Sunday, 28 April 2013

Info: Khasiat Pudina


pokok pudina hasil dari keratan batang...memang segar

Kali ni nak berkongsi info tentang 'PUDINA'...kalu cerita pasal daun pudina dan rasanya kita semua mesti membayangkan ubat gigi kat umah kan....hehehhe...mmg rasanya agak sama saje...tp daun pudina ni sebenarnya banyak khasiat dia selain berguna sebagai sebahagian daripada ubat gigi....

Hmmm...yang pastinya bila tgk daun pudina ni ibu akan terbayangkan kesegaran aromanya bila dicampurkan kedlm minuman esp 'teh o panas'....aroma yg terserlah dan lagi satu bila dimakan sebagai ulam bersama-sama 'laksa penang'...pasti terangkat aromanya setiap kali kita gigit daunnya...memang sedap....dan disebabkan itu jugaklah...ibu berkobar2 tanam pokok pudina ni kat umah...buat stok...nanti bila masak laksa penang xyah susah2 nak cari beli daunnya...petik aje yg fresh kat laman....hehehhehe...

Selain dari boleh dijadikan ulam serta tambahan perasa dlm minuman....pokok pudina jugak amat cantik dan sesuai dijadikan tumbuhan hiasan...coz pokoknya yg hijau yang menyegarkan mata serta aromanya yang menyamankan bila kita ramas daun2nya...mmg best...pokoknya juga amat senang tumbuh dan dijaga...just pastikan ia cukup kelembapan dan cahaya matahari...mmg gebu pokoknya tumbuh...

Oklah....tadi ibu nak cerita khasiat tumbuhan pudina nikan...khasiatnya yang sempat ibu ''google''...antaranya ialah...

  1. Membantu saluran pencernaan: merawat masalah cirit-birit ataupun ketidakselesaan perut.
  2. Membantu dalam proses 'detoxification' atau 'nyah-toksin' dari badan
  3. Bertindak sebagai egen pembersih darah
  4. Merawat kekejangan otot
  5. Melegakan demam selsema serta mampu menghilangkan loya (mual)
  6. Melegakan masalah batuk/lelah
  7. Sebagai agen penyejuk kulit
  8. Merawat masalah kulit (berjerawat, bintik hitam, & kulit kusam @ kering)

banyakkan khasiat daun pudina ni rupanya...ibu sendiri pun xpernah tau...jom kita kongsi beberapa resepi yang menggunakan daun pudina ni untuk tujuan membantu merawat masalah2 yang disenaraikan kat atas tadi:

Cara penyediaan teh pudina:
Untuk membantu masalah pencernaan, batuk, demam selsema dsbgnya

  • Rendam teh uncang bersama2 beberapa helai daun pudina (fresh/kering) dengan air panas beberapa minit. Boleh tambahkan gula sebagai pemanis. Sedia untuk dihidangkan panas. 
  • Untuk Jus Pudina: bersihkan 15 helai daun pudina dan blend bersama segelas air masak. Tapis untuk ambil jus sahaja. Boleh ditambahkan ais kiub serta pemanis, dan sedia dihidangkan. Amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
  • Bagi merawat masalah batuk/lelah: bersihkan 14 helai daun pudina dan ramaskan sedikit daunnya. Masukkan ke dalam cawan kaca tahan panas dan isikan air 3/4 penuh dan sedikit gula batu. Masukkan cawan etrsebut dalam periuk nasi yg sedang mendidih, namun pastikan cawan tersebut tidak tengelam. Bila nasi sudah masak, keluarkan cawan dan biarkan sejuk sebelum diminum. Amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut, in shaa allah dengan izinNYA anda akan dapat merasai kesannya.

Cara penyediaan masker wajah:
Untuk merawat masalah kulit berjerawat serta kering

  • Tumbuk halus lebih kurang 10-15 helai daun pudina. Campur sebati dengan plain yogurt. Sapu rata pada muka dan biarkan kering selama 30 minit. Cuci muka dengan air suam, kemudian bilas dengan air sejuk.
  • Untuk tujuan merawat masalah lebam disekeliling mata: tumbuk halus daun pudina dan sapukan terus pada bawah mata dan biarkan kering selama lebih kurang 15 minit. Cuci dengan air suam.

