perkongsian pengalaman & pendapat yang mungkin mampu memberi manfaat kpd insan tersayang serta teman2 yg sentiasa disisi meniti perjalanan sementara ini...
''sebaik baik manusia adalah manusia yg mampu memberi manfaat kpd manusia yang lainnya''
: Sabda Baginda Rasullullah S.A.W
(special dedicated utk permata hati tersayang..andai ibu pergi dulu sblm sempat titipkan nasihat serta pesan utk kalian)
Sejak dikhabarkan diri bakal menjadi ibu...semestinya kita xputus-putus berdoa mohon perlindungan, keselamatan, kesihatan untuk anak-anak kita. Banyak pilihan2 doa yg boleh kita amalkan. Kali ini mai sama2 kita tgk doa yg saya dapat dr rakan FB saya, sama2 kita kongsikan supaya mendapat manfaatnya bersama:
- bacalah YA LATHIF (MAHA HALUS) 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur - bacalah surah AL-FATIHAH 1 kali - bacalah surah AL-INSYIRAH (Alam Nasyrah) 1 kali - bercakap-cakap dengan anak, ketika anak sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dgn berbintikan ibunya. contohnya memberi nasihat atau apa saja pesanan untuk anak dan digalakkan agar ibu bapa menggunakan kata2 doa yang positif ketika berbicara. - sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak kita.
''Ya Muhaimin (Maha Memelihara), Engkau peliharakanlah kecintaan ku serta keimanan ku supaya aku mendapat keredhaan serta merasai nikmat kecintaan kepadaMU...Ya Haadi (Maha Pemberi Petunjuk), Engkau tunjukilah aku jalan kebenaran, jalan yg engkau pilih bagi orang2 yg soleh...Ya 'Afuww ( Maha Pemaaf), didikilah kesabaran ku dalam urusan ku mendidik 'amanahmu' utk mengenalMU, mencari keredhaanMU, mengutip setiap ilmuMU dan seterusnya agar dapat merasai nikmat kecintaan terhadapMU YA RAHMAN YA RAHIM....'' amin.
sama-sama kita muhasabah diri dengan petikan ceramah Ustaz Don Daniyal...semoga dijadikan panduan
Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....
Ramadhan al-mubarak...bulan yg penuh dengan keberkatan, bulan yg amat dinanti2kan oleh seluruh umat islam, bulan yg membawa 1001 perubahan serta mengembalikan kita kembali pada Nur Ilahi...Alhamdulillah...sudah masuk hari ke-10 kite berpuasa...bermakna kite semua sudah pun melalui dan diharap merasai 10 awal ramadhan yg dijanjikan didalamnya keberkatan. Bermakna tinggal lg 20 ramadhan yg akan kite kutip sebanyak mungkin keberkatan & rahmat yg telah Allah janjikan didalamnya. Pantasnya waktu berlalu...maka tidak lama lg kite bakal akan bertemu dengan hari kemenangan...Aidilfitri...
Bila kita bercakap ttg ramadhan dan puasa...tentulah difikiran kita juga akan terlintas tentang juadah2 berbuka yang disajikan di bazar2 ramadhan, yg penuh warna warni serta rupa bentuk...bermacam2 pilihan dr aneka nasi hinggalah ke kuih muih.
Seperti juga ramadhan yg lepas...saya diberi mandat oleh encik hubby untuk menyediakan sendiri juadah berbuka a.k.a sahur kami (hubby cakap makan kat luar xsesedap yg makanan sy masak dirumah...hehehee). Dan alhamdulillah...kemudahan dengan izin allah, bos br saya telah memberi keizinan pd kami utk pulang seawal 3.30 ptg sepanjang bulan ramadhan...esp utk kaum muslimat balik awal bagi menyediakan hidangan berbuka buat keluarga katanya.
