''kupercaya kemana pun kau berjalan
suara cinta kan menuntunmu kepadaku...''
seorang sahabat berkongsi kpd saya...suaminya minta izin utk kahwin satu lagi, dengan alasan terjatuh cinta...perempuan tu sanggup bermadu jika rakan saya izinkan...
saya tanyakan rakan saya...adakah dia sanggup dimadukan...berkongsi kasih suami yg asalnya milik mutlak kite...
jika bertanya pada pendapat peribadi saya...''sejujurnya saya tidak rela membenarkan suami saya menduakan saya dengan mana2 perempuan sekali pun...saya tidak akan mampu untuk berkongsi...''
''mana boleh tamak...jika suami mampu n ade calon yg amat sesuai...knapa xizinkan saja...lg pun ini tuk mengelakkan maksiat serta membela nasib kaum sejenis akak jugak...''
''jika benar poligami ini adlh utk menjaga kepentingan wanita...saya adlh seorg wanita...jagalah kepentingan wanita yg menjadi isteri serta ibu kpd anak2mu ini terlebih dahulu...dengan hanya meminta utk berpoligami sahaja hati wanita ini sudah terluka, bagaimana pula mampu utk berkongsi kasih suami nanti...''
''tp bukankah itu adlh sunnah rasul...jika kite tolak bermakna kite menolak sunnah, dan jika menolak sunnah...maka kafirlah kita''
sungguh zalim suami2 sekarang menggunakan dalil serta hukum utk menakutkan kaum isteri...bagi merealisasikan matlamat utk berpoligami...
knapa saya katakan zalim...kerana mendera perasaan isteri, memaksa isteri mengikut kehendak yg langsung berlawanan dengan kehendak & perasaan isteri..isteri yg baik menjeruk perasaan sebab mencari redha allah & redha suami...
saya tidak menolak poligami pada syariatnya...saya menolak poligami pada perlaksanaannya...kerana kebanyakan perlaksanaan poligami yg saya lihat adalah gagal dan mendera...syariat juga tidak memaksa wanita utk akur dengan poligami bagi yg tidak mahu...hormatilah pilihan isteri jika dia tidak sudi utk bermadu...islam juga tidak mengajar kite berserah pada takdir sebelum ianya terjadi...tugas kita sebagai hamba allah adlah membuat keputusan & pilihan yg terbaik buat diri kita...
saya tahu diri saya tidak akan mampu menghadapi ujian cemburu...maka sesuai dengan pilihan saya utk tidak membenarkan diri dimadukan...ujian bermadu itu cukup sukar, bukan sahaja pada isteri malah anak2 turut terkena tempiasnya...namun bg yg berpoligami...didiklah diri & bendungilah rasukan cemburu yang datang meracau...kerna penilaian Allah terhadap kita amatlah halus & lembut...
kerana sudah ternyata dalam perkahwinan baginda juga ada bibit2 cemburu dikalangan isteri baginda...saya bukanlah sebaik isteri-isteri
baginda S.A.W, maka itu saya takut utk memainkan peranan bermadu...dan suami juga haruslah muhasabah diri adakah akhlak
anda sebaik akhlak baginda S.A.W.
sama2 lah kite
fikir dan ambik jalan yang paling baik dan tidak mendera perasaan mana2
pihak...kerana hidup ini adlh untuk mencari redha allah S.W.T...setiap
yg kita lakukan haruslah ikhlas serta jujur...mencegah itu adlah lebih
baik dari merawat...saya sentiasa berdoa...jadikanlah jodoh saya bersama
suami seperti jodoh Siti Khadijah & Baginda S.A.W...tetapkan saya
sahaja isterinya ketika anak2 masih kecil & dewasa, melalui susah
& senang, dalam sihat ataupun sakit, dan sehingga akhir hayat
saya...amin
Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....
Shafiyyah Binti Huyay Dipujuk Suami
Profil
- Nama penuhnya ialah Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab bin Sa’yah bin Amir bin Ubaid bin Kaab bin al-Khazraj bin Habib bin Nadhir bin al-Kham bin Yakhurn.
