Tuesday 22 January 2013

Salam Maulidur-Rasul-Kelebihan Berselawat

Bersempena ulang tahun kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W yang kita kasihi & rindui....marilah kita sama2 perbanyakkan berselawat keatas junjungan mulia kita...

Seperti yang kita sedia maklum...banyak kelebihan org2 yang berselawat keatas baginda...sehinggakan malaikat sendiri telah berjanji akan jaminan masing2 terhadap orang2 yang sentiasa berselawat terhadap Rasulullah S.A.W...

Saya kongsikan cerita yang telah dikhabarkan...sebagai peringatan utk kita semua, lebih2 lagi utk diri sendiri & yang tersayang....mudah-mudahan kita akan menjadi antara orang2 kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat...In Shaa Allah.



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku".

Berkata Jibril A.S : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."





2 comments:

  1. salam ct...suka bc kesah kelahiran doters ct...alhamdulillah kn mudah...salam maulidur rasul...mlm ni pun sy sekeluarga ada buat selawat & tahlil sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...setakat ni dipermudahkan, dan begitulah hendaknya dgn yg seterusnya lg nanti...sama2 kita perbanyakkan selawat..

      Delete