Monday, 4 February 2013

Lau Kana Bainana

Salam serta selawat atas Nabi Junjungan kita semua Baginda Rasulullah S.A.W....kerinduan semakin menebal dalam diri saat mendengar setiap bait nasyid ini..malah makin menyentuh hati dengan alunan suara saudara Abdul Rahman Mohammed...semoga kerinduan ini semakin menebal seiring dgn waktu...bilakah kami akan dipertemukan dengan Kekasih-Mu Ya Allah...

Syabas buat saudara 'Abdul Rahman Mohammed'...kali pertama mendengar suaranya semasa menonton rancangan {If Beloved Were Among Us, TV Al-Hijrah...kira2 lama dulu lah...tp xpernah tau sape yg nyanyikan nasyid ni}...nasyid inilah yg menjadi lagu latar pada rancangan tersebut....indahnya setiap bait nasyid yg dikarang...

jom kita sama2 hayati lirik & makna nasyed ini...sungguh meruntun hati...Rasulullah bersabda "Aku merindui umat ku yg merindui ku...walaupun mereka tidak pernah melihat ku, mereka adalah umat ku di akhir zaman"


law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين



berikut pula adalah maksud liriknya yg telah diterjemahkan dalam bahasa melayu oleh "Asyraff Hafzdan Abdullah"...




Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


===============================
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.


No comments:

Post a Comment