Wednesday, 27 October 2021

Siti Idaman

 9 SITI yang patut dicontohi



1. Siti Khadijah binti Khuwailid

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, isteri yang penuh ketaatan dan besar kecintaan kepada Baginda Nabi, menghantar makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2. Siti Fatimah al-Zahra

Puteri Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih & setia kepada suaminya Saidina Ali bin Abi Talib walaupun suaminya miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan suaminya. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu.

3. Siti A'ishah binti Abu Bakar

Beliau merupakan isteri Rasulullah yang paling romantis. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Baginda. Di mana Nabi s.a.w minum di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s atas perintah Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s (pengorbanan seorang ibu mithali).

5. Siti Maryam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi, sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa a.s. Satu-satunya wanita yang namanya disebut dalam al-Quran, malah terdapat surah khusus untuk menceritakan kisah beliau - Surah Maryam.

6. Siti Asiah binti Muzahim

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapi daripada suaminya sendiri Firaun laknatullah. Tetap beriman sehingga ke akhir hayatnya walau disiksa oleh suaminya. Kasih sayang yang tulus kepada Nabi Musa a.s walaupun bukan anak kandung beliau.

7. Siti Aminah binti Wahb

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati suaminya. Berhias cantik hanya untuk tatapan suaminya sahaja. Beliau dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t dan merupakan wanita pertama masuk syurga selepas Ummul Mukminin.

9. Siti Zubaidah binti Jaafar

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.


Adakah kita tergolong antara SITI2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik dipandangan Rasulullah s.a.w & juga mendapat keredhaan Allah s.w.t


** 9 Siti adalah petikan daripada kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 yang bertajuk 'SITI IMPIAN'.

Friday, 24 September 2021

Glomus Tumour - Part 2

2 hari lepas...TCA orthopedic ibu kali yang ke-4 dekat HSAH....manage dapat awal...no.1 okeh...berkat seawal pagi lg dh check-in 😀...excited nak jumpa Dr....kalu ikutkan TCA ni nak confirm tarikh operation aje dan juga feedback slps rehab...tp memandangkan rehab tutup...so xde ape yg nak di follow-up

Jump to the conclusion....Dr.  memaklumkan masih blum dapat tarikh dan memang seperti jangkaan, kekangan utk dapatkan tarikh adlh kerana keutamaan diberikan hanya utk kes kecemasan sahaja...even open fracture surgery pun masih panjang queue...hampaaaa walaupun mmg dh bersedia pun dgn jawapan mcm tu...faham sgt dengan kekangan covid lagi...sgt faham...memang tarikh sehingga pertengahan tahun depan pun belum tentu...but Dr bg harapan baru utk ibu...dia offer utk buat referral letter terus kepada hand surgeon specialist kat KMC. Sooo...ibu ade 2 option;

Option AHSB - ambik tarikh TCA ke HSB utk jumpa pakar... then kene queue dan tarikh xtentu bila akan timbul

Option B: esok blh trus jumpa pakar kat KMC & discuss about procedure & pilih date

Sooooooo....ibu pilih option B....xmau tgg dah...sakitnya makin worse lately...selalu malam je yang sakit macam kene electric shock...tp now continuously sakit mcm xbrape nak reda...ibu pun xlarat dh duk telan celebrex tu je yg kadang2 xmembantu sgt bila time worse tu...lagi pulak sangat mengganggu tugas harian...nak buat kerja rumah semua...nak lipat baju pun kena hati2 xmau tersentuh jari tu


Ni plak ibu saje nak share rupa MRI jari bertuah tu...kalu ditanya nak buat lg tak MRI...sumpah kalu ade option lain baik try dulu...penat buat MRI ni...pening nak muntah semua ada...