Jadi...apa tunggu lagi...jom pakat2 minum teh pudina dan buat masker pudina tuk wajah ayu jelita.....kalu nak daun pudina boleh mai umah kami...hehehhe

Selamat mencuba...



Wednesday, 24 April 2013

My Edible Garden: Update sayuran/cambahan baru

minggu sudah kebun sejemput kami lam proses penambahbaikan...xsempat nak belek2 tanaman sgt...masa pun xbegitu mengizinkan....tp sempat jugakla ptg smlm jenguk kat kebun sat....tgk2 ape yg terbaru...jeng...jeng...jeng...ni dia...buah yg ditunggu2...bila dia keluar pun xtau...tiba2 muncul aje...hehhehe....
kacang panjang kami...



dan yang ni plak...update sayuran yg ade...sawi, kailan & bayam merah...baru aje nak naik elok...sblm ni kepanasan sgt kot...mcm xberapa nak hidup aje...







Wednesday, 17 April 2013

Aku Wanita...Aku Punya Cinta

Kaunselor: Apakah pekerjaan En Zainal?
En Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor: Halimah pula?...
En Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
En Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
En Zainal: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
En Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.



Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! Ingat tu sahabat sekalian :) 

Hargailah seorang isteri mahupun ibu anda. Kerana pengorbanannya tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan duit sekalipun. Say Alhamdulillah to Allah sebab memberikan ibu / isteri yang baik buat kita dan hargailah mereka walaupun dengan sekadar ucapan Terima Kasih...


Dan yang paling penting lagi adalah...pastikan adik2 perempuan kita serta anak2 perempuan kita terdidik dengan sempurna supaya membesar dapat menjadi ''Isteri cerdik yang solehah...seterusnya mampu plak mendidik anak2 mereka nanti menjadi perempuan/wanita bidadari syurga''....

Berbangga kerna dilahirkan sebagai seorang wanita...serta amat bersyukur kerna dianugerahkan keluarga yang cukup lengkap dan dikasihi suami serta anak2...Wahai suamiku...doakan daku menjadi bidadari syurga disana nanti...amin....

Saturday, 13 April 2013

My Edible Garden: Update serangan ulat

tengok tajuk entry ni...agak creepy...hahahhaha...tp sebenarnya bukan ulat ape pun..n serangan ni bukan kat taman ibu pun...serangan ni berlaku kat taman jiran kami...habis semua pokok bunga kemunting cina kat taman dia diranapkan oleh 'ulat-ulat' ni....semuanya lemak berkrim...bak kata encik hubby...hijau gedempol gedempol...
alisha ngan afrina siap mintak nak bela...kot2 nanti boleh jadi butterfly katanya...emmm....terpikir jugak...ntah-ntah ini ulat yg akan jadi butterfly tu tak...dulu tgk lam buku sains aje...xpernah tgk real...xpasti plak...jom kita tgk ulat yg sihat2 ini....

hijau comel warna dia...gebu...

bukti...habis daun pokok kemunting cina ni...

tgk muncung dia keluar...panjang jugak...huuuuuuu

anak beranak dia tgh lepak beristirehat lepas kekenyangan santap...

Saturday, 6 April 2013

{HypnoBirthing: Tuk kelahiran seterusnya...mampukah}

hehehhe...mengandung pun blum lg...tp hati ni tertarik sgt dengan kaedah ''HypnoBirthing''....kepala ni asyik duk pikir pasal ni aje...
kalu diberikan peluang & rezeki skali lg...ibu berharap sgt nak bersalin kaedah ni plak...menarik sgt2...untuk yg blum tau ttg ape yg ibu duk sebut2 ''hypnobirthing'' ni...jom kita google jap...hehheheheh


