Monday 10 December 2012

Puding Caramel a.k.a Puding Gula Hangus

puding ni mmg paberet saya...kalu bulan posa selalunya xmiss puding ni...
nak buat pun bukanlah susah sangat...n bahan pun xbanyak guna...
ceritanya....last week ade opismate mintak tolong buatkan puding ni tuk besday anak dare dia...
xpernah2 org nak tempah...tiba2 ade org mintak nak tempah...terkejut kami....hehehhe (bukan pandai sgt pun...masak suka2 n syok sendri je....)
tanya ngan en.hubby...dia cakap buatlah...xelok hampakan org....



ni aje pic yg sempat snap...nak lg cantik lehla hias ngan potongan peach or stoberi...
meh kita kongsikan resepinya yg amat mudah:

Bahan-bahannya:

 1. Telur 5 biji (saiz sederhana)
 2. Susu cair 1 tin
 3. Gula 1 cawan
 4. Vanilla essen 1 sudu kecil
 5. Tepung jagung/tepung kastard 1 sudu makan
 6. Air masak (1 cawan - utk gula hangus)

Cara-caranya:

a) Penyediaan gula hangus:

1. Cairkan gula dengan menggunakan api yang paling perlahan (utk mengelakkan gula dari hangus)
2. Setelah gula agak cair dan warna bertukar kekuningan, tambahkan air panas mengikut sukatan gula
    yang digunakan. Dan biarkan larutan gula cair sempurna.

b) Penyediaan adunan puding:

1. Pukul telur sehingga agak kembang ataupun lebih kurang 5-6 minit
2. Masukkan susu cair dan pukul lagi sehingga sebati bersama telur
3. Bila adunan sudah sebati elok, masukkan esen vanilla & tepung kastard. Sebatikan adunan 
    secukupnya. (Jika mahu boleh juga ditambah secubit garam utk menaikkan rasa)
4. Panaskan kukusan, masukkan separuh larutan gula hangus kedalam loyang dan masukkan
    kesemua adunan puding kedalam loyang. 
5. Adunan sedia dikukus selama lebih kurang 15 minit.
6. Untuk lebih menikmati rasa puding tersebut, bolehlah disimpan didalam peti sejuk terlebih 
    dahulu sebelum dihidangkan. (makan dengan ais krim pun sedap....nyummm nyummmm)

ok....itulah resepi ringkas utk membuat puding caramel. boleh diolah utk menambahkan lagi keunikan serta kenikmatan ketika menjamu selera....:)

2 comments: