Saturday 4 August 2012

Pelupusan Al-Quran Kareem

 ASSALAMUALAIKUM

Tahukah anda bagaimana al-quran dilupuskan...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Aug 1992 telah membincangkan Pelupusan Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan.
     
  2. Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal.
     
  3. Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.   
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelupusan-al-quran


Proses secara terperinci...
  1. Naskah al-quran yg bercerai perlu dikemaskan terlebih dahulu 
  2. Kemudian masuk kedalam mesin utk meracipnya menjadi helaian yg halus. 
  3. Selepas itu akan dijemur utk mengeringkan serta memudahkan proses pembakaran. 
  4. Kemudian barulah tiba pd proses pembakaran. hasil daripada pembakaran tadi (abu) akan dimandikan dengan air barulah akan ditanam.
Begitu terperinci ianya dilakukan, tahniah kepada mereka yg menjalankan tanggungjawab ini...sama2 kita mengambil iktibar dr ketulusan hati saudara2 di ''Percetakan Saufi''...

sumber: majalah mingguan wanita edisi februari 2012/http://www.jawi.gov.my/arkib-berita/732-lawatan-ke-pusat-pelupusan-al-quran-syarikat-percetakan-saufi.html

Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....

No comments:

Post a Comment