Saya berpandangan bahawa anak-anak yang berjaya di dalam pelajarannya seumpama mendapat 5A UPSR, 9 A PMR, 12 A SPM atau nombor satu di dalam kelas belum boleh diiktiraf sebagai pelajar yang berjaya 'yang sebenar' sehingga mereka juga menjaga solatnya dan baik akhlaknya.
Bahkan adalah lebih cemerlang apabila mereka mempunyai nilai tambah dengan kemahiran insaniah (soft skill) yang lain seperti boleh berdikari, pandai memilih kawan dan suasana, berani ke depan, kemahiran berpidato, berkepimpinan dan sebagainya.
Kalau tidak, kejayaan ini sebenarnya adalah kejayaan di atas kertas yang bersifat kosmetik (solekan luaran) dan tidak melambangkan 'kemenjadian' yang dikehendaki oleh ibu bapa Muslim, pendidik yang insaf serta umat yang dahagakan pelapis kepimpinan muda.
Di atas alasan ini, para ibu bapa dan penjaga mesti berperanan untuk menitik-beratkan solat anak-anak secara praktikal di rumah atau di masjid, memilih sekolah yang baik, membantu anak-anak memilih kawan-kawannya, membantu para guru dan sekolah terhadap permasalahan solat para pelajar dan sebagainya.
Permulaan kejayaan sebenar dalam mendidik anak-anak kecil dan remaja adalah pada penjagaan amali solat....more info klik: http://zainurrashid.com/
"Do not raise your children the way your parents raised you. They were born for a different time" Ali bin Abi Taleb
Saye sgt setuju dgn semua kate2 diatas...await rambut adik tu ibu tak pki scope...sian die..
ReplyDeletehehehhe..dia xmau pakai dah kakak dia xpakai...nanti ibu cari telekung yg ngam size adik...
Deletecomel dua beradik ni bertelekung solat..anak sy yg laki tu..kalau sy solat..mesti duk sebelah sujud terus..itu aja yg dia tahu hehhehe
ReplyDeletehehhhe...itu time mood baik & rajin...kalu tak jenuh jugak nak suh solat...
Delete