Maka jenuhlah saya menyedikan wishlist juadah berbuka utk kami. Diantaranya nasi ayam penyet...kegemaran kami...terima kasih pada e-na lovely kitchen kerana share resepi ini bersama...memang sedap dan amat berbaloi utk dicuba. Emmm...so lps ni xperlu lglah ke restoran ''wong solo ayam penyet'', jika terasa nak makan nasi ayam penyet...chef dah boleh masak sendiri dah....:)
Tp masih terasa kekurangan bila tekak ini, masih tidak dapat merasa juadah2 istimewa negeri ''cik ct wan kembang''...rindunya nok make kuih akok kedut, nasi kerabu, tepung boko ubi kayu, lompat tikam, biji nangka @ butir nangko...dan banyok lglah...serta turut tidak ketinggalan ketupat sotong ala terengganu @ tupak sutun....(dah terbayang kesedapan serta keenakan rasa makanan ni semua....huhuhu...xsabar nok kelik)
Insyaallah...balik keje ni p pasar cari sotong yg medium size...kite buat ketupat sotong versi terengganu...coz kat sini (alor setar) senang nak dapat sotong yg fresh...meh kite kongsikan resepi atau cara menyediakan ketupat sotong a.k.a tupak sutun;
inilah rupenya ketupat sotong/tupak sutun
Bahan:
1 kg sotong (sederhana besar)
1 1/2 cawan beras pulut
santan cair secukupnya
3 biji bawang merah ~ dimayang halus
1 in halia ~ dihiris panjang
3/4 cawan santan pekat/fresh
1 1/4 cawan air
Garam & sedikit gula
Daun pandan
Lidi/pencungkil gigi
Cara-caranya:
Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30
minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam
periuk.
Bersihkan sotong dan kalau boleh buang kulit lapisan luar yg nipis tu...(utk mengelakkan hanyir)
Isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan penuh sangat, setengah je,
pas tu tutupkan kepala sotong dan kemaskan ngan lidi atau
penyungkil gigi. Buatlah macamana pun asal beras pulut tu tak terkeluar
semasa proses memasak. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
Masukkan santan pekat, bawang merah, hirisan halia, garam, gula dan daun pandan kedalam periuk yg berisi santan tadi
Masak dengan api sederhana sehingga pekat
Ketupat sotong sedia utk dimakan.
p/s: resipi asal ada dimasukkan halba...tp tuk resepi turun temurun pamili sy ini, kami gantikan halba dengan daun pandan.
Oklah, resepi dah pun ada (mekasih pada my lovely mum, sharing d recipe)...selamat mencuba ye...
Siapa pernah dengar ttg ''edible garden''.....emmmm...aku pun baru aje tau mengenai konsep taman yg dinamakan edible garden ni.
Konsepnya adalah, taman yang menggabungkan tanaman hiasan bungaan & tanaman herba ataupun sayuran yg boleh dimakan atau lebih mesra dekenali sebagai ''taman dapur''. Amat menarik dan sesuai utk diaplikasikan, kerana konsep taman ini xmemerlukan tanah yg luas seperti kebun sayuran...cukup memadai tanam didalam pasu ataupun ape2 sahaja bekas yg boleh dijadikan 'pot' atau pasu. Mmg amat sesuai utk org2 yg duduk menyewa cam saya n rumah pun cuma sekangkang kera...tp kerana minat yg mendalam pada bercucuk tanam ni...mmg xdpt nak dielakkkan. Manfaatkan segala ruang yg ada...cam saya guna balik bekas air minuman dan beg2 beras ...xyah susah nak kena p beli pot ke pasu kat kedai...recycle aje ape yg ade kat dapur tu...
Byk manfaatnya, selain aktiviti riadah bersama pamili, dpat juga sedikit sebanyak menjimatkan belanja dapur, menjaga ekosistem lagi, bersedekah kat jiran2 kalu ade banyak hasil, serta paling penting sayuran yg dimasak terjamin keselamatan serta kesihatannya...(pakai baja organik yg dibuat sendiri, xde racun2...selamat)...:)
Beberapa pic tanaman dilaman sweet touch yg ingin dikongsikan bersama teman yg lain.
ruang laman yg sedang diubahsuai oleh encik hubby
kayu bakau terbiar yg diambil kat tepi jalan (dah lama tgk tersadai kat tepi jalan, xde org punya la kot)
bekas minuman yg dipotong & dijadikan pot tuk ''rose moss'' sy
anak kailan subur dalam beg bekas beras...
daun sup @ celery
anak pokok tomato ceri...xtaulah sempat merasa buah tak
anak pokok kacang panjang...malu2 keluar daun...xsabar nak tgk dia keluar hasil
pokok bendi pun dan naik dengan suburnya...dah mula keluar putik bunga
ingatkan dah xidup dah pokok kesum saya ni...intai2 semalam dah kuar daun dah...mekasih ye bertahan
Alhamdulillah....berjasa kepada tanah ni...memang menguntungkan...amat berbaloi-baloi...jom intai lagi nanti edisi update ''My Edible Garden'' akan datang...kite tgk ape akan jadi seterusnya....
Surah al-Baqarah juga dinamakan sebagai Fustat al-Quran dan Sinam al-Quran yang bermaksud puncak Al-Quran kerana kepentingan dan kebesarannya yang
memuatkan hukum-hukum yang tidak disebut dalam surah lain. Justeru,
beberapa ulama telah menyatakan bahawa surah ini mengandungi seribu
perintah, seribu larangan dan seribu pemberitahuan.
Surah
al-Baqarah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan seperti yang
dinyatakan oleh beberapa hadis. Antaranya ialah hadis nabi saw yang
bermaksud: ‘Pelajarilah surah al-Baqarah! kerana mengamalkannya
membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan
ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini ( atau mereka
sendiri tidak mampu menghafalnya )’.
Imam Muslim pula telah meriwayatkan hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Bacalah
al-Quran! Kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi
syafaat kepada pembacanya. Bacalah dua penyeri iaitu surah al-Baqarah
dan Ali Imran kerana kedua-duanya akan datang pada Hari Kiamat dalam
bentuk dua kelompok awan atau seperti dua kumpulan burung yang terbang
berbaris (menaungi pembacanya ), kedua-duanya akan berhujah membela
pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya membawa
keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli
sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini.”
Imam al-Tirmidhi pula telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : ‘Daripada
Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya setiap
rumah yang dibacakan di dalamnya surah al- Baqarat tidak akan dimasuki syaitan’.
Berikut adalah beberapa petikan tafsir dr surah al-baqarah yg saya pilih utk dikongsikan bersama, semoga mendapat pengajaran dengannya;
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya". (Al-Baqarah
2:30)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan
keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama
orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah
2:43)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan
tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri
kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya
Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:110)
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin
kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat
yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah
(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
(Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang
engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian
bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut
Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada
kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat
berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah
petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.
Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang
(yang beriman). (Al-Baqarah
2:143)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan
(pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut
dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada)
air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya
tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari
berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan
yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;
sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan
Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang
(mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah
2:164)
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu
memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang
disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat)
sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda
yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah
2:173)
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu
menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah
berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan
segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang
ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang
miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang
meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang
akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang
menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan
orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan
juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang
demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan
mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa
dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah
2:185)
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah;
maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika
kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang
mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul),
sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di
antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia
mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau
bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam
keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan
Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat
Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang
mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia
berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu
kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna.
Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid
Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah
bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang
melanggar perintahNya). (Al-Baqarah
2:196)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu
menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke
suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa
bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan
adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah
telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang
berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah
ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun
dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau
ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan
oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi
lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki,
maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang
kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi
perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan
jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan
janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada
kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan
lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada
tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai
yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak
menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah
mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa
yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik
(derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah;
dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah
2:282)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang
yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada
kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami,
serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum
yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)
Surah Al-Baqarah Dan Ali-Imran ini juga dinamakan az-Zahrawan (Dua yg Cemerlang), kerana kedua surah ini menyingkap hal-hal yg menurut apa yg disampaikan Al-Quran disembunyikan oleh ahli kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa dan kedatangan Baginda Rasulullah S.A.W.
sama-samalah kita beramal serta menperbaiki diri...
Bila diri dilanda gelora...mendengar serta berbicara dengan ayah bonda...adalah terapi yg utama. Syukur kerna diri masih punyai insan teristimewa...ma & abah.
Pesan ibu...'' jangan bersedih anakku...setiap ujian serta masalah yg datang adalah tanda Allah sayangkan kamu, dan yakinlah anakku janji Allah adalah benar''. Pesan ibu lagi...''bangunlah anakku mencari 'tahajudmu'...serta isilah masa mu dengan 'dhuha' serta iringi setiap langkahmu dengan 'kalamullah', nescaya hidupmu akan tenang''
Ya Allah sungguh aku kasih pada mereka semua...ibu ayah, suami serta anak2ku, saudaraku...namun Ya Allah lebihkanlah kasihku ini kepada Rasulmu.