- Daripada keturunan nabi-nabi iaitu keturunan Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Israel (Ya’qub) bin Ishaq bin Ibrahim. (Rujuk Siyar A’laam an-Nubalaa’, vol.2, hlm. 231).
- Ibunya bernama Barrah binti Samaual daripada Yahudi Bani Quraizhah.
- Shafiyyah dilahirkan sebelas tahun sebelum hijrah, atau dua tahun setelah masa kenabian Muhammad.
- Pernah bersuamikan Salam bin Abi Al-Haqiq (atau Salam bin Musykam, salah seorang pemimpin Bani Quraizhah namun tidak lama.
- Bernikah lagi dengan Kinanah bin Rabi' bin Abil Hafiq, salah seorang pemimpin Bani Quraizhah namun suaminya dibunuh oleh orang Islam selepas tertawan dalam perang Khaibar.
- Ayahnya juga dibunuh dalam perang itu.
- Shafiyyah ditawan lalu ditawarkan untuk menjadi isteri Nabi maka beliau menerimanya.
- Hidupnya sering bertemankan air mata di sisi kecemburuan isteri-isteri Nabi.
- Meninggal tatkala berumur sekitar 50 tahun, ketika masa pemerintahan Mu'awiyah.
Sekuntum Mawar Di
Longkang Kedengkian
Shafiyyah binti Huyay lahir dalam sebuah kaum yang sangat dengki terhadap
Islam. Kaumnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa Allah SWT telah memilih seseorang
daripada bangsa Arab sebagai Rasul akhir zaman.
Shafiyyah yang suka belajar sejak kecil, mengetahui dengan jelas sifat-sifat
Rasul akhir zaman sebagaimana yang diterangkan oleh kitab suci mereka. Beliau
ternanti-nanti kedatangannya. Apabila ada berita gembira dari Makkah tersebar
ke segenap benua, beliau kabur menilai kebenarannya. Masakan tidak, bapanya
sendiri sentiasa mengoborkan kebencian dan kedengkian terhadap Islam.
Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda tidak menunjukkan
permusuhan kepada bangsa Yahudi. Baginda membuat perjanjian dengan mereka atas
nama Piagam Madinah. Ada kelompok Yahudi yang menyukai Rasulullah, ada yang
bersikap neutral dan ada yang menentang. Antara kelompok itu ialah Yahudi bani
Qainuqa’(diampunkan), bani Nadhir (dihalau) dan bani Quraizhah (dibunuh).
Dalam Diam Mengagumi
Muhammad
Ibnu Ishaq berkata, “Aku mendapat khabar dari Abdullah bin Abu Bakar bin
Muhammad bin Amr bin Hazm bahawa Shafiyyah binti Huyay bercerita…”
Kata Shafiyyah, “Aku adalah anak kesayangan ayahku dan bapa saudaraku, Abu
Yasir berbanding anak-anak yang lain. Jika mereka menemuiku, mereka pantas
memelukku dan membiarkan anak-anak yang lain.”
Beliau bercerita lagi tentang ayah dan bapa saudaranya keluar rumah sejak awal
pagi untuk menyaksikan sendiri ketibaan Muhammad bin Abdullah di Quba’, di
perkampungan bani Amr bin Auf. Apabila matahari terbenam, mereka berdua pulang.
“Seperti biasa, aku menyambut mereka dengan wajah ceria. Demi Allah, mereka
tidak menghiraukan dan wajah mereka sangat gelisah,” kata Shafiyyah.
Beliau kehairanan tidak mendapat pelukan kasih mereka seperti selalu. Beliau
lalu mencuri dengar perbualan mereka,
“Kamu yakin dialah orangnya?” Bapa saudaranya bertanya.
“Ya, demi Allah!” kata ayahnya.
“Kamu mengenal cirri-cirinya dan dapat membuktikannya?” Tanya bapa saudaranya
lagi.
“Ya,” kata ayahnya dengan yakin.
“Lalu, apa yang patut kita buat?”
“Demi Allah! Aku akan memusuhinya sepanjang hidupku.” (As-Sirah
an-Nabawiyah, Ibnu Hisyam.
