Sunday, 30 December 2012

My Edible Garden: Penutup 2012 & Pembuka 2013


alhamdulillah...hari ni diberi kesempatan untuk update blog tercinta ni...nak menutup tahun 2012 ni byk betul keje yg nak kena setel...sampai xsempat nak petik kat blog ni...

ape pun ari ni nak update jugak skit pasal tanaman di edible kebun kami...kongsi sedikit pic yg xberapa lawa ni utk tatapan sendiri...


pokok daun saderi a.k.a daun sup...baru nak mula hidup

 
pokok sawi pun dah mula membesar, harap semua ok xde yg tumbang
 
daun kesum pun dah mula berpucuk...mekasih buat ma tersayang yg bawak dr terengganu
 
pokok timun batang @ cucumis sativus
daun dah mula melebar

nilah pemandangan ruang edible garden saya yg sekangkang semut ni...adelah serba sedikit tanaman dapur buat penyeri laman...hehehe
 semalam sambil kemas2 pasu pokok ni...sempat lah semai benih tomato ceri, sawi jepun & kuchai...xtaula cam mana lagi rupanya...nanti kalu dah ade cambah kita update lg...


Wednesday, 19 December 2012

Halal ke...Minyak YUYI...???

hari ni buka aje FB...topik hangat yg dibualkan adlh mengenai status ke'halalan' minyak ''YUYI CAP LIMAU''...mulanya aku xde ambik kesah sgt....coz aku mmg xpernah pakai minyak ni pun...
dari kakak alisha hingga afrina skrg aku xpernah beli n pakai pun minyak ni....pertamanya aku xsuka bau dia n yg keduanya tulisan cina byk sgt kat botol aku jadi was2 nak guna....

alternatifnya...aku beli n pakaikan kat anak2 ''MINYAK MESTIKA BAYINI'' keluaran bumiputera n jelas kandungan bahan yg digunakan. so, aku yakin ianya selamat n halal tuk anak2 n yg paling penting baunya pun wangi...dr dlm pantang smplah sekarang minyak ni xpernah putus....kalu kat kedai harga dia mungkin mahal skit dlam RM7.00....tp kalu kat MYDIN boleh dapat sebotol (30ml) dlm RM4.50...tp kena beli sepeket lam 6 botol gitu...


bagi yg xkenal rupa minyak ni...meh aku kongsikan rupanya...
(pic ni aku google aje)...

antara khasiatnya adlh:

1. mencegah kembung perut & sakit perut
2. melegakan pernafasan bayi (bg yg selsema)
3. melegakan gigitan serangga (esp nyamuk)
4. mengurangkan gejala anak2 kencing malam
5. memberi kehangatan pada bayi anda.

bahan2nya plak:

1. Daun pandan (Pandanus Odorus)
2. Serai (Oleum Citrunellae)
3. Buah pala (Oleum Myristicae)
4. Kayu putih (Oleum Eucalypti)
5. Daun pudina (Oleum Menthae Piperitae)

cam promote minyak ni plak...just share pendapat & pengalaman...bg yg xsuka jgn marah ye...




Tuesday, 18 December 2012

Neraka Jahannam

Babak: perbualan si anak & si ibu di suatu petang semasa pulang dr kerja...


anak: ibu...kakak anak yg baik tak..??
ibu: knapa kakak tanya mcm tu...??
anak: sbb td kakak pukul adik...
ibu: knapa kakak pukul adik plak...kakak xsayang kat adik ke...??
anak: sbb adik nakal..kakak pukul lah...
ibu: xboleh pukul mcm tu...cakap ngan adik elok2...anak2 ibu kan anak2 yg baik...semua nak masuk syurgakan
anak: emmmm...kakak nak masuk syurga mcm upin & ipin tu...boleh ibu
ibu: kalu nak masuk syurga kena jadi anak yg baiklah...kalu nakal nanti masuk neraka...
anak: neraka tu apa ibu...
ibu: .......alkisahnya....dikisahkan.....



Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Monday, 10 December 2012

Puding Caramel a.k.a Puding Gula Hangus

puding ni mmg paberet saya...kalu bulan posa selalunya xmiss puding ni...
nak buat pun bukanlah susah sangat...n bahan pun xbanyak guna...
ceritanya....last week ade opismate mintak tolong buatkan puding ni tuk besday anak dare dia...
xpernah2 org nak tempah...tiba2 ade org mintak nak tempah...terkejut kami....hehehhe (bukan pandai sgt pun...masak suka2 n syok sendri je....)
tanya ngan en.hubby...dia cakap buatlah...xelok hampakan org....



ni aje pic yg sempat snap...nak lg cantik lehla hias ngan potongan peach or stoberi...
meh kita kongsikan resepinya yg amat mudah:

Bahan-bahannya:

 1. Telur 5 biji (saiz sederhana)
 2. Susu cair 1 tin
 3. Gula 1 cawan
 4. Vanilla essen 1 sudu kecil
 5. Tepung jagung/tepung kastard 1 sudu makan
 6. Air masak (1 cawan - utk gula hangus)

Cara-caranya:

a) Penyediaan gula hangus:

1. Cairkan gula dengan menggunakan api yang paling perlahan (utk mengelakkan gula dari hangus)
2. Setelah gula agak cair dan warna bertukar kekuningan, tambahkan air panas mengikut sukatan gula
    yang digunakan. Dan biarkan larutan gula cair sempurna.

b) Penyediaan adunan puding:

1. Pukul telur sehingga agak kembang ataupun lebih kurang 5-6 minit
2. Masukkan susu cair dan pukul lagi sehingga sebati bersama telur
3. Bila adunan sudah sebati elok, masukkan esen vanilla & tepung kastard. Sebatikan adunan 
    secukupnya. (Jika mahu boleh juga ditambah secubit garam utk menaikkan rasa)
4. Panaskan kukusan, masukkan separuh larutan gula hangus kedalam loyang dan masukkan
    kesemua adunan puding kedalam loyang. 
5. Adunan sedia dikukus selama lebih kurang 15 minit.
6. Untuk lebih menikmati rasa puding tersebut, bolehlah disimpan didalam peti sejuk terlebih 
    dahulu sebelum dihidangkan. (makan dengan ais krim pun sedap....nyummm nyummmm)

ok....itulah resepi ringkas utk membuat puding caramel. boleh diolah utk menambahkan lagi keunikan serta kenikmatan ketika menjamu selera....:)

Wednesday, 28 November 2012

My Edible Garden: Update kebun ari ni


just nak kongsikan pic tomato yg dah masak ranum di kebun laman umah kami...
sonok tengok akhirnya masak elok dah buah tomato ni...tunggu next week tok ma nak datang umah kita...baru kita petik...skrg simpan kat pokok dulu...

alisha siap cakap...comel buah tomato kita, cam buah 'stroberi' je.....hihihi...(pandai anak ibu, semangat lg ibu nak tanam2...)


sambil duk belek2 buah tomato tu....terpandang pokok halia saya..."knapa plak daun semua dah tinggal sekerat ni..."
bila selak daun yg duk bergulung tu...nahhhhhh...ulat gemuk elok duk ZZZZzzzzzz...eeeiiiiiii....oooo patutlah dah kementot semua daunnya,ada si pemakannya....hhhmmmmm

nak dibunuh...kesian...dia makhluk xberdaya...last2 kami kenakan hukuman buang daerah kat dia...pindahkan dia p duduk kat tanah bendang depan umah kami tu....hihihihihi...(sori tuan tanah...xmintak permission dulu..)

gemuk kan ulat ni......



cuba teka apakah perbezaan yg terdapat dalam kedua2 gambar ini...???

yang ni plak benih bendi & timun yang saya semai 2 mgg lepas...cambahan pun dah naik elok...tunggu besar sikit lagi boleh pindah ke dalam pot yg lebih sesuai...
  
cambahan timun a.k.a cucumis sativus berusia 5 hari..
cambahan bendi yg berusia 2-mgg


Sunday, 25 November 2012

Hooree Hooree

Cuti ujung minggu xde pg mana2...just relaks2 kat umah ngan hubby n anak2...
sambil duk layan tgk DVD...
anak2 seperti biasa cite chipmunk, rio n semua yg seangkatannya...skrip tu dah boleh hafal dah...

