwaan serta keimanan kita...dengan cuba menghayati maksud ayat2 tersebut...mereka yang beriman adalah seorang yang percaya akan perkara2 yang ghaib...dosa, pahala, syurga, neraka semuanya tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar...bahkan bila cuba menterjemahkan gambarannya juga sudah xterjangkau oleh keterbatasan akal makhluk seperti kita ini...namun kita tetap beriman serta mempercayai akan kewujudannya...
Kerana memang fitrah semua insan inginkan tempat untuk berpaut serta berharap...mengharapkan suatu kuasa yang Maha Hebat datang membantu terutamanya disaat kesakitan @ kesusahan ditimpa musibah...sebagai contoh bila kita diuji dengan musibah kehilangan...ibu kehilangan anak...mesti semua para ibu dapat membayangkan kesakitannyakan...pada siapa hendak kita mengadu saat itu...pada makhluk yang mempunyai keterbatasan seperti kita ini atau mengharapkan suatu kuasa ajaib yang datang membantu...bolehkah dihidupkan semula oarang yang telah mati...???
Jawapannya pada hati kita....mengadu & merintihlah pada allah kerana Dia sudah janjikan syurga & neraka bagi kita...yang telah pergi tidak akan boleh hidup kembali...namun kita akan boleh bertemu semula disana nanti...maka tenanglah hati si ibu yg diuji tadi kerana yakin akan janji allah...bagaimana kalau tidak ada syurga @ neraka...ibarat yang pergi itu kosong tidak berbekas...maka hampa & kecewalah hati2 yang diuji...
Dirikan solat...bukan sekadar ambil wudhuk & solat 2,3 @ 4 rakaat....namun kita disuruh malah diajar "dirikan'' solat...mesti letakkan hati dalam solat...bukan sekadar solat sbb xnak orang kata nanti berdosa kalau xsolat...untuk orang yg bertakwa solat adalah penghubung dirinya dengan Maha Pencipta...solat seolah-olah Allah ada didepan menyaksikan kita solat...berbicara dengan kita dalam setiap doa yang dilafazkan...Allahuakbar kalau inilah yang mampu ibu lakukan...kerdilnya diri sebagai hamba menghadap penciptanya...
Menginfakkan sebahagian harta ke jalan Allah...memahami hakikat setiap rezeki yang allah kurniakan semuanya hanyalah pinjaman serta amanah allah yang dipertanggungjawabkan keatas kita, dan akan diminta penghakiman di padang masyar kelak...semua tidak terkecuali satu pun...duit ringgit, tanah, rumah, barang perhiasan, ilmu allah, apatah lagi anak2...
Jangan sesekali sombong dan merasa diri kaya setelah memiliki semua kesenangan...kerana kesenangan, kemewahan, kecerdikan, tingginya tingkat ilmu...semuanya adalah kurniaan dari-Nya...tidak ada satu pun hak milik mutlak kita...kita hanyalah peminjam semata-mata...sebagai contoh nikmat bergaji besar....10 k sebulan gaji kita...semua itu belum tentu mulik kita...sebahagiannya milik anak2 & isteri, milik pembantu rumah kita, milik ibu bapa kita, dan mungkin juga milik sahabat2 kita yang sedang dalam kesusahan...lastnya yang masuk ke dalam mulut kita hanyalah berbaki 500 ringgit sahaja...setelah dihitung semua...maka mana bahagian hak mutlak kita...???
Renung2kanlah sahabat semua...sedikit perkongsian yang tidak berapa sempurna...namun diharap mampu memberikan manafaat kepada sedikit penghijrahan kearah kebaikan kepada kita semua...

Bergembiralah dengan janji Allah bagi orang2 yang bertakwa...





Monday, 3 February 2014

Syaitan & Tugas

Ketika syaitan & manusia bertempur (Syaitan VS Manusia)
Hal ini tidaklah menjadi rahsia malahan ramai dari kita yang sering lupa bahawa syaitan durjana ini telah bersumpah sejak awal lagi untuk berusaha menyesatkan semua anak keturunan ‘Adam’ dari jalan Allah dan memalingkan manusia dari ketaatan kepada-NYA.

Maka inilah hikmah khusus yg Allah SWT telah berikan kepada umat manusia semua iaitu – masa kecil yang tidak ada dosa padanya untuk kita manfaatkan sebelum datang tipu daya serta muslihat pemesongan syaitan ini. Kesempatan ini harus direbut oleh setiap para ibu bapa dalam menjalankan fungsi serta amanah mendidik anak-anak dengan tarbiyah islamiyah agar tidak akan terpedaya dlm kesesatan yang dibawa oleh syaitan ini. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu amatlah berat bg mereka yang lalai & leka.

Firman Allah SWT yang telah menjelaskan usaha penipuan syaitan ini:

Dia (Iblis) berkata: “Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil”.
Allah berfirman: “Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya Neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup. Dan hasutlah siapa yang kamu sanggupi dia antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka”

~ Surah al-Isra’ [17]: 62-64 ~

Berikut adalah nama2 beberapa syaitan yang sering kali melaksanakan tugasan mereka menipu daya manusia. Terima kasih pada insan yang telah berkongsi ilmu ini dgn ibu supaya dapat ibu kongsikan dgn rakan blog semua. 
























Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat pada kita semua...serta kita sentiasa terlindung dari tipu daya  syaitan terkutuk ini...

Tuesday, 24 July 2012

Petikan Tafsir : Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)

Assalamualaikum...

Surah al-Baqarah juga dinamakan sebagai Fustat al-Quran dan Sinam al-Quran yang bermaksud puncak Al-Quran kerana kepentingan dan kebesarannya yang memuatkan hukum-hukum yang tidak disebut dalam surah lain. Justeru, beberapa ulama telah menyatakan bahawa surah ini mengandungi seribu perintah, seribu larangan dan seribu pemberitahuan.
Surah al-Baqarah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan seperti yang dinyatakan oleh beberapa hadis. Antaranya ialah hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Pelajarilah surah al-Baqarah! kerana mengamalkannya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini ( atau mereka sendiri tidak mampu menghafalnya )’.
Imam Muslim pula telah meriwayatkan hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran! Kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah dua penyeri iaitu surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya akan datang pada Hari Kiamat dalam bentuk dua kelompok awan atau seperti dua kumpulan burung yang terbang berbaris (menaungi pembacanya ), kedua-duanya akan berhujah membela pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini.”
Imam al-Tirmidhi pula telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : ‘Daripada Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya setiap rumah yang dibacakan di dalamnya surah al- Baqarat tidak akan dimasuki syaitan’.

Berikut adalah beberapa petikan tafsir dr surah al-baqarah yg saya pilih utk dikongsikan bersama, semoga mendapat pengajaran dengannya; 

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah 2:43)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:110)

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah 2:143)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah 2:164)

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:173)

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185)

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Baqarah 2:196)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:282)
  
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)

Surah Al-Baqarah Dan Ali-Imran ini juga dinamakan  az-Zahrawan (Dua yg Cemerlang), kerana kedua surah ini menyingkap hal-hal yg menurut apa yg disampaikan Al-Quran disembunyikan oleh ahli kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa dan kedatangan Baginda Rasulullah S.A.W.
sama-samalah kita beramal serta menperbaiki diri...

Wassalam...