Terkedu Shafiyyah mendengar perbualan itu. Dirinya bingung memikirkan apa yang
patut dilakukan. Tersepit antara kecintaan seorang anak dan kerinduan seorang
umat kepada Nabinya.
Beliau pernah bermimpi bulan jatuh ke kamarnya. Tatkala menceritakan mimpi itu
kepada suaminya, beliau ditampar hingga lebam.
“Kamu inginkan Raja Yathrib (Madinah) itu?” tengking suaminya.
Cekal Menghadapi Detik
Ayah dan Suaminya Dibunuh
Permusuhan Bani Quraizah semakin getir. Mereka menyiapkan 1500 pedang, 2000
batang tombak, 300 baju perang dan 500 perisai untuk memerangi kaum muslimin.
Rasulullah SAW mengepung mereka selama 25 hari. Salah seorang musuh yang paling
dkehendaki ialah Huyay bin Akhtab, ayah Shafiyyah. Dia mengkhianati muslimin
dalam Perang Ahzab. Akhirnya, pihak musuh menyerah.
Kaum muslimin menggali parit-parit besar di pasar Madinah, lalu tawanan Yahudi
digiring ke tepi parit secara bergantian untuk dipancung. Itulah hukuman yang
dikehendaki oleh Allah dan Rasul.
Huyay bin Akhtab, bapa Shafiyyah turut ditawan. Dia merobek seluruh bajunya
sepanjang satu ruas jari agar tidak dapat dimanfaatkan oleh kaum muslimin di
kemudian hari. Tatkala tangannya dilingkar ke leher dan diikat kemas, dia
sempat mencemuh Rasulullah SAW,
“Demi
Allah! Aku tidak pernah menyesal telah memusuhimu.”
Lalu,
pedang menebas lehernya.
Nabi
Muhammad segera menyedari ancaman yang akan menimpa kaum muslimin dengan
berpindahnya kaum Yahudi ke Khaibar kernudian membentuk pertahanan yang kuat di
sana.
Khaibar
digempur. Benteng terkuat Yahudi itu hancur. Suami Shafiyyah ditawan dan
dibunuh. Shafiyyah juga menjadi tawanan dan menjadi milik seorang sahabat
bernama Dihyah. Rasulullah SAW menukarnya dengan tujuh tawanan wanita yang
lain. Baginda menutup wajah Shafiyyah yang cantik jelita. Tahulah muslimin,
baginda sudah mengambil Shafiyyah sebagai isteri.
Tabah Meskipun
Hadirnya Tidak Disenangi
Dari
medan Khaibar, tentera muslimin berangkat pulang ke Madinah. Shafiyyah duduk di
belakang unta Rasulullah.
Ketika
hampir tiba ke Madinah, unta Rasulullah terpeleset lalu baginda jatuh bersama
Shafiyyah. Rasulullah SAW segera berdiri dan melindungi Shafiyyah.
Setibanya
di Madinah, ramai kaum wanita bersiap sedia menyambut kepulangan mereka.
Tatkala mengetahui tentang Shafiyyah, mereka berkata,
“Semoga
Allah menjauhi perempuan Yahudi ini.”
Hadirnya
seorang puteri Yahudi yang cantik rupawan mengundang kecemburuan para isteri
Rasulullah SAW. Apatah lagi pengkhianatan demi pengkhianatan kaum Yahudi
menghiris hati semua orang Islam tika itu. Lagipun, Shafiyyah itu muda remaja
berusia sekitar 17 tahun.
Rasulullah
SAW meraikan kecemburuan mereka sebagai suatu lumrah yang tidak dapat dielak.
Baginda lalu menempatkan Shafiyyah di rumah sahabat terdekatnya, Haritsah bin
Nu’man al-Anshari, bukan di rumah salah seorang isteri baginda.
Salah
seorang isteri Nabi mengejek Shafiyyah,
“Kami
adalah wanita-wanita Quraisy bangsa Arab,
sedangkan kamu adalah wanita asing (Yahudi).”
Shafiyyah
menangis kesedihan. Beliau cuba memenangi penerimaan wanita muslimah di situ.
Bermula dengan Fatimah, beliau menghadiahkansepasang anting-anting emas dan
kepada wanita yang sedang bersamanya. (Riwayat Ibnu Saad).