so, ibu n abah pun buat syarat...ari ni layan cite ibu ngan abah.
DVD ni dah lama jugak la beli...tp asyik xsempat nak tgk...tajuk dia ''HOOREE HOOREE''
mula masa hubby nak beli cite ni...aku was2 jugakla, cam xmenarik je cite ni (dlm hati laaa...)
tp relakan jua hubby beli...tu pasal yg xpernah ingat nak tgk cite ni...pasal pd aku mcm xmenarik sgt tgkkan pada tajuk n pelakon dia...(trukkan aku...''never just a book by its cover'')

ceritanya...lps tgk cite ni...rupanya penuh dgn mesej2 yg menarik...jalan cite rileks n byk pengajaran yg boleh diambil esp dalam pendidikan anak2...mesej dia pun bersahaja n simple aje...cite ni amat menarik utk tontonan family...n yg paling best lagu2 allahyarham sudirman dulu digubah semula dengan begitu best...n paling ngetop tentulah lagu IDOLA...azlan the typwritter...

as a conclusion yg boleh dikongsikan....menentukan corak serta arah masa depan anak2 adlh tanggungjawab ibu bapa...menjadi ibu bapa bukan sekadar menghantar anak2 kesekolah, pilih sekolah yg hebat2.....tapiiiiiiiiiiii yg lebih utama...ibu bapa itu sendiri harus melengkapkan diri dengan segala ilmu...kerana bg anak2...IBU & ABAH lah guru pendidik utama mereka...ikon @ idola anak2...

xperlu stress dengan kerenah serta kenakalan anak2...biarkan...lepaskan anak2 kita bermain sejauh mana mereka ingin pergi...bebaskan anak2 meneroka apa yg mereka ingin tahu...tapiiiiiii....bimbing serta pinpim mereka supaya kemana atau setinggi mana pun mereka pergi melangkah....mereka akan tetap mencari IBU & ABAH mereka...kerana kebebasan terkawal yg telah kita sediakan buat mereka serta kepercayaan yg kita bina dlm diri mereka...menjadi benteng utk mereka tidak tersesat n hanyut...tapiiiiii jangan sesekali ''mengongkong'' mereka anak2 kita...

dalam peredaran arus perdana sekarang ini...atau pun sedap lagi...''zaman milenia''...(tahun 80-90an dulu org panggil zaman ape yee..)...ibu bapa harus bijak mengatur n mengawal anak2...tiada lagi istilah xboleh atau jangan....ini akan merosakkan lagi anak2...saya petikkan kata2 dlm filem horee horee yg sy tonton ini...
katanya..''mendidik anak2, ibu bapa harus bersedia lepaskan anak2 terbang bebas ke angkasa...terbang tinggi...namun talinya tetap sedia di tangan kita untuk kita tarik n dakap mereka bila diperlukan...''

susahkan menjadi ibu bapa zaman sekarang...begitulah juga susahnya cabaran menjadi anak remaja zaman sekarang...jika kita sedar...persoalannya, saya juga seperti ibu bapa lain...belum bersedia dan xingin melepaskan anak2...bimbang mereka jatuh, disakiti, dilukai....tapi itulah hakikat kehidupan....''anak2 kita xkan belajar hakikat kehidupan jika kita halang pergerakan serta penglihatan mereka dengan kebimbangan serta ketakutan kita''....

sesekali ibu bapa haruslah menjadi penonton pada anak2...jgn asyik berlagak pengarah tuk arah anak2 ikut semua kemahuan kita...perlu ada toleransi serta komunikasi secara terbuka dengan anak2 supaya mereka akan lebih menghormati serta merasai perhatian dan kasih sayang yg ingin kita berikan pada mereka...kita ibu bapa boleh menjadi kekuatan tuk anak2 kita...IDOLA tuk anak2 kita...

dianugerahkan dengan 2 puteri cahayamata yg makin membesar serta penuh kerenah ini, menjadikan saya bimbang & ragu2 tentang kemampuan diri sendiri. bimbang jika saya tidak memberi secukupnya pada mereka, bimbang jika saya menjadi seorang ibu yg silap...''Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan & kepintaran serta didiklah kesabaran hambamu ini dalam menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepadaku. berilah panduanmu agar anak2ku tergolong dalam hamba2mu yg soleh, cemerlang didunia & akhirat....amin'' 




''Jika hidup kita ini adalah permainan...mainkan''
''Jika hidup ini adalah mimpi...wujudkan''
''jadikan setiap momen dalam hidup kita berharga...disisi insan-insan istimewa''





Saturday, 24 November 2012

Ceritera: Kisah 5 Perkara Aneh...


