Sunday 28 April 2013

Info: Khasiat Pudina


pokok pudina hasil dari keratan batang...memang segar

Kali ni nak berkongsi info tentang 'PUDINA'...kalu cerita pasal daun pudina dan rasanya kita semua mesti membayangkan ubat gigi kat umah kan....hehehhe...mmg rasanya agak sama saje...tp daun pudina ni sebenarnya banyak khasiat dia selain berguna sebagai sebahagian daripada ubat gigi....

Hmmm...yang pastinya bila tgk daun pudina ni ibu akan terbayangkan kesegaran aromanya bila dicampurkan kedlm minuman esp 'teh o panas'....aroma yg terserlah dan lagi satu bila dimakan sebagai ulam bersama-sama 'laksa penang'...pasti terangkat aromanya setiap kali kita gigit daunnya...memang sedap....dan disebabkan itu jugaklah...ibu berkobar2 tanam pokok pudina ni kat umah...buat stok...nanti bila masak laksa penang xyah susah2 nak cari beli daunnya...petik aje yg fresh kat laman....hehehhehe...

Selain dari boleh dijadikan ulam serta tambahan perasa dlm minuman....pokok pudina jugak amat cantik dan sesuai dijadikan tumbuhan hiasan...coz pokoknya yg hijau yang menyegarkan mata serta aromanya yang menyamankan bila kita ramas daun2nya...mmg best...pokoknya juga amat senang tumbuh dan dijaga...just pastikan ia cukup kelembapan dan cahaya matahari...mmg gebu pokoknya tumbuh...

Oklah....tadi ibu nak cerita khasiat tumbuhan pudina nikan...khasiatnya yang sempat ibu ''google''...antaranya ialah...

  1. Membantu saluran pencernaan: merawat masalah cirit-birit ataupun ketidakselesaan perut.
  2. Membantu dalam proses 'detoxification' atau 'nyah-toksin' dari badan
  3. Bertindak sebagai egen pembersih darah
  4. Merawat kekejangan otot
  5. Melegakan demam selsema serta mampu menghilangkan loya (mual)
  6. Melegakan masalah batuk/lelah
  7. Sebagai agen penyejuk kulit
  8. Merawat masalah kulit (berjerawat, bintik hitam, & kulit kusam @ kering)

banyakkan khasiat daun pudina ni rupanya...ibu sendiri pun xpernah tau...jom kita kongsi beberapa resepi yang menggunakan daun pudina ni untuk tujuan membantu merawat masalah2 yang disenaraikan kat atas tadi:

Cara penyediaan teh pudina:
Untuk membantu masalah pencernaan, batuk, demam selsema dsbgnya

  • Rendam teh uncang bersama2 beberapa helai daun pudina (fresh/kering) dengan air panas beberapa minit. Boleh tambahkan gula sebagai pemanis. Sedia untuk dihidangkan panas. 
  • Untuk Jus Pudina: bersihkan 15 helai daun pudina dan blend bersama segelas air masak. Tapis untuk ambil jus sahaja. Boleh ditambahkan ais kiub serta pemanis, dan sedia dihidangkan. Amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
  • Bagi merawat masalah batuk/lelah: bersihkan 14 helai daun pudina dan ramaskan sedikit daunnya. Masukkan ke dalam cawan kaca tahan panas dan isikan air 3/4 penuh dan sedikit gula batu. Masukkan cawan etrsebut dalam periuk nasi yg sedang mendidih, namun pastikan cawan tersebut tidak tengelam. Bila nasi sudah masak, keluarkan cawan dan biarkan sejuk sebelum diminum. Amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut, in shaa allah dengan izinNYA anda akan dapat merasai kesannya.

Cara penyediaan masker wajah:
Untuk merawat masalah kulit berjerawat serta kering

  • Tumbuk halus lebih kurang 10-15 helai daun pudina. Campur sebati dengan plain yogurt. Sapu rata pada muka dan biarkan kering selama 30 minit. Cuci muka dengan air suam, kemudian bilas dengan air sejuk.
  • Untuk tujuan merawat masalah lebam disekeliling mata: tumbuk halus daun pudina dan sapukan terus pada bawah mata dan biarkan kering selama lebih kurang 15 minit. Cuci dengan air suam.

Jadi...apa tunggu lagi...jom pakat2 minum teh pudina dan buat masker pudina tuk wajah ayu jelita.....kalu nak daun pudina boleh mai umah kami...hehehhe

Selamat mencuba...



5 comments:

  1. antara pokok herba yang belum berjaya ditanam...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tanam...nanti boleh buat masker pudina...berangin...hihihihihi

      Delete
  2. plain yogurt boleh dapat kt mna erk?..teringin sgt nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. plain yogurt blh dpat kat mana2 supermarket (tesco/giant)...ct biasa beli yg dutch lady...jgn lupa try n nanti kongsi ape rasenya ye...best

      Delete
  3. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete