nama mempunyai seribu makna serta memberi sejuta cerita kepada si pemiliknya...org cenderung akan membandingkan nilai akhlak ataupun personaliti seseorg itu dengan namanya...
ada yg mempunyai nama indah dr segi sebutan serta maknanya...tp jika kita lihat perangai atau akhlaknya...jauh beza dengan maksud nama yg dibawanya...
malah ada juga situasi atau keadaan...nama yg diberi cantik & elok...tp bila masuk bab nama panggilan/gelaran atau org skrg sebut "nama glamer"...jauh maksudnya, lg teruk nama panggilan tersebut sudah bertukar maksud pada yg tidak elok....nauzubillah...
sbg contoh: YUSUF...dipanggil UCOP @ SUP...ataupun EZANI...bila dipendekkan menjadi ZANI yg bermaksud (lelaki penzina)...
dalam islam telah digariskan adab2 dalam memilih/meletakkan nama kepada anak2...kerana nama/panggilan adalah satu doa' dan ia turut mempengaruhi kehidupan anak2 bila mereka dewasa...
sebagai adat, rata-rata org melayu kita menggunakan bahasa arab yang diterjemahkan kedalam bahasa malaysia rumi....seelok-eloknya bagi ibu bapa, sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan/sebutan ruminya terlebih dahulu, agar maksudnya tidak akan silap/bertukar.
sbg contoh: نعيمة (yg bahagia, yang lembut, yang mulia)....ttp bila dieja ikut rumi menjadi NAIMAH ( نائمة ) bermaksud yang tidur.
begitulah pentingnya penelitian dlm memilih nama anak serta nama panggilan anak2...utk ibu bapa panggillah anak2 dengan nama panggilan yg elok...kerana ianya adalah satu doa'....
berikut saya kongsikan nama 2 anak dara saya...jenuh jugakla memilih nama diorang ni...