Wednesday 27 November 2013

Sebarkan Cinta-MU

















''Cinta Allah cinta Agung...Dia memberitahu kita beberapa rahsia untuk merebut cinta-Nya''

Orang yang saling berkasih sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayang-Ku,
Orang yang saling berhubung silaturahim kerana Aku juga berhak mendapat kasih sayang-Ku,
Orang yang saling menasihati kerana Aku,
Orang yang saling menziarahi kerana Aku,
Orang yang saling berkorban berbelanja antara satu sama lain kerana Aku, semuanya berhak mendapat kasih sayang-Ku...

"Sesungguhnya orang yg saling berkasih sayang kerana Aku di atas singgahsana daripada cahaya, para Nabi, siddiqin dan para syuhada pun rasa terkilan dengan kedudukan itu.."


Petikan dari novel ''Sebarkan Cinta-Mu (Fatimah Syarha)''


Syahdu rasanya bila membaca petikan di atas...terasa betapa diri amat dihargai & disayangi olehNYA.
Amat mudah jalan yang ditunjukkan...dan kita semua memang sebenarnya mampu untuk berbuat demikian...
Apabila kita kasih suami/anak/saudara/sahabat keranaNYA...lihatlah berapa banyak kasih sayang yang akan kita dapat dariNYA...Allahuakbar
Tetapi kenapa ramai diantara kita xmahu mendapatkan kasih sayang tu...masih bergaduh, bersangka buruk, saling memutuskan silaturrahim antara kita semua...semoga kita semua dapat kembali merasai nikmat dikasihi olehNYA...

''Ya Allah...mereka yang ku kasih''

''Ya Rahman, Ya Rahim....dengan Kekuasaan & Kebesaranmu...jadikanlah aku hambamu yang pengasih & penyayang kepada anak-anakku, tidak menyakiti amanahmu dengan kata-kata keji, berlapang dada & besar kesabaran dalam menjalankan amanatmu...Ya Allah...dengan Kelembutan & Kehalusanmu...jadikanlah aku hambamu yang sentiasa setia mengasihi suamiku, berlemah lembut dalam bicara & perbuatan...Ya Allah...jadikanlah juga aku hambamu yang disenangi oleh saudara & sahabat yang lain, menegur dan berbincang dengan hikmah. Saksikanlah Ya Allah, aku menyayangi mereka supaya Engkau kasih & sayang kepadaku...kerana hanya itu yang aku harapkan Ya Allah''

4 comments:

  1. Kenapa..sebab x datang rasa bersyukur...comey bunga tu...tanam sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju...bila xde rase syukur dlm hati mmg byk perkara kita xnampak...heheheh...iye bunga ros tanam sendiri...blajar2 tanam...br 2x berbunga

      Delete
  2. Masuk gambar dengan pesanan di atas.

    ReplyDelete