Long story cut short...kami pg jumpa Dr kat KMC....Dr pun jelaskan semua berkenaan procedure & precaution yg perlu diambil....ikutkan procedure xkan lama...tp jika refer pd result x-ray & MRI...tumour tu menekan sedikit bhgn bone...jadi dicadangkan utk moderate sedation bg xrasa sakit waktu procedure, so ibu mcm tidur ala2 gitu & xakan rasa ape2...sbb dr perlu kikis2 cell tumour yg attached kat bone tu sikit...so part ni kalu guna local block anesthesia dia hanya block nerve shj xeffective pd bone, Dr. takut ibu akan rasa sakit masa procedure...thats why dia xsuggest local anest...sbb chances utk cell tumour ni re-growth adalah dlm 2% slps operation disebabkan oleh baki cell tumour yg masih tertinggal...so Dr kalau boleh nak buat sebaiknya utk remove semaksimum mungkin cell2 jahat itu... ntahla...ibu xbrapa pikir sgt....ibu cuma concern nak bg cepat2 buang n siap cepat2 je...alhamdulillah tarikh yg available pd 10hb oct depan...bermaksud lg 2 mgg

"Living with the glomus tumours pain...well maybe just a finger"

Till then....kita akan update lg slps procedure

Sunday, 12 September 2021

Isteri Penyejuk Mata...Suami Penenang Jiwa

Membina rumahtangga amat mudah...tapi untuk mengekalkan rasa cinta bersama, hormat menghormati itu...setiap pasangan perlu untuk sentiasa belajar...bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga...pasangan perlu saling membina rasa kasih sayang dan hormat berpaksikan rasa cinta pada Allah...sentiasa belajar kenali pasangan...berusahalah untuk suburkan cinta dalam rumahtangga...raikan cinta setiap masa dan abadikan setiap moment bersama keluarga...

Lumrah dalam setiap kehidupan...semua manusia akan tertarik pada yang cantik, wangi dan menawan...walaubagaimanapun pandangan itu boleh dididik...didik dengan iman & takwa kepadaNYA...biarlah yang cantik dan indah itu yang dimiliki dan yang ada di rumah...jangan dipandang yang bukan milik....ianya haram & menyesatkan...bila manusia mula melihat yang diluar...itulah pandangan syaitan yang sesat...

Usaha pula mestilah bersama...tidak berpaksikan satu pihak sahaja...kerna berkasih sayang itu adalah tautan antara hati...mesti bersama...barulah cinta boleh dirai...disini perlu pengertian, toleransi, komunikasi yang amat tinggi...bermaksud bukan perlu ade ijazah dalam komunikasi...komunikasi dalam perkahwinan...perlu sentiasa memperbaiki teknik komunikasi dalam perkahwinan...terutamanya untuk pasangan yang dah lama berkahwin...jangan jadikan kebiasaan or rutin membunuh idea mencipta rasa cinta...sesekali manjakan pasangan masing2 dengan panggilan romantis...yang jarang digunakan...boleh mengubah mood or tune komunikasi pasangan...

sentiasa cuba untuk wujudkan mood romantis...rumahtangga bahagia bukan datang sendiri tanpa usaha

Sesungguhnya semua manusia punya naluri  suka dimanja...ibu suka kongsikan disini...betapa panggilan memainkan peranan penting dalam menjaga batas komunikasi dalam rumahtangga...contoh; dalam situasi marah...tetap gunakan kata panggilan mesra kita bersama pasangan...mcm kami...guna panggilan sayang & bi...tengah gaduh pun tetap panggil bi...pasangan kita pun tetap panggil sayang...ucapan marah akan terkawal & boleh kontrol insya allah...kita tidak akan melampau sehingga memaki hamun ketika amarah menguasi diri...panggilan itu akan membataskan kita dr mengucapkan kata2 yang melampau...alhamdulillah...itu salah satu tip menjaga komunikasi yang kami amalkan...jangan sesekali tukar panggilan dlm waktu marah...kerana syaitan sentiasa akan mendorong kita dalam keadaan marah yang tidak terkawal...

