Tuesday 1 January 2013

Anakku: Kakak Alisha ke sekolah Tadika An-Najah

Alhamdulillah...akhirnya kakak dah mula sekolah...n sekolah yg menjadi pilihan ibu & abah untuk kakak adalah ''Tadika An-Najah''...
besar hati ibu & abah, bila kakak boleh masuk ke tadika an-najah...kerana disitu kakak akan dilatih dengan didikan asas agama yg ibu harapkan boleh membimbing dan menjadi panduan kakak...
pagi sesi akademik biasa mcm tadika lain...kakak akan belajar bahasa melayu, english, matematik untuk asas membaca & mengira...yg menariknya & yg membuatkan ibu abah tertarik hati dengan tadika ini kerana pelajar akan dilatih untuk membaca surah ''Yasin'' serta doa' setiap hari sebelum bermula kelas pembelajaran...rutin pagi kakak akan bermula dengan alunan bacaan al-quran setiap hari...alhamdulillah...
petang plak kakak didedahkan dengan kelas asas fardu ain, bahasa arab & iqra'...solat zuhur & solat asar berjemaah sebelum balik...
jom kita kongsi beberapa pic semasa sesi suai kenal & sesi hari pertama persekolahan kakak alisha...
semasa hari suai kenal...ceria je nak pi sekolah...

masa pilih baju...tiba2 kakak sedih...coz baju sek xcantikla ibu...hehehe
tutup muka malu nak ambik gambar...

muka cuak...

xnak bagi beg kat cikgu...sayang sungguh, takut org ambik katanya

beratur masuk 'saf'...



kenapa kakak tunduk aje...''kakak malu la ibu, kawan tu peluk kakak''...


cikgu bagi pensel warna...lukisan pertama

kakak dalam kelas ngan kawan2...nama kelas kakak ''white''

kakak practice solat ramai2...


solat asar berjemaah sebelum balik...
 alhamdulillah....lengkap seharian aktiviti kakak di sekolah...ibu & abah xdapat nak temankan kakak disebabkan tuntutan kerja seharian...hanya waktu malam n hujung minggu kita ada masa bersama...jadi ibu & abah akan pastikan an-najah akan memenuhi kekurangan serta ketidaksempurnaan ibu & abah pada siang hari sepeninggalan kami bekerja...in sha allah doa' ibu & abah mengiringi setiap langkah anak2...


esp dedicated to Nur Alisha Husna & Nur Afrina Hanan

No comments:

Post a Comment