Dalam melewati usia tiga puluhan ini...alhamdulillah dengan kemurahan rezeki dan begitu banyak kurniaan nikmat dari Allah untuk diri ini...dari sehari ke sehari ibu kerap mengimbas pengalaman dari perjalanan hidup masa lalu...waktu suka, derita, kecewa, gembira...semua membina dan menjadikan diri ibu seseorang...alhamdulillah...
banyak kenangan serta pengalaman lalu yang memberikan pengajaran terutamanya dari kenangan-kenangan pahit duka dalam bersahabat, dalam hubungan kasih sayang suami isteri...bohonglah jika kita tidak pernah dilanda masalah dan derita...sebagai manusia biasa dan kerdil ilmunya...ibu pun selalu tewas dalam mentadbir parasaan sendiri terutamanya soal berkaitan dengan hati dan perasaan...
selalunya keadaan ini berlaku...bila mana di suatu pihak...mereka merasa telah banyak memberi...ttp tidak terlalu kerap menerima...atau pun kadang2 yang diterima tidak seperti yang diimpikan...
hari ini ibu ingin kongsikan perasaan seorang isteri yang terasa tidak lg dicintai oleh suaminya dan merasa putus asa untuk menjaga hatinya lg...
mengapa situasi ini sering terjadi dalam perhubungan rumahtangga...???
kita xperlulah bercerita tentang tanggungjawab atau peranan seorang suami @ isteri terhadap pasangannya...kerana ibu merasa sudah cukup banyak kita diingatkan ttg tugas dan peranan itu...malah ibu pun pernah kongsikan ttg hal itu hak-vs-tanggungjawab lama dulu...
kali ni kita bercerita tentang tuntutan perasaan @ hati...melihat kepada hakikat kejadian manusia itu sendiri...wanita diciptakan sebagai makhluk yang lemah dari segi kudrat tenaga dan emosi berbanding lelaki...sebab itulah peranan suami diberikan kepada kaum lelaki...Allah telah mengiktiraf segala kelebihan yang dimiliki oleh kaum lelaki dengan peranan serta tugasan yang berat...dan kaum wanita yang bergelar isteri mmg sedia akur tentang aturan fitrah itu...menerima kehadiran lelaki sebagai suami bagi melindungi, menyayangi serta mencintai, mendidik kaum yg lemah ini sesuai dengan fitrah kejadiannya...
dengan fitrah serta kemampuan yang terhad...kaum wanita zaman kini memegang begitu banyak peranan dalam rumahtangga sehingga kepada masyarakat...malahan dengan fitrah kejadian itu juga Allah mengangkat martabat isteri sebagai pendamping serta pelengkap bagi seorang suami...segala tuntutan rumahtangga disempurnakan tanpa ragu...
namun kadangkala...isteri dirumah itu turut tewas pada bebanan perasaan...leteran itu adalah sesuatu yang keluar dari jiwanya ketika dia merasa kosong dan tidak berdaya untuk berbuat apa2...luahan perasaan itu sekadar ingin menyatakan apa yang terbuku dihati...janganlah suami meremehkan atau membuat anggapan bahawa isteri itu tidak matang...bukankan isterimu itu penyejuk hati serta mendatangkan ketenangan jiwa apabila bersamanya...maka adillah menilai emosinya saat itu...
apabila setiap kali membelai jemari isteri ataupun tiap kali mengucapkan perkataan sayang...tidakkah terfikir engkau sewenang-wenangnya membiarkan saja isteri tercari2 dan ternanti2 apa sebenarnya dia untukmu? siapa dia dihatimu? adakah kehadirannya benar2 memberi bahagia dalam hidupmu? atau adakah kehadirannya sekadar melengkapkan harapan dan impianmu semata-mata?
sudut pandangan kita berdua berbeza...kerana fitrah penciptaan kita juga berbeza...raikanlah setiap perbezaan itu...emosi isteri cukup rapuh sebenarnya...jangan nanti ia tidak mampu lagi untuk menjaga hatinya...perasaan itu kurniaan-NYA dan milik-NYA...sama2lah kita menjaga agar ia sentiasa dibawah rahmat serta kasih sayang-NYA...
No comments:
Post a Comment