salam siaran...
sempena nak menyambut kedatangan bulan penuh rahmat ''Ramadhan Al-Mubarak'' mgg depan,
opis nak buat kenduri makan pulut durian....n my hubby adlh peminat pulut durian yg tegar...sehari xmakan nasi pun xpe, asal dpt makan pulut durian.
so, mlm ni sesi pg membeli durian...n utk pulut aku dah beli 8 kg pulut...mintak jasa baik pengasuh anak2 kami tolong kukuskan pulut. cadang kalu sempat nak jugak aku masakkan ''pengat durian'' tuk opismate...maklumlah kat sini (kedah)...diaorg makan durian ngan santan mcm tu aje...kalu ore2 dr blh pantai timur mesti makan buat pengat...hmmmm...itu pun kalu sempatla...xjanji.
cakap pasal durian ni...sempat ke tidak balik raye ni makan durian kat kg halaman...ma cakap lps raye mungkin durian kat umah tu masak...insyaAllah jika ade rezki. durian yg jual ni kalu ''udang merah'' mmg sedap, tp nikmat makan durian sendiri ni lain...gugur tu trus buka makan...fresh2...nikmat dia mmg xsama...
so cakap2 sal durian ni...menarik ttg durian yg kite perlu tau...jom kite kongsikan:
10 Fakta Menarik Buah Durian
- Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.
- Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
- Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
- Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
- Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
- Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
- Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)
- Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
- Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
- Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat.
so, kpd pengemar durian, berikut adalah jawapan pada yg bertanya ''Boleh ke makan durian??''
No comments:
Post a Comment