Sumber: google

Selain komunikasi berbentuk verbal atau lisan...komunikasi berbentuk fizikal juga amat penting...sebagaimana kita suka mendengar kata2 manis yang indah, ucapan2 ringkas yang bermakna...jangan diabaikan sentuhan simple seperti berpegang tangan sambil jalan...boleh sesekali sama2 cipta moment aktiviti bersama, kadang xtvt berdua...paling malas pun boleh berbaring luangkan masa tgk movie bersama di rumah...perlu belajar apa yang paling disukai oleh pasangan kita...macam kami saling bertoleransi untuk bersama dalam setiap hobi atau minat pasangan...ibu suka berkebun...bkn bermaksud pasangan perlu berkebun sama-sama...kadang sekadar teman sambil siram pokok sambil teman minum kopi petang2...itu pun dh sangat membahagiakan...terasa dihargai...kalu istilah orang lama..."buat2 bodoh depan pasangan kita"...maksudnya bukan membodohkan diri sendiri...tp bila bersama pasangan...cuba create moment2 manis sbg bukti kehadiran pasangan adalah sgt penting dlm hidup kita...kerja yang simple boleh dibuat sendiri...contoh beli barang dipasar, siram pokok, lipat baju...tp jika dilakukan bersama bertambah kasih sayang...yang penting bila bersama, sentiasa pastikan pasangan kita adalah priority...bagi tumpuan...insha allah...cinta akan sentiasa mekar...seingat ibu dalam memori...ibu xpernah pergi kedai sendiri tanpa en.hubby temankan...kecuali masa PJJ dulu...nak p kedai gunting rambut ke spa ke, semua pun en.hubby akan temankan...tiada istilah ibu xmampu berdikari...tp itu adalah manifestasi hubungan kami yg saling memerlukan dalam berperanan sebagai suami & isteri...

Terpaling penting...jangan hanya memandang pasangan kita dengan pandangan beban & tanggungjawab semata-mata...memang kehidupan berumahtangga penuh hak & tanggungjawab setiap hari dengan tuntutan2 hidup yang tidak pernah akan selesai...namun luaskan sudut pandang kita kepada pasangan kita lebih dr sekadar suami dan bapa kepada zuriat kita...pandang pasangan kita sebagai teman, rakan sekerja, guru, doktor, pendamping & pelindung kita....tidak salah sesekali sebagai isteri ataupun suami untuk rendahkan ego masing2 dalam berperanan untuk rumahtangga...sesekali isteri boleh minta suami mandikan anak...siapkan bekal sekolah anak...suami boleh manjakan isteri dengan tolong buangkan sampah, sidaikan pakaian, siapkan pakaian kerja sendiri...tukarkan tuntutan hidup drpd beban kepada aktiviti bersama yang menjadikan pasangan saling melengkapi & saling memerlukan...

Pesanan untuk diri sendiri...jadilah seorang isteri penyejuk mata kepada suami...bicaralah dengan bijaksana & sabar wahai isteri dan suami...kerana akhirnya hanya kita & pasangan yang lebih tahu hala tuju dan matlamat akhir perkahwinan kita...insha allah rumahtangga kita semua diberkati olehNya sampai syurga...



Thursday, 9 September 2021

Peria Katak

Peria adalah sejenis sayuran menjalar yang melilit menggunakan sulur paut. Daunnya berselang seli dan mempunyai bunga berwarna kuning terang yang amat cantik. Pokok menghasilkan bunga jantan & betina secara berasingan. Buahnya bewarna hijau muda, walaubagaimanapun terdapat juga bewarna putih. Kulit buah yang menggerutu dan rasanya amat pahit dan selalunya dimakan ketika buahnya masih muda kerana keranggupannya. Untuk mengurangkan rasanya yang pahit, selalunya akan direndam dengan air garam terlebih dahulu sebelum dimasak dan selalunya tidak akan dicampur bersama sayuran lain kerana rasanya yg pahit. Rasa pahit peria adalah datang daripada kandungan Kuinin yang tinggi.

Bunga yang terang dan sangat meriah...memang cantik sebagai penyeri laman juga

Buah muda yang masih kecil 

Masyarakat Asia telah lama menggunakan peria dalam diet mereka, dan dipercayai banyak khasiat terutamanya dalam perawatan penyakit kencing manis. Selain itu ia dapat digunakan sebagai penyejuk badan, membersihkan darah, merawat buasir, baik untuk ibu dalam pantang bagi menambah susu dan tenaga, mengatasai masalah haid dikalangan wanita dan juga tekanan darah tinggi.