Bersempena ramadhan yg mulia...dikongsikan setitip coretan dari 'nursyirah.wordpress.com'...buat renungan serta tatapan teman semua...
True Story:
Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW
Luangkan masa kalian
untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun
ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancar jari
ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih
Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab
1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh
ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada
puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau
mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang
mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk
terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal
30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri
utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka
menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau
hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang
beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji
dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa
seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula
kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh.
Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak
terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau
berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau
hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’
itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya
dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada
gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan
mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau
telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg
faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di
sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau
sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau
berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau
bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg
digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala
apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh
tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau
sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di
bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus
hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau
pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan
di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain
agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah
sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku
dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam
waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai
telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang
sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di
sekitarnya.
Tiba-tiba datang
seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir
sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaAllah..indah sekali, tak
dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali
kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya.
Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.
Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..”
Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban
berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi,
janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di
masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi
s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah
bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah,
terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda
sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam
lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran
enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika
Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal
ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah,
memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan
lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita
semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati..
ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa
titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda
Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi
Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg
mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja
baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg
amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut
terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau
kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan
salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu
pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat
Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu,
tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada
Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak
dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih
berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah,
pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali
ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa
sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu
rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap
penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun
pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg
aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi
s.a.w..”
Kemudian beliau tidur.
Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang
beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau
berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian
dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w.
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana
Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina
Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak
sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah
tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil
orangnya.
Para Sahabat
mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian
keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti
apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu
tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir
pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu
Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang
sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang
(dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka
mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,
nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk
perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat
itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau
dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2
tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang
segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr
mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg
kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa
beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh
beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan
berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat
yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air
untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku
menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada
kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan
Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa
tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk
beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak
lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa
beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak,
bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin
katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah.
Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan,
diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka
bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya
tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan,
dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul
sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika
Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba
bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang
tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu
Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu
Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?”
Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah
umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat
mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman,
bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
(al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian
air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
sempena nak menyambut kedatangan bulan penuh rahmat ''Ramadhan Al-Mubarak'' mgg depan,
opis nak buat kenduri makan pulut durian....n my hubby adlh peminat pulut durian yg tegar...sehari xmakan nasi pun xpe, asal dpt makan pulut durian.
so, mlm ni sesi pg membeli durian...n utk pulut aku dah beli 8 kg pulut...mintak jasa baik pengasuh anak2 kami tolong kukuskan pulut. cadang kalu sempat nak jugak aku masakkan ''pengat durian'' tuk opismate...maklumlah kat sini (kedah)...diaorg makan durian ngan santan mcm tu aje...kalu ore2 dr blh pantai timur mesti makan buat pengat...hmmmm...itu pun kalu sempatla...xjanji.
cakap pasal durian ni...sempat ke tidak balik raye ni makan durian kat kg halaman...ma cakap lps raye mungkin durian kat umah tu masak...insyaAllah jika ade rezki. durian yg jual ni kalu ''udang merah'' mmg sedap, tp nikmat makan durian sendiri ni lain...gugur tu trus buka makan...fresh2...nikmat dia mmg xsama...
so cakap2 sal durian ni...menarik ttg durian yg kite perlu tau...jom kite kongsikan:
10 Fakta Menarik Buah Durian
Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian
tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru
mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.
Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about
33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir
badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga
mengandungi calcium dan phosphorus
Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula.
Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau
2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai
kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau
anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada
kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi,
hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)
Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan
soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis
harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah
durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan
keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang
tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali
lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya.
1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat.
so, kpd pengemar durian, berikut adalah jawapan pada yg bertanya ''Boleh ke makan durian??''
lama xmenulis, xtau nak mula kat mana...emm...maklumlah first time buka blog....hehehehe
maklumlah bila dah start berkomitmen...dah lupa n xde masa tuk ngendap2 dalam dunia ''ber blog'' ni.
for introduction...just nak ucap ''Salam Ramadhan'' kepada semua...
Diharapkan bulan yang penuh berkat ini dapat mendatangkan 1001 rahmat serta kesejahteraan utk
seluruh umat islam diserantau dunia, tidak kira warna kulit serta kaum.
Ingatan untuk diri sendiri juga...supaya mempertingkatkan lagi amalan berbanding tahun2 sebelumnya...