Cemburu
Hafsah
Imam
Tirmizi merekodkan satu kisah lumrah bagi isteri yang bermadu. Suatu hari,
Hafshah menempelak Shafiyyah,
”Hei,
anak Yahudi!”
Shafiyah
menangis kesedihan.
Suaminya
lalu memujuk,
“Sesungguhnya
dinda adalah puteri seorang Nabi dan bapa saudaramu adalah seorang Nabi,
suamimu ini juga seorang Nabi, lantas dengan alasan apa dia mengejekmu?”
Kemudian
Nabi Muhammad SAW mendidik Hafshah,
“Bertakwalah
kepada Allah wahai Hafshah!”
Berkrisis Dengan
Zainab
Aisyah
menceritakan lagi karenah kecemburuan mereka terhadap Shafiyyah. Suatu ketika,
Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Tiba-tiba unta Shafiyyah sakit, sementara
unta Zainab ada lebih seekor.
Rasulullah
berkata kepada Zainab,
“Unta
tunggangan Shafiyyah sakit, mahukah dinda memberikan salah satu dari untamu?”
Zainab
menjawab,
“Dinda
tidak mahu memberinya kepada perempuan Yahudimu itu.”
Rasulullah
SAW terkilan. Sebagai didikan, baginda meninggalkan Zainab pada bulan
Dzulhijjah dan Muharam bahkan Safar juga. Baginda tidak mendatangi Zainab
selama tiga bulan.
Zainab
berkata, “Sehinggakan aku berputus asa dan tidak berharap lagi.”
Ketika
Rasulullah SAW masuk semula ke kamarnya pada bulan Rabiul Awwal, Zainab menebus
kesalahannya dengan memberikan seorang hamba wanita yang tidak pernah diketahui
oleh Rasulullah SAW.
Cemuhan Aisyah dan
Hafsah
Aisyah
bercerita lagi,
“Suatu
hari, saya melihat bayangan Rasulullah datang. Ketika itu Shafiyyah mendengar
cemuhan Hafshah dan Aisyah tentang dirinya dan mengungkit-ungkit asal-usul
dirinya. Betapa sedih perasannya. Lalu dia mengadu kepada Rasulullah sambil
menangis. Rasulullah menghiburnya, ‘Mengapa tidak engkau katakan, bagaimana
kalian berdua lebih baik dariku, suamiku Muhammad, ayahku Harun, dan bapa
saudaraku Musa.”
Apabila
Shafiyyah mendengar lagi ejekan dari isteri-isteri Nabi yang lain, dia rasa
terbela dengan pujukan suami. Maka diapun menjawab balas,
“Bagaimana
kalian merasa lebih baik dariku, padahal suamiku adalah Muhammad, ayahku adalah
(keturunan) Harun dan bapa
saudaraku adalah Musa?”
Iktibar Daripada Suami
Sesempurna Nabi
Mujurlah
Rasulullah SAW bernikah ramai dalam 10 tahun terakhir daripada baki
usianya. Baginda menunjukkan contoh kepada semua lelaki yang berpoligami
agar berlaku lembut dalam menghadapi kecemburuan para isteri. Tiada
pukulan. Tiada kekasaran. Tiada ancaman keras. Yang ada hanyalah kelembutan
komunikasi berkesan dan didikan dengan penuh kesabaran.
Berkat
pernikahan Nabi, wanita-wanita hari ini yang dimadukan pula akan rasa terbela
andai mereka tidak mampu mengawal karenah mereka lantaran cemburu. Wanita hari
ini tidaklah sebaik para isteri Nabi. Kecemburuan mereka mungkin lebih dahsyat.
Maka, suami yang tertekan dan berserabut dengan karenah para isteri tidak boleh
sesuka hati menuduh mereka jahat, nusyuz (derhaka) dan diancam keras.
Itu fitrah cinta yang perlu dididik agar tidak bertukar menjadi fitnah.