Buah yang sedang elok untuk dipetik bewarna hijau terang, rasanya ranggup dan sedap juga dibuat ulam mentah

Binomial name: Momordica charantia L.

Untuk dijadikan benih...perlu simpan buah sehingga matang @ tua, warna buah yang telah matang akan bertukar dr hijau ke kuning terang. Boleh keringkan biji untuk simpanan benih, tapi perlulah keringkan biji terlebih dahulu untuk menjamin ketahan biji benih.





Wednesday, 1 September 2021

Buah Letup - Physalis angulata


Pokok letup @ ciplukan kalau di Indonesia....sejenis pokok yang sama keluarga dengan pokok terung & tomato

Pokok mudah dijumpai di dalam semak dan tumbuh secara individu mahupun kelompok, hasil daripada percambahan bijinya yang  matang. Di Malaysia tumbuhan ini masih kurang popular...tapi sebaliknya di negara jiran Indonesia...banyak penelitian berkenaan khasiat daun, akar serta buah letup ini yang telah dijalankan oleh institusi di sana.

Antara khasiat yang dinyatakan adalah baik untuk merawat darah tinggi, diabetes, bisul, batuk & selsema, mengawal kolestrol, rawatan radang. Kandungan buah yang kaya dengan antioksidan dipercayai dapat membantu tubuh melawan sel radikal bebas malah terdapat kajian daripada Cancer Chemoprevention Research Center, Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia, dimana penelitian terhadar ekstrak buah letup yang mempunyai bahan asas dalam membantu perawatan kanser payudara, maklumat lanjut sila klik link berikut: Ciplukan_Physalis_angulata_Herbs_Ethanolic_Extract_and_Doxorubicin_on_T47D_Breast_Cancer_Cells

Keseluruhan pokok daripada daunnya sehingga kepada akarnya boleh digunakan dalam perawatan...antara kandungan bahan asas yang terdapat adalah seperti, saponins, flavonoids, polyphenols (tannins), alkaloids, crypthoxantine, vitamin C, stearic acids, citric acid, palmitic acid, malic & facilin.


Buah yang matang akan bewarna kekuningan dan rasanya manis2...buah yang kecil tapi banyak khasiatnya...Pokok letup di laman edible ibu ni asalnya mungkin bawaan burung...sekarang membiak banyak dalam pasu...


Tiap2 hari dapat kutip buahnya yang matang...kalau xkutip buahnya akan gugur sendiri...ibu biarkan buah yg gugur utk percambahan pokok2 baru...xde penjagaan khusus memang tumbuhan yang mudah membiak sendiri melalui biji buah yang matang







Thursday, 5 August 2021

1st Family Camping - Lubok Jong Sedim

Lama dah jugakla citer camping ni...awal tahun sblm semua kena PKP3.0 aritu...sempatla kami mencelah bwk anak2 buat outdoor camping....real pamili camping...lama dh abahnya bercita2 nak bawak anak p camping....maka sempat la kita realisasikan cita2 nih...kami pegi xjauh...sebabkan situasi pandemik Covid yang xmenentu...maka kami survey port camping dekat2 aje...

Lastly...kami decide p Lubok Jong Sedim...dekat ngan umah dan katanya air sungainya cantikkkk...port camping pun menarik kat situ...makanya bersiapla kami anak beranak...booked utk 1 malam...selepas keje petang khamis trus kami gerak ke tapak camping....barang semua memang abahnya dh ready dlm keta siap2...lebih kurang sejam perjalanan...maka kami sampai ke destinasi tujuan...


Alhamdulillah....tempatnya memang cantik dan bersih...cuaca elok sangat membantu...budak2 sangat teruja xsabar nak terjun air dah...sambil abah setting tempat tidur kita...waktu sampai pun dah dlm waktu asar...lepas budak2 mandi, sambil abah siapkan dapur ibu untuk ibu setup bahan utk dinner special untuk semua...








Kemudahan bilik juga disediakan untuk pamili yang perlu...terutamanya yang bawak anak kecil or orang tua...bilik air/mandi dan surau semua disediakan untuk kemudahan penyewa...bunyi deruan air terjun dan kombinasi unggas cengkerik...merdu sungguh...lets nature talk and we listen...

