Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa
tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada
air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan
didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan
kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai
Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis
kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka
dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya
dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut
kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin
Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa
pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan
suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi
berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu
lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari
ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah
ayat 28)
Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar
kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab
tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun
perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan
ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya
Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku,
umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa
itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad
berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak
orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak
orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau
kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu
kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu
menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata
Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan
siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu,
maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai
Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah
air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada
Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar
engkau menyiramkan pada api itu." Maka
padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah
bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya
Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut
kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
Lindungilah
dan peliharakanlah kami, kedua ibu bapak kami, isteri/suami kami,
anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab
siksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……. AMIN…..
Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....
Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....
Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....
Wallahu a'lam, hanya Allah Maha Benar & pemilik kebenaran mutlak....
No comments:
Post a Comment