Minggu ini adalah minggu terakhir umat islam berada dlm bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W...iaitu bulan R.Awal 1434 Hijrah...sana sini masih lagi kedengaran majlis2 ilmu serta acara yg diraikan utk memupuk rasa cinta kpd Baginda Rasulullah S.A.W...secara jujurnya bagi diriku sendiri hanya dlm bulan ini untuk sepanjang tahun kerinduan itu lebih memuncak...kenapa kempen ''Cinta Rasullullah'' ini tidak diteruskan utk sepanjang masa/tahun...
suatu pertanyaan utk diri sendiri pula...apa yg telah aku lakukan utk menunjukkan rasa kecintaan serta kerinduan yg mendalam terhadap Baginda Rasullullah...??? berbanding Baginda Rasulullah yang berkorban seluruh jiwa raga Baginda utk umatnya yg dikasihi...(sama2 kita lusuri sirah perjuangan Baginda)
tidakkah kita berasa bangga dipilih utk menjadi salah seorang umatnya...yg diberikan bermacam kelebihan & kemuliaan berbanding umat yg lain...???
berikut adalah kisah yg ingin saya kongsikan supaya dapat sama2 kita ambil kebaikan darinya....peringatan utk diri sendiri...wallahu a'lam
Disebutkan bahawa
Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya
Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang
tidak diberikan kepadaku”’:
1. Taubatku hanya
diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di
sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku
berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah
S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka
dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah
berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan
isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak
memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku
telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,
tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga
apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
No comments:
Post a Comment