Siap semua bersihkan diri solat semua...maka kami mulakan aktiviti bbq ala kadar kami...pengalaman yang sgt menarik untuk anak2...ibu abah sentiasa teruja untuk cipta memori indah untuk anak2...sementara ada peluang...semua pun hepi makan sambil sambil dgr deruan air terjun...angin pun nyaman....alhamdulillah





Dek keletihan bermain air + kekenyangan...semua terlena awal...mulanya ammar uzair saje yang agak cranky nak tidur....maklumlah membesar dlm air-cond...but manage to handle oleh abahnya...tidur xsedar diri sampai ke pagi esoknya...lena...ibu abah biasa dengan sekole ayaq kopi kawww penuh kasih sayang...sharing sweet talk moment together......ahakkksss




Esoknya....mandi dan mandi sampai lebam...kalu ikutkan xmau balik lg...tp disebabkan abahnya ade program lain...maka kena balik jugak...next trip kita dgt lagi...well done our comrad...semua memberikan kerjasama yang sangat2 baik....ibu abah proud of u gaisss...



Orite...ni ibu share info & contact no. pengurus camp site Lubuk Jong, Sedim untuk yang berminat...banyak lagi aktiviti yang disediakan...insha allah next trip kita akan try semua yang disediakan...

Pengalaman yang sangat menarik...kita akan upgrade camping gear kita...ready tgg bila boleh rentas aje...kita p camping lagi...insha allah


Thursday, 29 July 2021

Hamster anak angkat baru

Bersempena PKP yang bersambung2 dan xtau bila akan berakhir...ibu abah pun dh kebuntuan xtvt utk anak2...kelesuan pandemik ternyata real....

Ibu abah xtau bila depa bodek cikda depa utk belikan depa anak hamster...maka adelah 3 ekor hamster yang jadi penghuni baru serta keluarga angkat baru...maka terpaksalah ibu abah pun join xtvt depa nih...mulanya ibu keberatan sebab terkenangkan anak bulus yang sblm ni...jimi & bubu...kesian sebab asyik kena berkurung bila kami semua keluar keje & sekolah...weekend kadang byk xtvt lain sblm covid-19 berleluasa...

Tapi kalini depa berjaya dapatkan permission abah depa...awalnya 3 ekor hamster yang cikda depa beli semua betina...akibat xde pengalaman dan info pasal penjagaan hamster...2 daripada 3 tu mati dalam jagaan..tinggal seekor sahaja yang diberi nama OSCAR...ibu memang xde minat nak bela2 haiwan ni...mmg xpeduli langsung....tup2 depa bwk balik plak 2 ekor lg hamster...kalini cik sully depa plak belikan...adoiiiiila anak...pun lagi skali mati jugak yg 2 ekor tu....hanya OSCAR yg bertahan...

3 ekor yang awal ni...oscar, oreo & ozzy...yang kali ke2 tu xsempat ambik  pic pun...tp nama diberi ialah cony..

Ibu mula pelik...knapa semua asyik mati & hanya OSCAR yang survive....kalini xboleh jadi...ibu suruh depa study dulu semua info pasal hamster & cara penjagaan...ibu pun gigihla join group penjagaan hamster kat FB...kami semua kumpul maklumat semua dulu...seperti biasala ibu ni berjiwa penyayang....selepas dh puas hati dengan  pembentangan laporan penelitian semua...maka belilah plak 2 ekor yang lain untuk ganti balik dan dengan syarat kalini semua mesti dibawah pemantauan ibu...

Bwk balikla plak 2 ekor lagi anak hammy...kalini ibu beli jantan...dan seekor darinya species lain sikit...sebenarnya hamster ni banyak species rupanya...mai kita tengok sikit scientific classification depa nih...