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-

  • Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;

  • Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;

  • Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;

  • Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;

  • Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S. W. T. bahawa:

Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S. W. T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."


p/s: Janganlah kamu kisah akan kata-kata orang tentang dirimu. Biarkan orang mengata, asalkan kamu tahu apa yang kamu lakukan itu tidak menyalahi agama dan adab masyarakat. Manusia memang tidak akan berpuas hati dengan apa yang dia ada dan orang sekelilingnya ada. Maka bersyukurlah kamu sekiranya kamu tahu orang itu mengata tentang kamu.

Wallahu'alam

Sunday, 18 November 2012

[ Save GAZA, Save PALESTIN ]

Sejak berhari lepas, cerita serta berita mengenai serangan keatas tanah suci palestin dilaporkan tidak putus2. Terbaru dilaporkan mangsa serangan keganasan rejim zionis telah meragut nyawa kanak2 berusia 8 tahun. Manakala sudah tidak terhitung lagi tangisan berdarah dibumi palestin ini. Kekejaman israel makin menjadi2 dan bedilan2 bom terus menghujani tanpa henti.
Apalah yg terdaya untuk aku lakukan untuk saudaraku disana....bagaimana harusku bantu...air mata menitis laju saat melihat kekentalan jiwa saudara-saudara disana mempertahankan  maruah agama serta bumi suci mereka. Mata melihat, telingaku mendengar, hati ku merintih kepedihan...namun kepedihannya yg nyata hanyamu yg lebih tahu, sungguh berat ujian yg ditanggung olehmu wahai saudaraku...
Bersama kite selidiki sejarah bumi palestin yg menjadi rebutan bangsa yahudi terkutuk ini...

Mengapakah bumi palestin ini menjadi rebutan bangsa yahudi?
Bumi palestin merupakan tanah yg ietimewa, kerana:  
- bagi umat Islam, diatas tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, masjid ke-3 paling mulia di dunia selepas Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
- bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan ''Tanah yg Dijanjikan Tuhan'' kepada mereka. Disitulah mereka berasal (Bani Israel), dan disitu terletaknya Bukit Zion (diselatan baitul maqdis dan pernah menjadi tempat pemerintahan raja & nabi org yahudi iaitu Nabi Daud a.s serta dianggap suci, dan dari itu jugalah timbulnya perkataan ''Zionisme'' iaitu gerakan anti islam). Disitu juga terletaknya kuil suci merela ''Temple of Solomon''.
- tidak ketinggalan bagi pengikut Kristian, ''Temple of Nazareth'' yg terletak ditanah palestin adlh tempat kelahiran Nabi Isa a.s dan disitu jugalah Nabi Isa disalibkan (mengikut kepercayan mereka).

Faktor2 inilah yg menjadikan bumi palestin begitu menjadi rebutan. Dan kerana ini jugalah pertumpahan darah tidak pernah berhenti dibumi bertuah ini...

''Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) az-Zikr (Lawh Mahfuz), bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba Ku yang soleh''
(Al-Anbiya':102)
 [perkataan bumi dlm ayat merujuk pada bumi palestin]

Marilah kita sama2 memanjatkan doa kepada saudara2 kita dibumi palestin, semoga binasalah dan lenyapkanlah rejim zionisini dr bumi Allah ini. Semoga sejarah keruntuhan bangsa yahudi ini akan berulang lg...seperti yg terdapat dalam catatan sejarah tentang keruntuhan bangsa ini sebelumnya (sebanyak 2 kali)

- Hukuman 1: Bala tentera dibawah perintah Nebuchadnezzar dari Babylon (kini Iraq) telah datang menyerang Jerusalem pada 587 sebelum Masihi. Bangsa Yahudi telah dibunuh, kota mereka telah dihancurkan, tempat beribadat mereka (termasuk Masjid yg telah dibina oleh Nabi Sulaiman A.S) telah dirobohkan. Manakala yg masih hidup telah dibawa pulang ke Babylon utk dijadikan hamba-hamba abdi.
- Hukuman 2: Bala tentera Rom dibawah perintah General Titus telah sekali lagi menghancurkan kota Jerusalem pada 70 selepas Masihi. Kehancuran kali ini lebih dahsyat dan parah berbanding yg sebelumnya. Bangsa Yahudi yg masih hidup telah diusir keluar sama sekali dari kota Jerusalem.


Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu, "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakkan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar." Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka maharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak, dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri; dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagai mana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.
(Al-Isra':4-7)