Wednesday 17 April 2013

Aku Wanita...Aku Punya Cinta

Kaunselor: Apakah pekerjaan En Zainal?
En Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor: Halimah pula?...
En Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
En Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
En Zainal: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
En Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.



Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! Ingat tu sahabat sekalian :) 

Hargailah seorang isteri mahupun ibu anda. Kerana pengorbanannya tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan duit sekalipun. Say Alhamdulillah to Allah sebab memberikan ibu / isteri yang baik buat kita dan hargailah mereka walaupun dengan sekadar ucapan Terima Kasih...


Dan yang paling penting lagi adalah...pastikan adik2 perempuan kita serta anak2 perempuan kita terdidik dengan sempurna supaya membesar dapat menjadi ''Isteri cerdik yang solehah...seterusnya mampu plak mendidik anak2 mereka nanti menjadi perempuan/wanita bidadari syurga''....

Berbangga kerna dilahirkan sebagai seorang wanita...serta amat bersyukur kerna dianugerahkan keluarga yang cukup lengkap dan dikasihi suami serta anak2...Wahai suamiku...doakan daku menjadi bidadari syurga disana nanti...amin....

2 comments:

  1. sekarang dah berlambak jugak surirumah yang bersijil ijazah kan...tak mustahil jugak master..wanita bila masuk alam menjadi isteri & ibu memang besar pergorbanannya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt2 betul tu nadia...bukan blh suka2 je nak jadi isteri @ ibu...kena fahami & teladani contoh2 isteri2 terpilih...semoga kita sama2 jadi isteri & ibu yg diberkati olehNYA...amin

      Delete