3 beradik yang dlm jagaan ni semua adalah dalam genus Phodopus dari jenis dwarf hamster yang cute comelll je...keluarga genus Phodopus terdiri daripada 3 species iaitu P. campbell, P. roborovskii & P. sungorus


Oscar & Neo adalah daripada species P. roborovskii atau dikenali juga sebagai desert hamster dan yang paling kecil dalam keluarga genus Phodopus


Manakala Leo plak adalah daripada species P. sungorus @ winter white dwarf yang juga dikenali sebagai Siberian / Russian / stripped dwarf hamster

So far lebih dari 5 bulan dlm jagaan...semua sihat dan baik2 aje...paling senang jaga & maintain...xbanyak karenah...awalnya ibu yang xbrapa suka sekarang dah mula suka & seronok tgk karenah depa 3 ekor ni...abah pun siap buatkan cage yang selesa sikit bg kat depa....cuma kalu nak berjalan sana-sini lepas ni akan ada cabaran ngan depa ni plak...

Thursday, 22 July 2021

Kebun Timun TokBah & TokMa

Ramai orang tanya...minat berkebun ni datang dari mana...inilah jawapan ibu...dia mmg dh ade in blood...keturunan gitewww 😍😎 

Memang biasa bercucuk tanam dari remaja lagi...memang suka pada nature...in love sangat...sbb tu dulu cita2 asal petani kat cemren aje...tp xde modal nak beli tanah kat cemren...akhirnya jadi MLT aje...but minat mmg xleh lari...duk kat mn pun dia tetap mencari ruang untuk menanam...

Tapak fertigasi ni sebelumnya tokbah & tokma tanam rock melon...selepas tu tukar pada cili...now tanam timun plak...tiap kali balik ni antara destinasi wajib terjah juga...sebab kat situ ade kolam ikan tokbah dan air terjun...nyamannnnn....kaki bukit yang berkabus pada waktu pagi...memang syokkk...jom terjah penanaman timun tokbah & tokma...


Muka xceria kena bangun awal pagi..


Tudia bila menantu masuk kebun...hahahah

Tapak xde luas mana...ade dalam 1500 polibag boleh isi...abah & ma usahakan berdua...skrg dh xbrapa larat sakit lutut...so mmg perlukan bantuan...buat masa skrg adik yg bantu ...


Buah timun yg tgg nak dipetik


Siap petik kita akan kelaskan buah untuk asingkan buah yang reject


Siap untuk ditolak kepada peraih dan pasar2 sekitar yang memang regular customer timun tokbah & tokma

Itulah antara xtvt abah selepas dah pencen...selain ngan lembu, ikan talapia ternakan dia...selebihnya inilah antara yang boleh memenuhkan masa pencen abah...memang sblm dr pencen lagi abah dh list out senarai xtvt dia...memang fulltime abis...non stop everyday 24/7...maklumlah mana ade cuti bila bisnes sdn bhd...dengan sawit...bila musim buah busynya lain plak...alhamdulillah adik bongsu yg fulltime bantu abah & ma skrg...dh lebih 6 bln xblk kampung...dekat2 nak musim buah dh ni...rindunya Allah saje yang tahu...cepatlah baik keadaan kita semua....hilangkanlah virus covid dari muka bumi ni...aminnnn

Thursday, 15 July 2021

Cili padi kampung


Pokok ni hasil bawaan burung rasanya...tumbuh sendiri dalam pasu...sepokok aje tapi lumayan hasilnya walaupun kecik kenit aje cilinya...suka tengok bila masak ranum di pokok...merah2 semua...


Buah lebat walau pokok hampir kering sebab kepanasan...pokok pun dah lebih setahun...tp masih steady

Slalu yang ditanam payah sgt nak menjadi...xpernah berjaya survive kalu yg tanam...ambik yg dh besar siap ade buah pun tetap mati ditangan ibu...tp kalini yang tumbuh ni menjadi plak dia...


Bila diberi baja n cantas balik semula...dia naik elok meriah




Saturday, 10 July 2021

Timun Jepun Berduri

Timun jepun ni salah satu jugak tanaman peberet di edible garden ibu...slalu ibu akan tanam gilir2 beberapa variati timun...ibu suka memilih tanam jenis timun jepun compare banyak2 variati lain dlm keluarga timun sebabnya...dia lebih ranggup dan tidak pahit...warna hijau gelapnya juga sangat cantik...ibu lupa dh benih kali ni ibu beli kat mn...tp memang sangat puas hati tanam...buahnya panjang sedepa...cuma yang kalini dia punya duri2 tu menonjol sangat...slalu bila semakin membesar...duri2 di kulitnya akan jadi semakin hilang...tp variati kalini tajam tul...so rupanya tidakla cantik & smooth...