Bagi
wanita yang tidak sanggup diazab hidup cemburu kerana takut agama mereka
rosakpula, Islam meraikan pilihan mereka untuk mengenakan syarat ta’liq ketika
akad nikah agar tidak dimadukan. (Rujuk lanjut buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat
Islam yang Kami Idamkan, karya Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi). Syarat
ta’liq ini terpakai oleh jumhur ulama’ sejak zaman sahabat lagi. Itulah yang
dicontohkan kepada kita oleh puteri-puteri Rasulullah SAW.
Bagi
suami yang mahu terlepas daripada kesulitan hidup di dunia dan akhirat pula,
lebih baik tidak bernikah ramai spertimana kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dalam
bukunya di atas. Demikian juga pendapat jumhur ulama. Maha bijak Allah SWT yang
menurunkan peraturan yang meraikan kondisi individu yang berbeza-beza serta
meraikan hak dan maslahah semua pihak.
Dikasihi Suaminya
Ketika Nabi SAW sedang beri’tikaf, Shafiyyah menemui baginda di malam hari.
Beliau berbincang sejenak dengan baginda. Kemudian, Rasulullah berdiri untuk
menghantar Shafiyyah kembali ke rumah.
Tiba-tiba, dua orang Anshar lalu di situ. Ketika melihat Nabi, mereka nampak
aneh. Nabi takut mereka tersalah sangka.
“Tunggu sebentar, dia ini adalah Shafiyyah binti Huyay.” Rasulullah berkata
lagi,
“Sesungguhnya syaitan mengikuti manusia seperti aliran darah. Aku takut dia telah
meletakkan satu kejahatan dalam hatimu.” (HR Muslim).
Tetap
Mencintai Suami Meskipun Dicemburui
Salah
satu bukti cinta Shafiyyah kepada Muhammad terdapat pada hadis yang
diriwayatkan oleh Ibnu Saad dalarn Thabaqatnya. Isteri-isteri Nabi berkumpul
menjelang kewafatan baginda.
Shafiyyah
berkata,
“Demi
Allah, ya Nabi, dinda ingin apa yang kanda deritai ini menjadi derita dinda.”
Isteri-isteri
Rasulullah memberi isyarat antara satu sama lain lantaran cemburu. Menjuih.
Melihat
hal yang demikian, baginda berkata, “Berkumurlah!”
Dengan
terkejut mereka bertanya,
“Dari
apa?”
Baginda
menjawab,
“Dari
isyarat mulut (atau mata) kalian terhadapnya. Demi Allah, dia adalah benar.”
Shafiyyah
rasa terbela.
Difitnah Hamba,
Dibalas Kebaikan
Setelah
Muhammad wafat, Shafiyyah merasa sangat terasing di tengah kaum muslimin kerana
mereka selalu menganggapnya berasal dan Yahudi, tetapi dia tetap komitmen
terhadap Islam dan mendukung perjuangan Muhammad.
Pernah
suatu ketika hambanya mengadu kepada Saidina Umar bahawa Shafiyyah sukakan hari
Sabtu dan berhubung baik dengan Yahudi. Umar lalu meminta keterangannya.
Beliau
menjawab, “Aku tidak mencintai hari Sabtu lagi setelah Allah menggantikan
dengan hari Jumaat. Berkenaan Yahudi, aku masih memiliki kerabat di kalangan mereka.”
Shafiyyah
bertanya kepada hambanya,
“Kenapa
kamu lakukan semua ini?”
“Godaan
syaitan,” jawabnya. Shafiyyah lalu membebaskannya. Membalas kedengkian dengan
kebaikan. Subhanallah
Kemuliaan Hati
Shafiyyah
Ketika
terjadi fitnah besar atas kematian Utsman bin Affan, beliau berada di barisan
Utsman. Beliau sering membentangkan kayu antara rumahnya dan rumah Uthman untuk
menyalurkan makanan dan minuman. (Rujuk al-Ishaabah).
Ibnu
Katsir berkata, “Shafiyyah adalah seorang wanita yang sangat menonjol dalam
ibadah, kewarakan, kezuhudan, kebaikan dan sedekah.”
Selain
itu, beliau banyak meriwayatkan hadis Nabi. Beliau wafat pada masa kekhalifahan
Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Marwan bin Hakam mensolatinya, kemudian menguburkannya
di Baqi’.
No comments:
Post a Comment