Assalamualaikum teman...
Bila diri dilanda gelora...mendengar serta berbicara dengan ayah bonda...adalah terapi yg utama. Syukur kerna diri masih punyai insan teristimewa...ma & abah.
Pesan ibu...'' jangan bersedih anakku...setiap ujian serta masalah yg datang adalah tanda Allah sayangkan kamu, dan yakinlah anakku janji Allah adalah benar''. Pesan ibu lagi...''bangunlah anakku mencari 'tahajudmu'...serta isilah masa mu dengan 'dhuha' serta iringi setiap langkahmu dengan 'kalamullah', nescaya hidupmu akan tenang''
Ya Allah sungguh aku kasih pada mereka semua...ibu ayah, suami serta anak2ku, saudaraku...namun Ya Allah lebihkanlah kasihku ini kepada Rasulmu.
Bersempena ramadhan yg mulia...dikongsikan setitip coretan dari 'nursyirah.wordpress.com'...buat renungan serta tatapan teman semua...
True Story:
Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW
Luangkan masa kalian
untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun
ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancar jari
ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih
Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab
1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh
ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada
puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau
mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang
mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk
terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal
30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri
utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka
menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau
hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang
beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji
dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa
seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula
kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh.
Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak
terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau
berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau
hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’
itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya
dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada
gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan
mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau
telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg
faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di
sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau
sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau
berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau
bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg
digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala
apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh
tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau
sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di
bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus
hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau
pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan
di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain
agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah
sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku
dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam
waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai
telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang
sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di
sekitarnya.
Tiba-tiba datang
seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir
sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaAllah..indah sekali, tak
dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali
kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya.
Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.
Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..”
Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban
berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi,
janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di
masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi
s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah
bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah,
terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda
sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam
lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran
enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika
Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal
ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah,
memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan
lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita
semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati..
ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa
titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda
Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi
Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg
mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja
baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg
amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut
terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau
kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan
salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu
pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat
Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu,
tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada
Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak
dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih
berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah,
pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali
ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa
sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu
rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap
penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun
pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg
aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi
s.a.w..”
Kemudian beliau tidur.
Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang
beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau
berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian
dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w.
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana
Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina
Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak
sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah
tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil
orangnya.
Para Sahabat
mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian
keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti
apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu
tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir
pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu
Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang
sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang
(dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka
mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,
nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk
perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat
itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau
dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2
tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang
segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr
mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg
kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa
beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh
beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan
berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat
yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air
untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku
menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada
kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan
Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa
tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk
beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak
lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa
beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak,
bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin
katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah.
Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan,
diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka
bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya
tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan,
dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul
sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika
Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba
bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang
tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu
Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu
Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?”
Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah
umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat
mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman,
bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
(al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian
air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
No comments:
Post a Comment