Jika kita google banyak khasiat memakan timun...antaranya membantu sistem penghadaman, antioksidan, melambatkan penuaan kulit (buat mask), membantu menurunkan berat badan dan baik diamalkan oleh penghidap diabetes...untuk ibu pula penggemar nasi lemak...timun jepun adalah pelangkap juadah yang mesti ade ye...

Jom intai timun jepun yang ibu tanam kalini...



Duri2 nya sangat menonjol & tajam...kebiasaannya semakin buah matang...duri akan hilang...tp tidak kalini...



Masih nampak jelaskan bintik duri tajam tu...padahal buah dh matang & ready untuk petik...memang rupa dia mcm tu kali ni...so permukaan kulitnya xsmooth mcm biasa...apepun dia sedap & ranggup 😀

Wednesday, 7 July 2021

Glomus Tumour - Part 1

Kita sambung lagi...so seperti yang dijadualkan...14 Jun yag lepas...ibu berjaya menjalani ujian MRI...punyalah lama tunggu...ingatkan sekejap mcm x-ray biasa2 tu...rupanya lama n panjang amat procedurenya...seawal pagi ibu dh sampai ke jabatan radiologi HSAH...tunggu punya tunggu dalam pukul 10 staf kat situ bgtau...turn ibu akan delay sbb depa byk dpt kes refer dari peadiatric clinic...so turn ibu diganjakkan ke pukul 12.30...ok ibu ajak abah beli makan dulu....lps abis nanti boleh balik terus...

So...kuar merayap tapau lunch bagai...pukul 12.30 masuk serah diri balik semula...misi panggil masuk bilik prep utk setup IV line...dr pukul 12.30 - 2.00 pm...baru la turn ibu sampai...mengantuk & letih yang amat menunggu masa tu...tapi nurse kat situ baik sgt...siap berkali2 mintak maaf sbb kena menunggu lama...depa byk special kes anak2 autism...so pahan sgt mcm mn nak handle anak2 ni...ibu is seorang yg sabar...jangan risau...plus kakak misi tu setup IV yang paling lembut pernah ibu rasa...


Last pakai IV line ni masa bersalinkan abang ammar...6 tahun lepas

Lebih kurang  1 jam procedure...selesai tepat pukul 3 petang...sangat2 penat...tangan lenguh n sakit...sangat berharap jumpa ape yang dicari...1 jam ibu meniarap dlm terowong MRI tu...semoga berbaloi...

Next epi ---- TCA 30 Jun 2021

Alhamdulillah...awal pagi jumpa Dr. Memang berpandukan results MRI tempoh hari...highly suggestive 5x6x7mm glomus tumour...agak besar jugak Dr cakap...tp dekat HSAH xde pakar tangan...kes ibu akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah....so tarikh operation pun xleh nak tentukan lagi...untuk sementara waktu sambung makan ubat mcm biasa & Dr refer rehab...datang utk next TCA 22 September...untuk discuss next procedure. 




Till then...ibu masih kena berkawan baik ngan ubat2 ni...nasib baik  skrg byk masa dirumah sbb BDR...so bila sakit sgt pun xperlu ambik MC sbb masih dirumah n boleh buat kerja2 ringan...syukur Allah permudah urusan...syukur juga housemate semua memahami...keje2 rumah yg berat semua en.suami kongsi ngan anak2...alhamdulillah...nikmat mana yang engkau dustakan...

Sape sangka...benda kecik mcm ni boleh buat sakit yag amat sangat...mmg xtahan bila skali sakit datang...ibu hanya mampu baring n cuba lena aje...xpernah jangka punca sakit slama ni adalah dihujung jari itu...semoga ibu tabah bertahan...harini dgr2 plak HSAH terpaksa ditingkatkan kawalan kemasukan...sebabkan ramai staf dijangkiti Covid-19...maka ibu pun kena akur sebarang delay...bertabahla ibu...huhhuhuhuu 💪





Sekian...to  be continued