Sempena masuk ramadhan ni...terasa macam nak share resepi plak...agak lama dah xmenulis resepi masakan nih...sbb ibu bukanlah pandai sgt masak2....sekadar biasa2 lepas pamili kecik kami menjamu selera...lagi plak...tahun ni adalah tahun kedua kami menyahut cabaran 'Say NO to Bazar'...jadinya ibu mmg tukang masak sepenuh masa kat umah...
Lagi pun bila anak2 dh makin membesar n pandai request macam2 ni...ibu dia lagi sonok nak masakkan...pujian anak2 n suami tu sebagai pendorong ibu rajin di dapur menunaikan kehendak selera masing2...
So...ini salah satu dish lauk yang memang menjadi peberet anak beranak kami...'Asam Tumis'....untuk anak2 yang xberapa suka makan ikan...ibu gantikan dengan ayam...slalunya asam tumis ni paling terangkat adalah masak asam tumis ikan pari...
Ok...jomla kita salin resepinya....agak mudah nak dimasak sbb semua bahan mmg ada dilaman edible garden ibu...kecuali bunga kantan aje belum sempat tanam...kena plak bendi tengah galak mengeluarkan hasil skrg....jangan xtau asam tumis ni paling best adalah tambah dengan sayur bendi...memang #osem....:)
walaupun saiznya kenit2...tapi bila dipetik fresh dr laman n bebas racun...mmg manisnya lain |
Bahan-bahan:
1. Ayam (seekor dipotong kecil)
2. 2 ulas bawang putih *
3. 3 ulas bawang merah (saiz sederhana) *
4. Sehiris lengkuas & kunyit hidup *
5. Satu ruas jari belacan *
6. 1 sudu kecil jintan manis *
7. 1 sudu kecil lada hitam *
8. Lada burung segengam (ikut selera masing) *
9. Lada kering segengam (basuh dan buang biji) *
10. Daun kesom
11. Bunga kantan
12. Bendi & tomato
13. 2 batang serai (diketuk) - optional
14. Asam keping
15. Minyak masak untuk menumis
16. Bahan perasa (gula, garam)
(Blend semua bahan yang bertanda *)
Cara penyediaan:
1. Tumiskan semua bahan yang telah diblend terlebih dahulu bersama2 dengan bunga kantan sehingga naik bau n masak. Masukkan asam keping.
2. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan biarkan ayam masak sekata n mesra bersama bahan tumisan. Jangan ditambah air sehingga ayam masak.
3. Setelah pastikan ayam agak masak, bolehlah ditambah bahan perasa (gula n garam) serta air mengikut sukatan selera masing2.
4. Last sekali, barulah masukkan daun kesom, bendi dan tomato. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Hidangan keluarga yang simple n mudah disediakan....selamat mencuba.
Thank you sharing, masak assam dengan ayam belum pernah cuba.
ReplyDelete