HypnoBirthing, also called the Mongan Method (after its creator, Marie Mongan) uses hypnosis to enhance the trance-like altered state of active labor. That is my definition. Maybe yours is different.
In effect, HypnoBirthing is relaxation, breathing, and visualization.
HypnoBirthing = Relaxation + Breathing + Visualization
@
bahasa mudahnya...ia adalah satu menggunakan kuasa kekuatan minda bawah sedar utk  mengawal rasa sakit bersalin dan hasilnya akan memudahkan proses bersalin tersebut berlangsung...haaaa...menarik tak wahai mommies sekalian....:)




knapa buat ibu tertarik sgt dgn kaedah ni...coz ibu pernah terbaca suatu ketika dulu, cerita ttg proses kelahiran......(during my first pregnancy...time tu sibuk duk cari maklumat bagai...coz xde pengalamankan)...ape yg ibu belajar adalah ''sebenarnya childbirth is same with making love...is like an art...its all about our physiological body function...we just need to understand that childbirth process is related with our body function...in shaa allah semuanya akan mudah dan tenang''

''hakikat kelahiran mengikut pandangan ibu yg ibu dapat dr kisah sejarah kelahiran nabi kita, Nabi Isa a.s putera Maryam...saat menghadapi proses kelahirannya, maryam juga keseorang tiada siapa disisi menemaninya...beliau hanya bersandar di pohon kurma dan dengan tenang melahirkan puteranya''
''Allah S.W.T dah aturkan cantik dah...bila mana dia menganugerahkan utk merasai nikmat mengandung & melahirkan anak itu kpd seorg wanita a.k.a ibu...kerana ibu itu mempunyai kekuatan yg luar biasa yg tidak ada pada insan lain utk menghadirkan seorang insan di dunia ini. Bila kita faham ketinggian darjat yg telah dianugerahkan pada kita ni...kita xkan rasa takut lg... ''

''proses kelahiran itu sebenarnya adalah suatu moment yg penuh dengan keajaiban & kecantikan...ia juga adalah bukti kebesaran Allah S.W.T...utk merasai serta memahami keindahan serta pengertiaan proses kelahiran itu...para ibu hendaklah terlebih dahulu menyiapkan diri dengan ilmu...(dlm islam turut ditekankan kepentingan aspek ilmu itu sendiri...umat islam dituntut menuntut ilmu)....fahami dengan jelas hakikat sebuah kelahiran itu...ia bukan hanya mengenai ibu yg menahan/menaggung kesakitan...namun para ibu harus sedar dan mengetahui bahawa proses kelahiran itu juga memberikan impak serta trauma pada 'baby/anak' dlm kandungannya itu...''

''umum selalu melihat apa yg ada didepan mata shj...melihat ibu yg menahan sakit & kepayahan utk melahirkan...namun tiada siapa terlintas dipikiran utk memahami bagaimana anak yg didalam kandungan itu sedang kegelapan keseorangan...apa yg sedang dirasai oleh anak kecil itu semasa proses kelahiran...sedang ibu dipujuk n ditenangkan oleh org2 disisinya...siapa pula yg disisi anak2 kita itu...???...disini bg yg melihat akan dapat memerhati bahawa kuasa Allah S.W.T mengatasi segalanya...sedang anak kecil itu tidak memiliki apa2 n mengetahui apa2...tp diberikan hidayah & panduan yg mendorong serta membantunya utk melalui fasa kelahiran dengan selamat...''

''jika kita fahami semua aturan proses kelahiran ini...in shaa allah...kita akan menghadapi situasi ini dengan tenang & mudah...dan jika dilihat semula secara teorinya seakan sama dgn teori kaedah ''hypnobirthing'' tu...kerana apa yg paling penting adalah yakin & percaya dengan diri sendiri''

hmmm...dah panjang2 bercerita ni...semangat nak bersalin dah ada...hehehhe...tp semangat nak mengandung lg ni blum jugak timbul...cam mana ni...hikhikhikhi...bila nak blh ade baby tenit plak ni...rindu bau baby lam pantang...:)







Tuesday, 2 April 2013

My Edible Garden: Junjung Kacang

Alhamdulillah...syukur sangat...sepanjang peninggalan selama seminggu yg lepas...semua pokok2 selamat dan yg paling teruja...pokok kacang panjang ni dah siap naik junjung dan berbunga dah...
sebelum balik kg ari tu...ibu sempat siapkan junjung yang xseberapa ni aje kat pokok kacang...balik semula tgk2 semua dah membesar dengan jayanya...sukaaaaaaaaaaaaa

ada empat pokok semua dlm pot 

rasanya dah cukup tinggi dah pancang kayu ni...
kacang ni daunnya slim2 aje...xlebar sgt...